"Noah.." Remy yang memandang dari jauh menggeleng kepala.

"Mungkin ada sesuatu yang dia mahu cari dari Maria." Ujar Jett mendatar. Mata tak lepas memandang Maria yang ragu-ragu masuk ke dalam gelanggang.

"Maksud kau?" Soal Remy hairan. Jett tersenyum lantas mengangkat bahunya.

"Mulakan." Noah berdiri statik menunggu Maria mula menyerangnya.

Maria teguk air liur.

"Ba..baik."
Maria berlari menghayun batang kayu tepat pada muka Noah. Seperti yang diagak Noah tangkas menepis dan satu hentaman terkena pada belakangnya buat Maria terbaring lemah di atas lantai gelanggang.

"Belum sampai satu minit kamu sudah terbaring Maria. Kenapa kamu takut nak mencari celah untuk lawan saya?"

Berkerut wajah Maria menahan perit pada belakangnya. Sudahlah dipukul dengan batang kayu pasti berbekas merah nanti.

"Tuan kuat.. bukan tandingan saya." Balas Maria lemah. Berharap perlawanan itu akan berakhir sebaik dia mengungkapkan ayat itu.

"Kalau kamu menganggap semua musuh kamu begitu. Kamu akan terbunuh Maria. Bukan kau seorang. Tapi orang-orang sekeliling kau juga akan terbunuh." Noah melangkah mendekati Maria.

"Ingat! Kat luar sana ada musuh yang lagi kuat dari jangkauan kamu semua. Kalau kamu ada pemikiran macam dia! Segera kemas barang dan beredar dari Gavriel!" Lantang Noah melontar kata-kata. Semua terdiam memandang Maria yang cuba bangun dari baringanya.

"Kami tak perlukan tentera yang penakut." Herdik Noah lantas menghadiahkan pandangan sinis pada Maria yang masih duduk di atas lantai.

"Jadi macam mana? Kau bersedia nak kemas barang-barang kau?" Noah jungkit sebelah kening.

Rose di luar gelanggang tersenyum sinis. Dia dan teman-temannya antara orang yang akan bersorak apabila Maria disingkir dari Gavriel.

"Belum." Serentak itu Maria bangkit lantas menghunus batang tepat ke leher Noah. Pergerakanya terlalu tangkas buat Noah sedikit tersentak.

"Damn girl. Bunuh dia." Remy bersorak disebelah Jett.

Noah tersenyum sinis sebelum memegang batang itu lantas dipusing mengukir pusingan badanya. Tangan Maria turut bergerak berpusing. Melihat Noah memegang kemas batang kayunya. Maria tangkas menyepak batang kayu milik Noah ke atas buat batang kayu itu melayang. Dan dia melompat mencapainya.

Tak semena-mena belakang badan Noah dipukul Maria buat semua mata disitu tergamam. Rowen yang terduduk turut terbangun tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Pergerakan yang bagus." Noah senyum sinis. Kini batang kayu mereka sudah bertukar. Dia memegang milik Maria dan Maria memegang miliknya.

Wajah Maria kali ini bersahaja tanpa riak. Tidak seperti sebelumnya Maria kelihatan takut-takut. Tapi sekarang wajah itu tidak berperasaan.

"Noah provoke Maria." Ujar Jett disebelah Remy yang ternganga tidak percaya. Ada kadet yang berjaya menyentuh Noah.

"Kau jadi kuat untuk lindungi orang yang kau perlu lindungi. Jika kau lemah, mungkin tak ada maknanya." Noah terlebih dahulu bergerak melayang batang kayu ke arah Maria.

Tubuh gadis itu berpusing menepis serangan. Nampaknya pergerakanya dapat dibacanya Noah. Tak semena-mena batang kayu Noah sekali lagi hampir menghentamnya tapi Maria tangkas menepis dengan batang kayu miliknya.

Tang, tang, tang!!

Kayu berlaga silih berganti menyerang.

"Kenapa... kenapa dia tiba-tiba kuat?" Soal Kayla tidak percaya. Pergerakan Maria sekarang terlalu tangkas jauh berbeza dari perlawanannya tempoh hari.

Lyra yang mendengar menggigit bibir.

Tang!!
"Tch!" Noah tarik nafas. Apabila batang dipegang Maria hampir mengena pada kepalanya.Mujurlah dia sempat menahanya dengan kedua belah tangan memegang kemas batang kayu melintang dihadapan wajah. Dia kini terduduk apabila tanpa sedar kaki Maria menyepak lipatan lututnya.

Dahi Noah sedikit berkerut melihat ke dalam mata itu. Kenapa, mata itu kosong? Tidak seperti gadis yang dia temui dahulu.

Maria bukan sekadar mampu menyerang dengan tangkas. Malah dia dapat menukar pegerakan kayu di dua belah tanganya. Sepertinya gadis itu sudah terlatih lebih dari kadet yang lain. Tapi bagaimana? Mata Noah bergerak-gerak membaca pergerakkan Maria yang kini bersedia menyerangnya.

"Maria!!" Mendengar jeritan Lyra, seperti kembali kealam nyata pergerakan Maria tiba-tiba berubah tapi dia tak mampu menghentikan tubuhnya dari bergerak kedepan.

Mata Maria membulat melihat Noah melompat untuk turut menyerangnya. Maria menjatuhkan batang kayunya dengan mudah sebaik di hentam Noah

Ktang ktang..

Buk buk!!

Dua pukulan terkena pada tubuhnya. Cukup kuat buat Maria rebah terbaring.

"Arhh!" Maria menyeringai kesakitan.

"Maria!!" Mata Noah membulat. Dia teguk air liur memandang batang kayu digunanya untuk menghentam Maria. Badannya bergerak sendiri dalam perlawanan dan tanpa sengaja dia mengguna kekuatanya. Dia fikir Maria akan menangkisnya seperti sebelum tapi kenapa gadis itu tiba-tiba menjatuhkan batang kayu pertahananya?

"Shit." Noah melempar batang kayu lantas menghampiri Maria.

"Sakit.." ujar Maria lemah. Noah ketap gigi sebelum berpaling memberi isyarat mata pada Rowen. Tubuh Maria digendong dibawa keluar dari gelanggang. Terdengar bisikan-bisikan kecoh apabila tentera elit yang kacak itu menggendong kadet ke bilik rawatan sedangkan dia boleh meminta bantuan kadet lain untuk membawanya.

"Semua bawa bertenang! Saya akan gantikan Tuan Noah." Rowen mengambil batang kayu di atas lantai gelanggang.

"Sekurang-kurangnya. Saya tidak sekeras Tuan Noah." Ujar Rowen mendatar buat semua disitu menarik nafas lega.

"Maria.. dia okay ke?" Soal Finn risau. Lyra tarik nafas panjang.

"Dia okay. Jangan risau." Ujae Lyra mendatar.

"Aku tak sangka dia pantang dicabar. Tuan Noah betul-betuk memprovoke dia buat Maria kerah segala kekuatan dia." Ujar Erin pula. Timbul juga rasa simpati pada Maria yang terpaksa menghadap herdikan yang mengatakan gadis itu lemah.

Lyra hanya tersenyum tipis dengan anggukan.
"Aku pun tak sangka.." ujarnya dengan suara mengendur.

Kayla ketap gigi sendiri. Adakah selama ini Maria sengaja tidak membalas segala seranganya kerana rasa simpati? Jika benar, dia betul-betul akan rasa tercabar.

GAVRIELWhere stories live. Discover now