Bab 30

8K 293 41
                                    

Diana memegang lengan Hakimi sambil menuju ke butik pengantin. Hakimi meregus kasar, suka suka je nak pegang pegang. Dua minggu dah berlalu,lagi seminggu sahaja majlis penikahan Diana dengan dia akan dilangsungkan. Banyak kali juga dia menolak tak nak berkhawin dengan Diana.

Keadaan hakimi juga sekarang berubah,dia lebih senyap dan mudah mengamuk. Habis semua pekerjanya dia marah,dengan Diana yang tak habis habis nak membuat majlis besar besaran. Dia hanya mampu sabar je sekarang.
Dia ada juga tunggu panggilan daripada yana, tak Ada. Panggilan yang dia buat pun,yana tak jawab. Banyak kali dia cuba memujuk Tengku Hisyam untuk memberitahu keberadaan yana.

Dia dah mengupah beberapa orang untuk cari yana, tapi tak ada hasil,yana susah dijejaki. Dia rindu sangat dengan isteri dia. Agaknya Yana rindu dia tak?

"Abang... Cepatlah sikit. Wedding kita bukannya lama lagi,ahad ni tau. Nanti lambat lambat kahwin takut perut Diana dah kedepan lah. "Kata Diana manja. Kononnya hakimi akan berlembut hati.
Hakimi menjeling tajam. Ingat dia kisah? Lagi bagus tak kahwin dengan kau.Tunggulah nanti.

---

Hakimi menghentikan keretanya dihadapan rumah Tengku Hisyam. Hampir setiap hari dia datang menanyakan hal yang sama. Tengku hisyam tidak pernah nak menjawab.

"Assalamuailakum.. Pa.. Kimi datang ni. "

"waalaikumsalam.. Masuklah hakimi. Kalau nak tanya juga pasal yana memang papa tak akan beritahu apa apa. "Tengku Hisyam berkata benda yang sama selama 2 minggu yana tidak ada. Dan dalam masa tu jugalah hakimi datang kesitu hari hari.

Dia bukan tak percayakan kata hakimi tempoh hari,lagipon dia juga rasa bukan hakimi yang buat semua tu. Tapi disebabkan Hakimi terpaksa kahwin dengan Diana untuk bertanggungjawab dia rasa biarlah hakimi selesaikan hal ini dulu.Nanti rosak pula majlis kalau hakimi lari pergi cari yana kan.

"kalau hakimi nak rehat pergilah naik atas. Jangan risau pasal yana, dia baik baik je, fikirkan lah pasal perkhawinan kamu tu. Nanti keluarga kamu cakap apa pula dekat Papa kalau tahu hakimi ada dekat sini selalu. "ujar Tengku Hisyam tenang.

Hakimi mengeluh. Susah betul nak dapat tahu keberadaan yana ni. Nak fikirkan majlis tu? Memang tak lah. Dia tak pernah ambil tahu lagi ada lah. Dibiar je keluarga dia uruskan.Lebih baik dia fikir macam mana nak cari isteri dia.

----

Hari pernikahan Hakimi dan Diana

Hakimi mengeluh buat seberapa kalinya.Dia tak sanggup nak hadap ni.Kalau dulu dia berkahwin demi harta. Sekarang dia berkhawin untuk bertanggungjawab pulak? Sedangkan dia tak buat pon semua tu.

Dia memandang pantulan dirinya dihadapan cermin. Dia pakai baju biasa je, baju melayu berwarna krim. Sebenarnya Diana ada bagi dia baju melayu untuk dipakai kat majlis hari ini. Tapi dia tak pakai. Sebenarnya memang tak hingin.

Dia terkejut juga semalam bila sampai sahaja rumah, majlis kali ni bukan main besar. Siap pelamin beribu ribu bagai. Ada jugalah beberapa mak cik bawang yang Tanya kenapa kahwin lagi. Tak bahagia ke.Mana isteri pertama. Ni isteri kedua ke apa. Tapi dia diamkan aje.Tak akanlah dia nak malukan keluarga sendiri kan.

Diana apatah lagi. Bukan main dia habiskan duit dalam akaun dia beribu ribu dekat juta lah. Suka suka je dia kikis aku. Dah nampak jelas macam ini pon dah buat menantu ke? Tak sanggup aku. Mahu bankrup aku lama lama.

"Kimi... Jom turun.. Semua dah ada dah tu. Tinggal kamu je. Ni kenapa tak siap lagi? Tu baju tu? Kenapa tak pakai baju yang Diana bagi?Apa pula nanti diorang cakap. "tutur Tengku Marissa lembut. Nak cakap kasar kasar emosi anak dia tak stabil lagi.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now