Misi : Im Scared Part 2

411 56 19
                                    

Di depan mereka sekarang, adalah seorang perempuan berambut putih. Dia terapung di udara, di atas api ungu yang dibuat olehnya. Mata merahnya memandang sinis mereka semua.

??? : Well well well~ nampaknya, kalian dah berjaya kalahkan mereka berdua ya? Bagus, bagus.
Bakugou : Siapa kau?! Kau bukan lagi LOV!!!
??? : Well, yes. Saya bukan dari LOV. Saya hanya berada di sini, untuk kacau kalian, kerana mereka bagi aku duit. Jumlah nya banyak jugak, jadi, berbaloilah untuk kacau korang semua.

Boboiboy melihat wanita itu dengan pandangan terkejut. Wajah itu, dia mengenalinya. Atau lebih tepat, dirinya yang lain, mengenali wanita ini.

Boboiboy : A-Amigo? Amigo Tamaki?
Amigo : Yes. That's my name.

Badan Boboiboy bergetar. Amigo, juga ada di dimensinya. Kekuatan Amigo bukan calang calang manusia biasa, well, Amigo di dunia Boboiboy alien. Kalau Amigo dia sudah kuat, apa lagi Amigo di dunia ini. Api yang menjalar di sekeliling mereka hampir sahaja membakar kulit mereka. Boboiboy tak tahu nak buat apa apa. Tiba tiba, mata Boboiboy berubah menjadi jingga. Boboiboy tak boleh mengawal badannya. Api mula muncul di tangannya, bajunya berubah. Blaze, mengambil alih.

Blaze : MARI SINI KAUUUUUUU!!!!!

Blaze melompat ke arah Amigo, ingin membelasahnya. Blaze tahu, jika mereka tak cepat mengalahkan si Amigo, keadaan akan menjadi lebih huru hara. Api melawan api. Tapi, sebelum sempat tangannya menyentuh Amigo, sebuah pelindung transparan berwarna hijau, melindungi Amigo. Pelindung itu kuat. Blaze langsung tidak dapat menembusinya.

Blaze : Huh?!

Amigo tersenyum sinis melihat Blaze. Tiba tiba, pelindung yang sepatutnya melindungi Amigo, tiba tiba hilang, dan muncul di sekeliling Blaze. Blaze terperangkap di dalam pelindung itu.

Blaze : Eh? ARHHHHHHHHHHH!!!!

Pelindung itu bergerak dengan sendiri, terpelanting dengan sangat kuat ke belakang, membawa Blaze di dalamnya, membuatkan Blaze terhentak ke sebuah banggunan. Hentakkan itu sangat kuat, sehingga ada kesan retak di banggunan itu. Blaze jatuh ke tanah.

Blaze : *cuba untuk bangun* ugh.......

Blaze memandang ke atas. Seorang budak lelaki berambut merah berdiri di hadapannya. Blaze juga mampu melihat ingatan Reverse. Matanya terbeliak melihat budak itu.

Blaze : J-Jun?
Jun : Well, you already know my name, I see. ........ I'm sorry.....

Kepada geng Deku yang lain, mereka juga terkejut bila lihat Blaze terpelanting ke banggunan sebentar tadi. Mereka sekarang melihat ke arah Jun.

Uraraka : Eh? Itu bukan ke junior kita yang dibuang dari UA 6 bulan yang lalu? *badan terketar ketar*
Todoroki : Ya, betul. Jun Rozu. Dia dibuang dari Ua kerana telah berhianat dekat UA dengan pencuri paling dikehendaki di Jepun, Amigo Tamaki.

Kembali ke Blaze. Blaze masih lagi mencuba untuk bangun semula. Boboiboy dah guna terlalu banyak tenaga untuk kalahkan Takara tadi, membuat Blaze juga sudah kehabisan tenaga untuk berlawan. Dia bangun perlahan perlahan dan mengambil posisi berlawan semula.

Blaze : Aku.... aku belum kalah lagi!!!
Jun : Kau tak tahu erti mengalah, bukan?

Jun hanya perlu menggunakan satu tumbukkan sahaja untuk membuat Blaze jatuh ke tanah semula.

Blaze : AKH!!!

Blaze memegang perutnya. Senak dibuatnya. Blaze hanya mampu melihat muka Jun yang senyum sinis ke arahnya.

