Terus kereta dihentikan di bahu jalan.

Anna yang terlihat kelibat kereta audi hitam itu segera berlari laju ke arah kereta. Beg bimbit di tangannya di genggam kemas sambil berusaha meloloskan diri.

Lia mengerut kening apabila kelibat Evel tak kelihatan. Sebaik sahaja Anna masuk ke dalam kereta, kenderaan itu dipandu laju menjauhi kawasan.

"Mana Evel?" Soal Lia sambil matanya tunak memandang jalan raya yang agak sibuk itu.

"Ahh, hahh, hahh, penatnya. Ev.. Evel.. Aku tak tau." Anna berjeda untuk menarik nafasnya yang kian tersangkut sangkut. "Someone kidnapped her."

"What?!" Brek ditekan mengejut.

Akibat itu juga kereta di belakang mereka terlanggar bahagian belakang kereta. Lia dan Anna terdiam.

"Shit!"

Lia mengeluh berat. Pistol di drawer kereta di sisip ke pinggang sebelum dia melangkah keluar. Anna hanya tunggu di dalam kereta, menghabiskan sisa penatnya tadi.

Lia mengeluh apabila kereta audi yang dipandunya itu langsung tidak apa-apa. Malah, kereta myvi putih yang melanggarnya tadi sudah kemek teruk. Pemilik kereta sudah membebel disitu.

"Hoi, kau! Kau kan yang drive kereta ni?! Tak reti drive ke, bodoh?! Kau belajar drive kat mana? Neraka? Hancur kereta aku! Siallah!" Marah lelaki muda itu. Sekali imbas macam baru 20-an.

"Just bagitau berapa banyak yang encik nak. Saya bayar, okay. Tak perlulah buat drama kat sini." Keluh Lia lagi.

Dah la orang tengah serabut pasal Evel. Si lelaki gila ni pulak ajak buat drama. Kang ada buat drama pembunuhan terus kat tengah-tengah jalan ni.

"Kau ingat semua benda boleh settle guna duit ke?! Mentang-mentang pakai kereta mewah, semua kau nak selesaikan guna duit! Aku tak hamaklah duit seciput kau tu! Entah-entah duit haram! Harta banyak tapi tak berkat buat apa!" Tengking lelaki itu lagi.

Lia menahan geram. Isi pipinya digigit dari dalam. "Kalau encik tak nak saya bayar, encik nak saya buat apa?"

Suaranya masih dikekalkan lembut. Haish, bab rezeki pun nak dipersoal. Tak faham betul mamat sekor ni.

"Tengok tu! Kau cuba nak lari dari tanggungjawab! Eh sikit-sikit nak bayar pastu lepas tangan!"

Tak, masalahnya sejak bila Lia cuba lari dari tanggungjawab ni?

"Okay, fine! Kalau encik tak nak saya bayar, then saya blah! Cau!"

"Woi, bertanggungjawab la betina!" Lengan Lia direntap kasar menyebabkan langkah gadis itu terbantut.

Lia merengus lalu tangannya direntap kembali. "Just tell me what you want, mister! I don't have time to waste!"

"Bayar aku pampasan 10k."

THE HECK?!!

Siapa yang pentingkan duit sekarang ni? Setakat betulkan bumper depan ni, dua ribu pun tak sampai.

"Tak payah tunjuk bodoh kau kat sini! Baik kau pilih nak mati ke hidup?" Pistol yang disimpannya tadi ditunjuk sedikit ke arah lelaki itu.

Serentak itu lelaki tadi terus terdiam. Mukanya yang agak kemerah-merahan tadi bertukar pucat.

Lia tersenyum sinis. Macam ni kan senang, settle cepat.

20 keping not 100 dihulur ke arah lelaki itu. "Pergilah repair kereta kau ni. Nazak dah aku tengok."

Terketar-ketar lelaki itu menerima huluran Lia. Gadis itu memberikan senyuman manisnya buat sang lelaki sebelum kembali ke arah keretanya.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu, sebuah kereta laju menghimpitnya. Hampir-hampir sahaja dia menjadi mangsa langgar kereta itu.

"Shit!"

Lia menarik nafas dalam akibat terkejut sebelum laju kepalanya menoleh ke arah kereta tadi.

Kereta itu berhenti tidak jauh darinya. Tingkap sebelah pemandu dibuka. Terserlah seorang lelaki dengan wajah dingin bersama kaca mata hitam sedang tersenyum sinis.

Itu,

Ayden Hariculas Edwardson.

"Evelyn ada dengan aku. Cau!"

Serentak itu, tingkap kembali ditutup. Kereta Mercedes Benz model terbaru itu meluncur laju meninggalkan mereka.

Lia ternganga. Terus dia bertukar pandang dengan Anna yang turut sama melihat kejadian itu.

Dalam kepala mereka cuma ada satu soalan,

'Sejak bila Amonic ada kaitan dengan Exfire?'


• • • • • • • • • • • •

5'th - 6/12/20

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now