Bab 25

8K 272 56
                                    

Diana memandang sinis yana dihadapannya. Dilihatnya atas bawah diri yana. Tak sesuai langsung dengan hakimi. Terlalu..hmm kampung! Ni ke menantu Tengku Mikael dan Tengku Marissa?Kenapa nak juga pilih orang kampung macam dia jadikan menantu? Sedangkan anak buah dia ni lagi lawa dari orang kampung tak sedar diri ni. Huh..menyampah. jijik dia memandang yana. Kalau boleh nak sahaja dia tolak yana dekat sini biar jatuh tergolek. Kalau tak kerana ada hakimi dekat sini dah lama dia buat. Eleh padahal tak puas hati sebab dia yang tergolek macam nangka tadi. Uhuks

Sempat jugalah dia tengok Hakimi yang asyik bergelak tawa dengan yana.Bersweet sweet pulak.Tapi yang peliknya Hakimi tak nampak macam terpaksa pon. Hello dia tahu dari dulu yang hakimi kena kahwin untuk dapatkan syarikat tu. Tapi tak tahu pulak yana orang yang dipilih bukan aku! Kenapa? Kalau dia cepat buat rancangan tak adanya si yana ni yang jadi isteri hakimi.Hakimi hanya untuk Diana!! Kau faham tak?

Ermm tak...

"abang kimi... "

"bape kali aku nak cakap aku bukan abang kau. "Hakimi berkata laju.

"ishh kimi! Ha puas hati. Di nak tanya sikit. "Diana merengus.tidak habis habis nak marah.Panggil abang je kot bukan aku panggil bie ke kanda ke kuda ke. Sikit nak marah. Tahu lah dah ada bini. Tak tahu ke aku kat depan ni dah berbulu mata tengok adengan mesra lah sangat korang tu!.

"hmmm nak apa cepat sikit aku nak balik office dah. Wife I pon busy. Kan sayang... "sempat dia leretkan suaranya pada hujung ayat.Sengaja nak tunjuk bahagia depan Diana. Apa ingat kau boleh sesenang je nak gantikan bini aku.huh.

Diana menjeling. Sempat dia tersenyum sinis. Nak tunjuk sweet pula kat sini.

"ouh ya ke? Kalau macam tu nanti Di ikut abang... Ehh kimi balik office je lah.boleh borak panjang. Dah lama rasanya Di tak jumpa kimi kan. Mesti kimi rindu Di kan. Ermm boleh kan Yana I nak pinjam husband you ni sekejap."Diana berkata.Sesekali sempat dia memintal mintal rambut ikalnya. Sengaja nak acah comel.

Hakimi tersenyum sinis. Huh. Sejak bila ketika masanya aku rindu dia. PERASAN nya perempuan ni. Dia ingat aku nak bagi dia datang office aku?buat semak aje. Kalau bini aku tak apa juga.

"Maaflah sepupuku yang tidak berapa nak sayang sangat ni. Aku busy. Jom sayang kita balik. Nanti bos sayang marah pula lama lama kat sini. "Yana memandang hakimi kemudian Diana. Tak sampai hati pula nak tinggalkan je dia dekat sini. Apa pula nanti keluarga suaminya cakap kalau dia tak layan sepupu suami dia ni. Aduh.. Payah lah gini.

"errr...boleh ke kita tinggalkan dia kat sini? Nanti family abang tak marah ke sebab tak layan anak saudara diorang ni."yana berbisik kepada hakimi. Sempat juga lah dia memandang sekilas Diana yang sudah semestinya memandang mereka. Atau lebih dikatakan memandang dia. Muka psiko semacam aje.

Hakimi memandang yana pelik. Tak sangka isteri dia baik sangat. Sampai orang yang dah pernah buli dia pun dia still berbaik. Nampak sangat hati yana ni suci.

(tak macam Diana)

"tak apa kita tinggalkan je lah dia. Dia tak penting pon.Jom.."Hakimi memimpin tangan yana lalu keluar dari café itu. Diana pula sudah naik angin. Marah ler tu.Crush tak layan. Padan muka!

----

Hakimi termenung seketika. Fikirkan macam mana dia nak hmm aduh ala tu nak err.. Haishh. Hakimi mengeluh kecil. Dia bukanlah seorang lelaki yang pandai bermain ayat ayat manis. Nak kutuk orang hina tu tahu lah. Nak bercinta apa lah lagi. Ni pon first time.

Bukan apa first time jatuh cinta. Kekok sikit. Macam pelik je lelaki tak pernah jatuh cinta? Crush pon tak akan tak ada.

Hakimi kembali mengelamun. Payah juga nak mengorat aka nak bersweet2 ni. Dah macam nak jawab exam add math dah. Susah sangat.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now