Misi : Goodbye Kampung Durian Runtuh

351 59 11
                                    

Ehsan dengan senyap, merakam segala benda yang lelaki lelaki dewasa itu lakukan terhadap hutan itu. Sudah banyak pokok yang ditebang, dan dah ada yang diangkut ke dalam truk yang mereka pandu ke dalam hutan tadi. Dua budak itu ketakutan, kearana takut mereka terkantoi ada dekat sana.

Boboiboy : Ok, dah cukup. Itu semua dah memadai. Sekarang keluar dari hutan ni, tunggu bersama Upin Ipin sehingga polis tiba.
Fizi, Ehsan : Baik!

Mereka berdua pun berlari keluar dari hutan itu. Setelah mereka cukup jauh dari situ, Boboiboy kembali melihat ke arah kumpulan lelaki itu semula. Mereka masih belum menyedari kehadiran Boboiboy di sana. Boboiboy menatap tajam ke arah mereka. Mata Boboiboy berubah menjadi hijau gelap.

.
.
.
.
.
.
.

Beralih kembali ke 4 ekor budak tadi, mereka semua kini berada di luar hutan. Ehsan dan Fizi termengah mengah bila tiba di luar hutan.

Upin : Hah, Ehsan. Dah rakam ke bukti yang kita kena ada?
Ehsan : D... dah. Semua ada dalam telefon aku ni.
Upin : Bagus lah. Sekarang ni, yang kita kena buat, adalah tunggu polis datang.

Mereka semua terdiam sementara. Mereka semua tak tahu apa yang mahu di katakan. Semua hanya menunggu kekok di tempat. Ada yang tendang teng batu kecil, ada yang termenung sana sini.

Ipin : B-betul ke ni kita nak biarkan je abang Boboiboy dalam hutan tu sorang sorang?
Fizi : Haah. Memang abang Boboiboy lebih tua dari kita, tapi dia berhadapan dengan ramai orang dewasa sekali gus!
Ehsan : Tak, jangan. Kita tak boleh masuk kembali semula ke dalam sana.
Ipin : Apa maksud kau?! Dia mungkin berada dalam bahaya!
Ehsan : Aku tahu ok! Kau ingat aku apa?! Tapi, kita holeh buat apa? Kita ni budak je. Korang tak nak perkara sama macam masa kita tadika berlaku lagi, kan? Kita berhadapan dengan manusia sebenar sekarang, dan kosnya adalah nyawa.

Mereka berdua terdiam. Betul apa cakap Ehsan. Mereka memang tak boleh nak buat apa dalam keadaan ni. Memang dulu diorang pernah lawan dengan mahluk dari dunia lain, tapi, itu pun kerana diorang dibantu oleh orang yang lebih tua dari diorang. Mereka pun bukanlah yang memenangkan peperangan itu pun. Sekarang, hanya Boboiboy sahaja ada untuk diorang.

Upin : Betul cakap Ehsan. Kita tak boleh ambil risiko lagi. Kita tak ada orang dewasa untuk bantu kita sekarang. Hanya Abang Boboiboy sahaja yang boleh bantu kita.
Ipin : T-tapi-
Ehsan : Ipin. Kau tahu, manusia, kadang kadang lebih bahaya dari mahluk halus, kau tahu? Mahluk halus mungkin boleh takutkan kita. Tapi manusia? Mereka boleh je bunuh kita tanpa rasa bersalah sama sekali. Sekarang, fikir fasal nyawa kau tu dulu sebelum orang lain.

Ehsan memang bahu Ipin, dan juga Fizi. Mereka berdua hanya mampu menuruti permintaan Ehsan. Ehsan bukanlah susuk ketua tanpa sebab. Mungkin masa kecil dulu, dia nampak macam orang yang tak berguna. Tapi sekarang, dia dah matang. Segalanya harus berhasil, tak boleh main main lagi. Terutamanya bila mereka sebut pasal nyawa ni.

Upin : Jangan risau. Kita kan dah telepon polis. Nanti, biar je polis tu tangkap pak cik pak cik tu semua!

