"It's okay. Aku tak peduli. Apa yang aku nak, aku nak kau balas budi kau tu."

"Macam mana? Tuan Putera cakaplah apa yang saya perlu buat." Armelyn masih lagi berdiri. Segan hendak duduk. Disangkanya tadi lelaki itu cumalah orang biasa sahaja namun sangkaannya meleset.

"Kau kena jadi pembantu peribadi aku."

"Pembantu peribadi? Macam dayang ke?" soal Armelyn. Ezra mengangguk kecil.

"Lebih kuranglah. Tapi kau kena layan aku dari segi hantar makanan, buat air atau apa-apalah. Cuma untuk aku dan bukannya orang lain." tegas Ezra.

"Jadi saya perlu tinggal dekat sini lah?" soal Armelyn lagi. Ezra mengangguk.

"Tapi macam mana dengan ibu dan adik saya? Saya tak boleh tinggalkan mereka Tuan Putera." ujar Armelyn.

"Aku tak kisah. Aku dah uruskan hal itu. Kau tak payah pedulikan mereka berdua dan tumpukan dekat apa yang aku suruh je. Kalau tak, aku pancung kau!" ujar Ezra. Armelyn menelan air liur. Takut!

"Ba-baik Tuan Putera." balas Armelyn tergagap-gagap.

"Sekarang ini, aku nak kau pergi jumpa Cik Ayu dan tukar pakaian kau. Kalau kau tak tahu dia dekat mana, tanya sahajalah sesiapa macam kau tanya dayang tadi."

"Baik." balas Armelyn sepatah sebelum bergerak pergi. Dia berjalan tanpa arah mencari kelibat seseorang. Kenapalah Ezra tidak tunjuk sendiri sahaja?

"Dahlea!" sergah Armelyn dengan sengihan. Dahlea yang sedang menyiram pokok sudah mengurut dada. Terkejut dia rasa macam mahu luruh jantung.

"Eh Cik Armelyn. Terkejut saya."

"Saya minta maaf hehe. Awak kenal tak Cik Ayu? Tuan Putera suruh saya cari dia untuk ganti pakaian." ujar Armelyn.

"Kenal-kenal. Dia tukang jahit dalam istana ini. Mari saya bawa Cik Armelyn pergi jumpa dia." balas Dahlea. Paip air ditutupnya sebelum dia berjalan seiringan dengan Armelyn.

"Cik Ayu itu baik orangnya. Semua pakaian untuk keluarga diraja, dia yang buat. Maksud saya pakaian untuk ke mana-mana majlis. Pakaian biasa tu taklah. Untung Cik Armelyn sebab dapat pakai pakaian yang dia buat. Maknanya Cik Armelyn ni berpangkat tinggi jugalah eh?" Dahlea memandang Armelyn meminta jawapan.

"Taklah. Saya orang biasa macam awak juga. Tuan Putera cakap saya kena jadi pembantu peribadi dia."

"Pembantu peribadi? Wah! Pangkat Cik Armelyn lagi tinggi daripada Ketua Dayang Istana tahu tak?" Teruja Dahlea.

"Jangan panggil saya Cik Armelyn. Panggil Armelyn atau Melyn je. Tuan Putera tu macam mana orangnya? Jahat atau baik?" soal Armelyn ingin tahu. Rasa seram pula hendak bekerja dengan Ezra.

"Ermm Tuan Putera tu baik je tapi Tuan Putera nakal orangnya. Tuan Putera suka kacau orang dalam istana ni. Selalu nampak Tuan Putera kena kejar dengan sepupu-sepupu Tuan Putera sebab Tuan Putera kacau." cerita Dahlea.

"Macam tu. Macam manalah nasib saya lepas ni?" keluh Armelyn.

"Bertenanglah. Tuan Putera tak jahat pun. Itu, kita dah sampai. Masuklah jumpa Cik Ayu. Saya tunggu awak dekat luar ni." ujar Dahlea. Armelyn mengangguk kecil sebelum masuk ke dalam. Terlihat seorang wanita yang berusia 30-an sedang meneliti satu pakaian, Armelyn lantas menghampiri.

"Awak siapa ya?" soal wanita itu agak terkebil-kebil.

"Saya Armelyn."

"Ouh Armelyn. Saya Cik Ayu, orang yang Tuan Putera suruh bagi baju. Saya dah siap jahit. Apa kata awak cuba?"vCik Ayu mengukir senyuman lebar sambil menghulurkan sehelai gaun berwarna hijau muda dengan lapisan luar berwarna putih nipis. Di penghujung gaun, manik rama-rama berwarna hijau tua cantik dijahit. Ringkas namun cantik.

EMERALDМесто, где живут истории. Откройте их для себя