Misi : Goodbye Undertale

562 55 12
                                    

Sans : Jadi, mari sini, aku bantu. Aku mungkin nampak macam seorang yang tak boleh dipercayai, tapi, aku masih ada hati.

Boboiboy memberi buku diarynya ke Sans, selepas mendengar kata kata Sans. Walaupun mula mula, dia tak boleh nak percayakan Sans dengan perkara ni, di sebabkan mereka baru berjumpa, dan tak kenal satu sama lain, tapi, keadaan terdesak. Dan, tak tahu mengapa, macam ada satu aura di Sans, yang membuatkan Boboiboy rasa, boleh mempercayai Sans.

Sans : *ambil buku diary dari Boboiboy* Hm? Apa ni?
Boboiboy : Tu buku diary aku. Jangan baca. Buku tu ada pertunjuk untuk cari jalan keluar dari dimensi ni. Ianya berada di muka surat 23.
Sans : Baiklah kalau macam tu.

Sans pun menyelak satu persatu helai kertas buku diary itu, dan menjumpai muka surat yang Boboiboy katakan. Dia pelik melihat pantun yang berada di atas kertas itu, kerana dekat Undertale, diorang mana ada pantun.

Sans : Ayat apa ni? Maaflah, aku tak faham. Ini bukan bahasa kami.
Boboiboy : Oh, tak apa. Aku boleh terjemahkan.

Boboiboy pun terjemahkan satu persatu ayat di pantun itu ke Sans, supaya Sans memahaminya. Sans pun mula memahaminya sedikit demi sedikit.

Sans : Baiklah, aku faham sekarang. Terima kasih, Boboiboy.

Sans pun mula berfikir, di mana sebenarnya pantun itu mahu membawa mereka. Tak perlu berfikir lama, Sans dah boleh faham dan temui jawapannya.

Sans : Aku dah jumpa jawapannya.
Boboiboy : Betul ke?! Di mana?!
Sans : Ikut je aku. Aku akan bawa kau ke sana.
Boboiboy : Oh..... baiklah.

Mereka pun keluar dari bilik itu dan turun ke tingkat bawah. Sans cuba mencari keberadaan adiknya, Papyrus, tapi langsung tak kelihatan bayangan Papyrus. Sans fikir, mungkin dia dah pergi kerja. Mereka pun keluar dari rumah itu. Sans memberi Boboiboy baju sejuk kerana suhu di sana pada waktu magrib macam ni, sangat sangat sejuk, apa lagi pada waktu malam. Mereka pun berjalan di sekitar snowdin.

Sans : Lebih baik kau pakai hoodie kau. Penduduk kat sini tak biasa dengan manusia lain kecuali budak Frisk tu. Jadi, mereka akan mudah panik bila nampak manusia, dan berkemungkinan besar, akan tangkap kau dan hadapkan kau ke raja.

Mendengar kata kata Sans, Boboiboy terus memakai Hoodienya, sehingga menutup mukanya kerana takut memdengar kata kata Sans. Dihadapkan ke raja? Siapa yang nak kan? Dah lah semua mahluk di Undertale adalah Raksasa yang berbagai bagai spesis dan berbagai bagai kuasa yang Boboiboy tak tahu langsung kuasa mereka. Dan, dah lah tu raja. Dia tak nak mati awal ok?

Mereka berjalan di hadapan sebuah tempat di mana Papyrus memasang salah satu puzzle untuk dia menangkap manusia, iaitu Frisk dulu. Sekarang, ianya dah terbiar kerana Frisk adalah manusia terakhir yang jatuh ke sana sebelum Boboiboy termasuk ke dalam dimensi itu tanpa sengaja.

Tiba tiba, Sans berhenti secara tiba tiba tanpa amaran sama sekali, membuatkan Boboiboy terkejut. Boboiboy melihat muka Sans. Wajah Sans menunjukkan perasaan sedih, marah, terkejut, kecewa, dendam, semuanya. Boboiboy pelik. Boboiboy memandang ke depan. Di depan mereka, adalah sebuah scarf berwarna merah, sama seperti yang Papyrus pakai, tergeletak di atas lantai, disaluti dengan debu.

Sans berjalan perlahan lahan ke hadapan, mendekati scarf itu, melutut di tanah, dan mengangkat scarf itu, memdekati mukanya.

Sans : P-Papyrus?.......

Oh, baru Boboiboy faham. Kalau betullah apa yang Boboiboy fikirkan, bila mahluk di Undertale ini mati, mereka akan bertukar menjadi debu. Ya, kalau tak, mengapa Sans menunjukkam ekspirasi sebegitu sekali. Air mata tak berhenti dari mengalir dari mata Sans.

Boboiboy cuba untuk menenangkan Sans, dengan berjalan mendekatinya dan mahu menggosok belakangnya. Tapi, sebelum sempat Boboiboy betul betul mendekatinya, Sans tiba tiba bangun. Wajahnya menunjukkan riaksi cemas. Sans memegang tangan Boboiboy. Mereka teleport.

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Kde žijí příběhy. Začni objevovat