Ipin dan Fizi lihat ke arah Upin sambil tersenyum. Betul cakap Upin. Sekarang, apa yang mereka boleh buat, adalah tunggu.

.
.
.
.
.
.
.
.

Kembali ke Boboiboy, mata hijau Boboiboy menatap tajam ke arah lelaki lelaki itu dari sebalik pokok besar itu. Thorn, mengawal Boboiboy. Baju Boboiboy turut bertukar mejadi baju hitam dan hijau berserta sarung tangan hitam berduri hijau. Boboiboy memasukkan tangannya ke dalam tanah.

Thorn : Akar menjalar......

Akar akar berduri mula tumbuh perlahan lahan mengelilingi lelaki lelaki dewasa itu. Mereka semua tak sedar akibat bunyi bising dari gergaji mesin. Sedikit demi sedikit, akar akar itu mula melilit kaki kumpulan lelaki itu.

Lelaki 1 : Eh?
Thorn : *bisik* SEKARANG! ERHGH!!!

Thorn mengangkat tangannya dari dalam tanah, dan menarik akar akar itu menggunakan tangannya. Habis semua lelaki itu jaduh kedebuk ke tanah. Dengan cepat, Thorn berubah menjadi Daun, dan mula mililit lelaki lelaki itu dengan akar menjalarnya.

Setelah selesai mengikat kumpulan lelaki itu, Daun menumbuhkan pokok pokok bunga di sekeliling kumpulan lelaki itu dan menyebabkan mereka tertidur.

Daun : Hihihihihi. *ketawa jahat*

Mata Boboiboy kembali ke warna normal. Di luar hutan pula, polis juga sudah tiba, Upin dan yang lain pun membawa Polis polis itu masuk ke dalam hutan dan pergi ke tempat kejadian. Polis polis itu semua terkejut melihat semua yang dikehendaki sudah diikat dan pengsan.

Polis 1 : Terima kasih lah dah bantu kami tangkap mereka semua ni. Memang dah lama kami cuba tangkap mereka, tapi mereka asyik terlepas.
Boboiboy : Sama sama tuan.

Polis polis itu pun membawa pergi kumpulan pembalakan haram itu. Sebelum Boboiboy keluar dari hutan itu, Boboiboy sempat melihat ke arah belakang. Dia lihat, salah satu batang pokok yang telah ditebang tadi, bercahaya.

Upin : Abang! Jomlah pergi!
Boboiboy : A-ah! Ya!

Boboiboy pun keluar dari hutan itu juga.

Boboiboy : Korang,
Ipin : Ya?
Boboiboy : Abang dah nak pergi. Nak balik ke tempat asal abang. Upin, Ipin, bagi tahu Abang Salleh tau, abang dah nak pergi.
Upin : Alahhhhhh! Cepatnya abang dah nak balik!
Boboiboy : Maaflah ya. Abang dah kena pergi. Nak, ambil 5 ringgi ni sorang satu. Pergi beli ais krim ke apa.

Boboiboy pun menghulur 5 helai RM 5 ringgit yang hijau menawan memikat hati para mata duitan tu ke budak 4 ekor tu. Mereka pun ambil duit itu dari tangan Boboiboy, dan pergi. Sebelum mereka pergi, Ipin sempat menoleh sekali lagi ke arah Boboiboy.

Ipin : Ahhh, abang! Erm.... selamat... tinggal...
Boboiboy : *senyum* selamat tinggal.

Mereka berempat pun hilang dari pandangan Boboiboy. Boboibiy masuk kembali ke dalam hutan dan pergi ke pokok yang bercahaya tadi. Boboiboy menyentuh tunggul pokok itu.

Boboiboy : Jadi... inilah maksud pertunjuk tu....

Tiba tiba, sebuah portal muncul di depan Boboiboy.

Boboiboy : Well.... masa untuk ucap selamat tinggal. Goodbye, Kampung Durian Runtuh.

Boboiboy pun melangkah masuk ke dalam portal itu.




















941 perkataan

Dimensi apa pulak? Boku No Hero Acedemia? Puteri? Awang Kenit?

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora