Lia pula mula mengaktifkan beberapa gajet mini yang dibawa. Seutas gelang berwarna perak dihiasi batuan berkilau berwarna merah dikemaskan kedudukannya. Salah satu batuan berkilau itu dipusing hingga bunyi 'klik' kedengaran. Lia tersenyum teruja.

Malam ni, peluang untuk dia menguji ciptaan terbarunya.

"Mana diorang ni? Dasar tak tepati janji." Lia mengeluh. Sepucuk pistol disisip rapi ke pinggang.

"Sabar, Lia. One more thing, jangan cuai. Diorang boleh muncul bila-bila masa," arah Evel.

Lia hanya mencebik. Kalau tak disebabkan seorang lagi ahli lapangan mereka on another mission, memang Lia tak nak ikut. Boleh dia menikmati masa dalam bilik siber dia je. Perhati cctv, takpun buat prank sikit. Hehehe...

'BANG!'

"Elak!"

"Hah?"

'Prak!'

"Auch... " Lia meringis kesakitan apabila bahunya terhentam kuat pada dinding. Mujur saja hentam dinding, kalau tidak, mungkin kepala dia yang bocor.

Nasib sahaja Evel sempat menolak dia tadi. Maka, tembakan tak mengena.

"Sorry, Fay." Evel menghulurkan tangannya untuk membantu Lia bangun. Lia hanya mengangguk ringkas lalu huluran tangan Evel disambut.

"Don't lose focus." Bisik Evel keras.

Lia hanya diam. Wajahnya bertukar tegang melihat hujung lorong yang samar-samar kelihatan bayang tiga orang lelaki. Dari bentuk tubuh, jelas kelihatan badan tegap mereka.

"Tak sangka korang datang awal." Ujar salah seorang lelaki itu. Wajahnya sinis, mengejek ke arah Evel dan Lia.

"Mana barang kitorang?"

Soalan Evel dibalas dengan tawa sinis. Lia mengetap giginya, geram. "Bodoh! Jawablah mana barang kitorang!"

"Ahahahahahah! Barang? Korang nak barang? Heh, tak sedar diri." Ujar lelaki dengan rambut yang di dye biru.

"You promised me to bring it today. Where is it?" Tenang Evel menyoal.

"Memang aku kata aku akan bawa hari ni. Tapi... " Zech berjeda. Matanya jatuh pada Lia yang berdiri di belakang Evel.

"I want her."

"Shit! Hell no!" Marah Lia. Benci betul dia dengan lelaki itu.

Zech tersenyum sinis. Setapak demi setapak dia mendekati Lia.

Sebaik sahaja sampai di depan gadis itu, pipi Lia cuba disentuh. Lia pantas menepis tangan lelaki itu. Matanya tajam merenung wajah si lelaki.

"Heh, little girl. Kenapa kau tolak aku?"

"Berani betul kau cari pasal dengan aku, Zech! You know who I am!" Tegas Lia. Tangannya dikepal kuat membentuk penumbuk, hanya menunggu masa untuk menyerang.

"Of course, my love. How can I forget my lil' babygirl? Hahahahah!" Hoodie yang menutupi kepala Lia ditolak.

"You bastard!"

'Dush!'

Zech terbaring ke tanah. Tangannya melekap pada kepala, menahan rasa sakit yang menyengat.

"Wow, Hell! Hebatnya!" Lia bersorak teruja. Sebentar tadi, depan mata dia Evel menyepak kepala Zech sehingga lelaki itu tersembam ke tanah.

Evel menarik senyum disebalik masknya. Memang tadi dia memerhatikan sahaja Zech yang memancing kemarahan Lia. Lama-lama, dia sendiri angkat kaki untuk bantai jantan tu.

"Hanat! Berani kau serang belakang!" marah Zech. "Bunuh diorang! Aku nak kepala diorang malam ni jugak!"

Dua anak buah Zech yang hanya diam tadi muka bertindak. Mereka mara laju ke arah Lia dan Evel. Seorang menyerang Lia dan seorang lagi menyerang Evel.

"Shit!" Carut Lia.

Setiap serangan yang ditujah oleh lelaki berbadan tegap itu dielak berhati-hati. Berlawan bukan kepakaran dia. Kalau dia menyerang pun, belum tentu lelaki berbadan tegap itu akan terkesan.

Evel pula tenang membalas setiap serangan pihak lawannya. Setiap serangannya langsung tidak tersasar malah lelaki itu sekali pun tidak pernah berjaya menyentuhnya.

Evel menunduk pantas apabila lelaki itu cuba menyepak kepalanya. Serentak itu, pisau yang terselit di pinggangnya dicapai lalu terus ditujah ke arah lawan.

'Tash! Sreet!'

Pisau rambo itu selamat membelah dari bahu hingga ke siku lelaki itu. Evel tersenyum sinis. Wajah lelaki itu ditendang kuat hingga tersungkur tidak sedarkan diri.

Evel berpusing. Matanya melekat pada Lia yang masih tekun mengelak serangan meskipun nampak agak penat. Pisau tadi diangkat separas mata. Tak sampai sesaat, pisau itu dicampak laju ke arah Lia.

"Down!"

Lia yang mendengar arahan Evel pantas menunduk. Pisau tadi tepat terbenam pada mata kiri lelaki itu.

"Arghh!"

'Dush!'

Lelaki itu tersungkur di tanah apabila kaki kanannya di tendang kasar oleh Lia. Lia tersenyum bangga.

Cepat-cepat dia mendekati Evel. Evel mempamerkan muka bekunya sahaja.

"Uruskan pakwe kau tu."Arah Evel. Matanya melirik pada Zech yang diam menunduk di jalan tar.

Lia mencebik. "He has nothing to do with me, Hell."

"Hurm, whatever."

Lia berjalan mendekati lelaki itu. Bibirnya tersenyum sinis memandang Zech yang masih menunduk.

Lelaki itu, dari dulu lagi memang lemah. Tak berubah.

"Kau lemah Zech. Sampai bila-bila pun, rancangan licik kau takkan berjaya." Ujar Lia sinis. Dia berdiri beberapa tapak didepan Zech.

Tiba-tiba, Zech ketawa kuat.

Lia terundur beberapa tapak ke belakang akibat terkejut. Evel pula terus melilaukan matanya memerhati sekeliling.

"Fay!"

'BANG!'

"Arghh!"

• • • • • • • • • • • • • • •

Done edited!

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now