Bab 1

17.2K 623 34
                                    

Permandangan di hadapan mata langsung tidak diendahkan Yana,dan dia hanya tersenyum melihat kanak kanak kecil yang bermain main dengan Ibu Bapanya.Sesekali dia sering tertanya tanya siapkah ibu dan bapanya.

Yana amat sedih kerana tidak pernah melihat wajah ibu dan bapanya sejak lahir dan dijaga oleh Neneknya.Bila ditanya neneknya mesti akan membuat alasan supaya tidak bercakap dengannya.

Perasan kecewa di hati yana mula bertambah apabila dia diejek dan dihina oleh rakan sekolah nya sebagai Anak Kutip kerana dia tidak mempunyai keluarga dan sering dibuli.

"Alangkah indahnya aku kalau ada keluarga"Omel Yana dalam hati.

Yana terus sahaja bangun dan balik ke rumahnya.

Dan dia ialah Lyana binti Hisyam.Dan dia sentiasa tertanya tanya siapakah Hisyam?kalau betul dia anak luar nikah sudah pasti berbintikan Abdullah.Siapa dia sebenarnya?

--

Jam menunjukkan sudah pukul 6.00 pagi. Yana terus sahaja bangun lalu menuju ke bilik air untuk mandi.Selepas bersiap dan solat subuh Yana terus sahaja menyalami tangan neneknya dan bergegas pergi ke sekolah kerana Jam menunjukkan pukul 6.55 pagi.

Kaki Yana digagahkan masuk ke perkarangan sekolah walaupun berat untuk dijejaki.Kenapa?sebab di sini akan bermulanya ejekkan dan pembulian terhadap dirinya.

"Nak tak nak aku kene masuk"

Kelas 5 ALFA

Yana terus menuju ke tempat duduknya  yang terletak di belakang sekali.Dia duduk situ pun hanya kerana dia dipulaukan dan rakan rakannya tidak memperdulikannya kerana takut terkena tempias buli.

Yana duduk termenung sementara menunggu Cikgu masuk ke dalam kelas.Memandangkan kelas bermula pukul 7 30 dia mula mengulang kaji subjek tersebut.

Bukkkk!!

Kelihat empat sekawan memandang Yana dengan jelingan tajam.Buku yang dilemparkan mereka kearah yana dipandang sebelah mata.

"Oi apa tunggu tunggu lagi cepat buat kerja sekolah ni."Kata Nely

"Buat cepat sebelum cikgu masuk kalau tak tunggu kau kiteorang kerjakan"sambung Syasya.

Syasya,Nely,Fasha dan Sara.Ahli kumpulan Diva's yang paling dibenci Yana sebab merekalah yang sering membuli dia sejak berada di tingkatan 1.Pernah jugalah dia ingin memberitahu cikgu dan neneknya. Tapi apakan daya,dia takut akan lebih teruk dibuli mereka.

"Ba..baiklah saya buatkan"Kata Yana terpaksa. Ada nanti dia dibuli.

disebabkan yana merupakan pelajar cemerlang SMK seri Permata yang sering diangkat dan disanjung oleh guru guru kerana sopan santun dan berlemah lembut malah Yana seorang gadis yang cantik kerana dia merupakan kacukan Melayu England.Dia tahu pon disebabkan neneknya yang memberitahu asal usul ibunya. Sampai tanya dimana mereka mullah neneknya itu mengelak.

🌻🌻

Kringgg!!

Waktu yang ditunggu tunggu oleh pelajar tak lain tak bukan waktu rehat .

Yana hanya memakan makanan yang dibawa olehnya di padang sekolah.Kenapa dia tak rehat kat kantin? Sebab nanti semua orang buat buat tempat mereka penuh dan tidak mahu yana duduk di situ.Jadi lebih baik dia duduk berseorangan di situ.

Alang alang tengah berseorangan yana mengeluarkan  diari miliknya dan menulis isi hatinya.Nak luahkan dia tiadatiada kawan, jadi buku sahajalah tempat perluahannya.

Sebaik saja dia menulis luahannya, dia menutup diari miliknya dan menyambung pemakanannya, lagi pula waktu rehatrehat sudah mahu habis.

Dalam perjalanan yana kekelas, Diva's mengepung yana.

"Yana bagi semua duit kau,aku tengok kau bukannya guna pun kau kan bawa bekal"

"Ta..tapi duit ni sa..saya nak beli buku rujukan. "kata Yana, kepalanya ditundukan daripada terus memandang merekamereka.Yang pastinya sekarang ini dia menjadi tontonan seluruh kelas.Ada juga pelajar kelas lain yang turut melihat aksi itu.Biasalah manusia.

"Ada aku kisah? Kau bagi je lah.Apa masalah kau?!"Tegas Nely berkata.

"Ta..tapi.... "

"Bagi jelah bodoh!'

"Na..nah "

"Hah pandai pon.."sinis mereka,lalu terus sahaja meninggalkan yana disitu.

Air matanya sudah mula bertakung. Tanpa membuang masa Yana terus sahaja masukmasuk ke dalam kelasnya. Ada juga sesetangah yang memandangnya simpati,tapi apakan daya,mereka lebih rela biarkan daripada menolongnya. Semuanya hanya disebabkan alasan yang sama.

Takut dibuli sepertinya.

Vote 🌟✨
Comment 🙆🏻
Share 👀

Continue........

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now