Misi : AlternateBot

849 70 12
                                    

Boboiboy berjalan memasuki bilik Kaptennya, Laura, setelah diberitahu oleh Reverse yang Laura mahu berjumpa dengannya.

Boboiboy : Erm..... *ketuk pintu* Kapten, ini Boboiboy. Rev kata tadi yang Kapten nak jumpa dengan saya.
Laura : *dari dalam* Ah! Ya, masuk masuk!

Boboiboy pun membuka pintu dan masuk ke dalam bilik Laura. Bilik Laura boleh dikatakan agak bersepah. Kadboard sana sini, katil yang tidak dikemaskan, lebihan besi besi yang digunakan oleh Laura untuk baiki benda berterabur di atas lantai, dan ada safu bajunya yang tersangkut dekat kipas yang tergantung di siling. Boboiboy pelik. Ini bukan bilik yang dia kenal masa pertama kali dia datang 2 tahun yang lalu.

Laura : Duduk, duduk. Maaflah bersepah. Aku kena betulkan GPS ni. Dah dekat 2 bulan ianya rosak. Jadi, aku terfikir nak betulkan. Kadbourd tu pulak sebab aku terpijak kotak besi besi tu sampai hancur.
Boboiboy : Sampai hancur Kapten pijak?
Laura : Well, kotak tu memang dah lama. Jadi, tak pelik kalau ianya senang rosak.
Boboiboy : Betul jugak....

Boboiboy pun duduk di atas katil. Menunggu Laura siap membaiki GPS itu. GPS itu sebesar telefon samsung galaxy macam tu. Ianya berwarna hijau gelap, sangat sangat gelap sehingga hampir terlihat seperti warna hitam. Laura memasang skru terakhir untuk GPS itu dengan pemutar skru.

Laura : Akhirnya, siap!
Boboiboy : Baguslah.
Laura : Nah, ini untuk kamu. *hulur GPS itu ke Boboiboy*
Boboiboy : Huh? Untuk saya? *ambil GPS itu*
Laura : Ya. Ianya berguna untuk misi kamu.
Boboiboy : Saya ada misi?
Laura : Ya. Aku tahu kamu tak nak membunuh, jadi misi membunuh tu aku serahkan ke Rev. Untuk kam, kamu kan bekas pelindung power spera, kan?
Boboiboy : Y-ya. Power Spera apa yang saya akan selamatkan?
Laura : Power spera ni lain dari power spera lain. Dia adalah Alternatebot.

Laura mengambil tabletnya yang dia curi dari salah satu misinya sebelum ini dan menunjukkan gambar Alternatebot ke Boboiboy.

Laura : Power Spera ini sangat istimewa. Kuasanya adalah mampu membawa sesiapa sahaja ke dimensi ataupun alternate universe lain tanpa sebarang batasan, kecuali ketika baterinya habis. Power spera generasi kedua. Mengikut rekod sekarang ni, tiada sesiapa yang menangkap power spera ini disebabkan dia pandai menyorok. Tapi, yang diketahui, dia tak mampu masuk ke dalam dimensi lain tanpa ada orang atau mahluk lain yang dia masukkan ke dalam dimensi itu tanpa mereka memegangnya. Jadi, sekiranya memang betullah yang tiada sesiapa yang pernah menjumpainya, bermakna dia tak boleh masuk ke dimensi lain dan masih berada di dunia ini. Kita bertuah, kerana POWER Spera ada sebuah aura yang istimewa, yang membuatkan mereka senang dikesan seperti wi-fi. Itulah guna GPS itu. Ianya berfungsi sebagai penunjuk arah, dan juga pengesan power spera. Kedudukan terakhir dia pernah terlihat ianya di Planet Caliza, Planet gunung batu kapur terbesar di Galaxy Adromeda. Berada di sektor 4K-21S. Jadi, Boboiboy, boleh saya percayakan kamu untuk misi ini?
Boboiboy : Ya, Kapten. Tapi, saya tak boleh janji untuk misi ini berjaya. Saya juga hanyalah manusia biasa.
Laura : Tak apa. Yang penting, kamu dah berusaha. Itu yang penting. Kamu boleh sediakan semua benda yang kamu perlukan untuk misi ini.
Boboiboy : Baik, Kapten!

Boboiboy pun keluar dari bilik itu, kembali ke biliknya dan mengambil segalanya yang di perlu. Dia melihat buku diarynya yang berada di atas meja. Dia pun mengambil buku diary itu dan masukkannya juga di dalam beg galasnya. Dia bergegas keluar dan berdiri di depan Kapten Laura, Kapten Shadow dan Kapten Nura.

