A8

2.1K 234 22
                                    

Paris,

Sai menyelak langsir dan kelihatan awan mulai cerah menandakan matahari bakal terbit tidak lama sahaja lagi.

Aella yang masih tidak menyedarkan diri di katil belakangnya dilihat seketika.

Pendingin Hawa di bilik itu ditutup pada pagi itu kerana cuaca yang semula jadi sejuk di bumi Paris ini.

Sai melangkah ke arah dapur lalu membancuh air chocolate untuk gadis itu. Mereka baru sahaja sampai di sini pagi tadi dan Sai masih berjaga demi untuk menjaga Aella yang tidak menyedarkan diri. Dia tidak mahu terlena kerana risau ada apa-apa bakal terjadi kepada gadis itu.

Aella membuka matanya perlahan-lahan setelah mendengar bunyi sudu berlaga dengan cawan di dapur. Seolah-olah ada orang sedang membancuh air. Aella membetulkan kedudukannya lalu dia memegang kepalanya kerana terasa sakit. Dia sendiri tidak ingat apa yang terjadi kepada dirinya.

Sempat Aella melihat sekeliling bilik apartment mewah itu.

"Aku kat mana ni?." Kepalanya yang masih terasa berat itu dipegang lalu dia kembali membaringkan dirinya semula.

Sai hanya memerhati gerak geri gadis itu dari jauh. Dia kemudiannya kembali menyambung untuk menyediakan sarapan.

Setelah beberapa minit,

Sai kembali ke arah bilik Aella duduki dan meletakkan bacon yang disaluti telur dan air chocolate di atas meja berhampiran katil sambil diperhati oleh Aella.

Sai memandang ke arah gadis itu lalu berkata "Makan dulu, kau tak makan daripada semalam"

Aella blur melihat Sai yang turut berada bersamanya. "Eh, sejak bila kau... Ada kat sini?"

Sai tidak menjawab soalan gadis itu lalu dia mengambil tempat di birai katil. Kelihatan Aella sedang menahan sakit kepalanya. Mungkin sebab daripada effect ubat yang diberi kepada Aella semalam.

Sai mencapai pinggan berisi bacon bersalut telur itu lalu dia mula memotong sedikit demi sedikit makanan itu. Aella yang sedang duduk itu hanya memandang Sai dengan pandangan yang tidak bermaya. Sakit kepalanya mempengaruhi mood nya sekaligus antibodi nya menjadi lemah.

Sai menghalakan sudu berisi makanan itu ke dalam mulut Aella. Dia cuba menyuapkan gadis itu. Dia faham Aella tidak berdaya ketika itu.

Aella hanya menganga mulutnya lalu dia menikmati makanan itu dengan niknat.

Sai hanya mendiamkan diri sambil meneruskan kerjanya untuk menyuap gadis itu.

Setelah selesai, air chocolate diminum oleh Aella lalu Sai menghantar pinggan dan cawan yang kosong itu ke dapur semula sambil diperhati oleh Aella.

Pinggan dan cawan dibasuh di singki oleh Sai. Aella dapat melihat bahawa Sai tidak cukup tidur kerana eyebag bawah matanya jelas kelihatan pada pagi itu.

'Adakah dia tidak tidur sebab nak jaga aku?'

Aella berasa bersalah memikirkan hal itu. Dia hanya memandang Sai yang sedang sibuk mengemas beberapa barang di dalam bilik itu.

"Sai..."

Sai mengangkat wajahnya memandang Aella.
Wajah tanpa riak diberikan olehnya.

"Kita kat mana ni?." soal Aella berhati-hati. Sejujurnya dia tidak mahu gelabah setelah dapat tahu dia tiba-tiba terjaga dan berada di tempat yang tidak dikenali olehnya. Tak ke seram begitu? . Nak pulak dia langsung tak boleh ingat apa jadi semalam. Ibarat memori nya dipadam. Tetapi hairan, bagaimana dia mengingati Sai?.

"Apartment aku." Balas Sai  lalu kembali menyambung kerjanya.

Aella seperti tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu.

"I mean... kita dekat negara mana?"

Aella cuba menekan soalan itu agar Sai menjawabnya.

"Perancis."

Tercengang Aella mendengar apa yang diperkatakan oleh Sai.

"Perancis?Jauhnya?"

Sai hanya mendiamkan diri.

Aella cuba mengingati tentang dirinya. Namun semakin dicuba, semakin sakit kepalanya. Apa yang ada dalam memorinya hanyalah namanya Aella dan juga Sai. Mengapa semua ini terjadi?

"Berapa lama kita duduk sini?" Aella menyoal lagi.

Sai bangun daripada tempatnya lalu memandang gadis itu. Mata gadis itu direnung.

Aella terkedu melihat renungan Sai. Renungan yang akan membuatkan sesiapa sahaja tidak berani melawan lelaki itu.

"A week." jawab Sai .

Aella hanya mengangguk faham dan dia mengalih-alihkan pandangannya daripada Sai. Entah kenapa dia tidak berani memandang pandangan maut Sai tersebut.

Sai mengambil tempat duduk di sofa berdekatan dan dia membaringkan dirinya di atas sofa. Aella kelihatan risau melihat Sai yang seperti keletihan dan hanya merehatkan diri di sofa. Sedangkan Aella di atas katil yang selesa.

'Dahla aku menumpang je, sepatutnya dia yang tidur kat sini, aku tidur atas sofa' detik hati Aella.

Dia tersentuh seketika apabila Sai begitu baik dengannya. Selama dia kenal Sai, Sai sangat menghormati wanita dan perkara itu membuatkan Aella tertarik dengannya.

Aella memandang Sai yang sudah nyenyak dibuai mimpi. Kesian Sai, mesti penat tak tidur semalam.

Aella turun dari katil lalu dia mencapai selimut yang sedia ada dan dibentangkan kepada Sai. Aella menyelimutkan Sai dengan berhati-hati risau jika lelaki itu terjaga.

Aella tersenyum.

"Sweet Dreams" Ucap Aella perlahan kemudian dia kembali ke katilnya.

Suasana sejuk pada pagi itu membuatkan Aella kembali mengantuk tetapi dia perlu bertahan kerana dia sudah lama tidur. Dia pula perlu berjaga demi Sai.

Namun secara tidak sedar, Aella turut tertidur.

Bilik Apartment itu kembali sunyi.

Seorang lelaki berpakaian biru gelap menghampiri pintu bilik apartment tersebut lalu memerhati nama yang tertera di hadapan pintu itu.

'SAI REIDLEV'

APHONIC #4 (Andriette) [OG]Where stories live. Discover now