Misi : Lagenda Salgaleo, Goodbye Pokemon

479 57 11
                                    

Kalau korang bukan dari dunia pokemon atau dunia yang tiada kuasa sakti ni, memang susah nak percaya kalau tempat seperti tugu dimana Ash dan kawan kawannya wujudkan Salgaleo melalui Cosmoc, dan lergi ke dunia yang tidak pernah ada sesiapa pergi. Iaitu, dunia Ultra. Itulah apa yang Ash ceritakan pada Boboiboy.

Well, dekat dunia kita sendiri pun, ada dunia seperti dunia Ultra tu. Iaitu, dunia ghaib, dimana tiada sesiapa boleh nampak kamu ke sana, sehinggalah kamu keluar dari dunia itu. Kadang kadang, masa di dunia itu lebih cepat dari dunia asli, kadang kadang juga lambat. Ada yang selamat setelah pulang ke dunia kita, dan ada juga yang tidak selamat.

Kuasa di dunia kita, bagi yang berada di tanah melayu, kita gelarkannya Santau, atau di negara Barat pula, Black Magics.

Boboiboy : Jadi, tempat tu ke yang kita kena pergi?
Ash : Mengikut pertunjuk ni lah, aku rasa, tempat tu je yang sesuai dengan pertunjuk ni.

Sini Author ulang balik pertunjuknya.

"Dunia bumi, rumah manusia,
Tiada yang berbeza, tiada yang lain,
Mahluk di sana pernah mengambil seorang manusia,
Portal di buka menuju dimensi lain."

Boboiboy : Tempat itu selamat ke?
Ash : Kenapa kau tanya macam tu?
Boboiboy : Cuma nak pastikan. Aku kan, bukan dari dunia ni, apa apa je boleh berlaku dekat dunia ni tanpa aku tahu.
Ash : Betul jugak. Kau kan ada kuasa, jadi, mesti kau lebih peka dengan dunia ni lebih dari manusia normal, sebab kau selalu dalam bahaya, kan?
Boboiboy : Mana kau tahu?
Ash : Kawan lama aku, dari Unova, N. Dia juga miliki kuasa juga. Dia selalu dalam bahaya, sebab ada satu kumpulan ni, bernama Kumpulan Plasma, selalu cuba untuk culik dia, sebab kuasa dia. Dia mampu mendengar kata hati Pokemon, yang dimana manusia biasa tak mampu memahaminya.
Boboiboy : Woah...... well, kau betul. Aku memang selalu berjaga jaga sebab hampir setiap hari, ada je penjahat nak kacau kitorang.
Ash : Boleh kau terangkan lebih lanjut mengenai kuasa kau? Aku janji tak akan bagitahu sesiapa pasal ni.
Boboiboy : Oh, boleh je.

Boboiboy menarik lengan bajunya, dan menunjukkan jam kuasanya ke Ash.

Boboiboy : Kau nampak ni kan?
Ash : Jam... tangan?
Boboiboy : Kuasa aku, bukan semula jadi. Kalau aku jujur, aku hanyalah manusia biasa yang lemah tanpa kuasa ni. Kuasa ni diberikan oleh kawan aku. Dia bukan manusia, tapi, sekadar robot. Tapi, itulah yang membuatkan dia kawan yang terbaik. Tidak seperti manusia, yang hanya mampu mungkir janji.

Ash tersentap mendengar kata kata Boboiboy. Ash tak boleh nafikan yang apa yang Boboiboy katakan itu salah. Boboiboy juga lebih tua darinya. Jadi, sudah tentu Boboiboy lebih senior pasal kehidupan dari dirinya. Dia juga tak boleh nak katakan yang Boboiboy katakan itu salah, kerana tak semua manusia seperti dirinya, yang senang buat kawan.

Boboiboy : Sini, aku tunjukkan kau sedikit kuasa aku.

Boboiboy menaikkan telapak tangannya ke udara. Mata Boboiboy yang berwarna coklat gelap, berubah menjadi jingga di mata kanannya. Api biru mula muncul sikit demi sikit di celah celahan jarinya, dan bertukar menjadi api yang besar yang menyelimuti seluruh telapak tangannya. Ash boleh rasakan kepanasan api itu.

Ash : H-hebatnya.....
Boboiboy : *hilangkan api di tangannya* Itu hanyalah satu dari kuasa aku. Kuasa aku adalah kuasa manipulasi element, bermaksud, aku boleh mengawal semua jenis element di dunia ini. Kesemua kuasa aku adalah Angin, Petir, Tanah, Api, Air, Daun dan Cahaya, dimana boleh berevolusi ke tahap kedua, iaitu Taufan, Halilintar, Gempa, Blaze, Ice, Thorn dan Solar. Yang sebenarnya, aku boleh pergi ke tahap ketiga, tapi, aku lebih selesa dengan tahap kedua aku sekarang ni. Mungkin dimasa akan datang, jika keadaan makin bahaya, baru aku akan gunakan tahap ketiga.

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Where stories live. Discover now