Nura : Baiklah, Boboiboy. Kami tahu baru 2 hari berlalu sejak kamu berada di sini, tapi, ini misi yang penting. Kuasa power spera ini sangat kuat, dan tak boleh jatuh ke tangan alien alien yang tamak itu. Jadi, maaflah kalau kami letakkan harapan dan tanggungjawap yang berat di bahu kamu.
Boboiboy : Tak apa, Kapten. Saya tahu kemampuan saya. Saya juga manusia, dan tak mampu berjanji yang misi ini akan berjaya, tapi, benarkan saya lakukan yang terbaik untuk misi ini, walaupun saya gagal.

Ketiga tiga kapten itu tersenyum mendengar jawapan dari Boboiboy. Mereka pun membiarkan Boboiboy mengambil salah satu kapal angkasa mereka. Di sebalik kegelapan, kelihatan Rev, memandang abang kembarnya, dengan tatapan tajam, tambah menyeramkan dengan mata merahnya. Dia hilang di sebalik kegelapan.

Boboiboy sudah banyak belajar dengan Kapten Kaizo cara cara memandu kapal angkasa sebelum dia menghilang. Jadi, dia dah ada sedikit pengalaman membawanya. Dan kali ini, dia membawanya untuk misi yang penting. Kapal angkasa itu pun terbang, meninggalkan Markas itu, dan terbang ke angkasa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy tiba di Planet Caliza. Memang betul kata kata Laura, Planet itu memang memiliki banyak gunung batu kapur di mana mana sahaja. Tak kira kemanapun kalian pergi, sentiasa akan menjumpai gunung gunung batu kapur yang berdiri megah dan menjulang gagah ke langit.

Boboiboy : Baiklah, Boboiboy. Walaupun aku cakap macam tu, yang pasti, aku perlu berusaha untuk pastikan misi ini berjaya.

Boboiboy meletakkan kapal angkasa itu di salah satu kawasan lapang di antara tiga gunung. Dia keluar dari kapal angkasa, dan mengeluarkan GPS nya. Dia membuka GPS itu, dan mula berjalan.

Mengikut GPS itu, beberapa gunung batu kapur itu memiliki gua yang boleh dibilang sangat luas. Tapi, kita tak tahu yang mana kemungkinan Alternatebot mungkin bersembunyi kerana bukan hanya ada satu gua di sana. Tapi, dengan bantuan GPS kecil di tangannya, dia cuma boleh berharap dengan nasib untuk menemui power spera itu.

Dia pergi ke salah satu gua yang berdekatan dengannya, dan masuk ke dalam gua itu. Dia merasakan yang power spera itu berada di dalam gua itu.

Tiba tiba, GPS nya bertindak balas. Ada power spera berdekatan.

Boboiboy : Eh? Aku tak sangka boleh jumpa secepat ni.

Boboiboy cuba berjalan ke arah GPS itu tunjukkan keberadaan power spera itu. Tiba tiba, angin seperti menerpa wajahnya. Satu kelibat lalu dengan laju di sebelahnya. Boboiboy menoleh ke bekakang segera. Itu adalah Alternatebot. Dia berlari jeluar dari gua itu.

Apa lagi, Boboiboy pun segera bertindak dan mengejar power spera itu. Mereka berlari, sehinggalah sangat jauh dari gua mereka tadi.

Boboiboy menggunakan kuasa Halilintarnya. Dia berjaya menangkap Alternatebot itu. Tapi, dia tak mampu memariknya. Kekuatan Alternatebot jauh lebih kuat darinya, walaupun Alternatebot hanya sebesar Ochobot sahaja.

Waalupun tak beberapa jelas kalau orang lain yang tengok, Boboiboy boleh tahu, dan nampak, yang Alternatebot ketakutan. Muka Alternatebot jelas menunjukkan muka ketakutan. Tanpa Boboiboy sedar, di belakangnya, sebuah bulatan kabus ungu muncul. Alternatebot menarik tangannya dari Boboiboy dengan sangat keras, membuatkan graviti tidak memberi kerjasama dengan Boboiboy. Boboiboy tertolak kebelakang, dan masuk ke dalam kabus itu.

Rev : TIDAKKKKKK!!!!!

Reverse tiba tiba muncul. Dia berlari dengan secepat yang dia boleh, untuk selamatkan Boboiboy. Tapi, dia terlambat. Boboiboy telah jatuh sepenuhnya ke dalam kabus itu, dan kabus itupun hilang.
























1074 perkataan

Bila bosan, otak pun tak nak bagi idea. HAHAHAHAHAHAHAHAHA-

Ok, Reader semua, nak Boboiboy masuk dimensi siapa dulu? Undertale dulu ke, atau Awang kenit? Comment di bawah! Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Where stories live. Discover now