Jun : Sorry lah. We do this to survive.

Pelindung hijau itu muncul lagi, mengelilingi Jun, dan bawa Jun terbang semula ke Amigo. Amigo memarakkan lagi apinya sehingga hampir terkena geng Deku. Syukurlah, Todoroki sempat membuat dinding ais, memberhentikan api itu dari mengenai mereka. Tapi, ianya tak bertahan lama. Dinding ais itu mencair dengan mendadak, membuat mereka terpaksa larikan diri.

Deku : Tunggu!!! Macam mana dengan Boboiboy?!?! *kena tarik dengan Uraraka dan Bakugou*
Todoroki : Fikir dulu pasal nyawa kau! Kita dalam keadaan kritikal sekarang ni!!!
Deku : Tapi- tapi-
Todoroki : Jangan risau. Aku pasti dia akan selamat. Dia kuat.

Deku hanya mampu terdiam. Tak ada sesiapa mahu mendengar cakapnya. Deku kesal. Dia mahu sahaja lepas kan diri dan tolong Boboiboy. Tapi, dia dak tak ada tenaga lagi. Nak tarik tangannya sahaja tidak mampu, apa lagi melawan mereka.

Kembali ke Boboiboy, api memarak dengan sangat sangat tinggi, malah, lebih tinggi 3 kali ganda dari tingginya. Tiada jalan keluar. Ice mengambil alih kawalan badan Boboiboy dan cuba untuk menyelamatkan diri mereka.

Ice : UGRHHHH!!! TEMBAKAN AIS!!! TEMBAKAN AIS!!! TEMBAKAN AIS!!!!

Ice tak cukup tenaga untuk memunculkan apa apa senjata. Dia hanya mampu membuat ais dari tangannya. Dia menenmbak cecair yang akhirnya berubah menjadi ais di udara, tapi berakhir dengan cair tidak sampai seminit akibat suhu yang terlampau panas.

Taufan : *dari dalam jam, telepati dengan Ice* BIAR AKU AMBIL KAWALAN!!!
Ice : Jangan! Kuasa kau terlalu berisiko dalam situasi ni! Api ini mungkin sahaja akan jadi lebih besar sebab kuasa kau!!!

Ice terleka, membuatkan dia tak sedar, tangan aisnya termasuk ke dalam api ungu yang besar itu. Dengan cepat, dia menarik tangannya keluar kembali.

Ice : ARGHHHHH!!!

Ice memegang tangan aisnya dengan tangan kirinya. Tangan aisnya hampir mencair. Ice terduduk, membuatkan Ice bertukar menjadi Boboiboy semula. Boboiboy kelihatan cuba menahan air matanya daripada jatuh. Satu badannya kesakitan. Dia dah tak tahu apa yang perlu dibuat lagi.

Boboiboy : Aku dah tak tahu apa nak dibuat lagi.....

Di luar galaxy sana, Reverse terkejut. Dia mampu lihat Boboiboy dalam keadaan bahaya. Dia panik.

Rev : BOBOIBOY DALAM KEADAAN BAHAYA KAPTEN!!! DIA DIKEPUNG DENGAN API!!! DIA DAH KELETIHAN MEMBUATKAN DIA TAK MAMPU MENGGUNAKAN KUASA DIA LAGI!!!
Shadow : APA?!?!
Ali : B-biar betul?! Apa yang kita nak buat ni?! Boboiboy boleh mati dekat sana!!!
Rev : Er... er...he.... *cemas* a- ahah!

Rev menutup matanya. Tiba tiba, badannya rebah ke arah Ali. Matanya kini tinggal putih sahaja.




















871 perkataan

Hai semua! Author akan berhenti dulu buat cerita ni, sebab sekolah ehek :p sebagai gantinya untuk sementara, korang boleh tanya soalan untuk semua character dalam buku ni!!! Tanya banyak banyak! 10, 20, 30 pun tak apa! Sampai 100 soalan yang Author dapat pun tak apa! Macam Q and A lah untuk character dalam buku ni. Bagi banyak banyak tau! Tanya lah Ali ke, Alicia ke, Rudy ke, Rebel Heroes ke, Mio ke, Leo ke, Azir ke, Shin ke, Fang ke, Ochobot ke, Kapten Kaizo ke, Author sendiri pun boleh! Sila sila!

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Where stories live. Discover now