A6

2.2K 271 25
                                    

9:00 a.m.

Pada cuti hujung minggu persekolahan itu, Aella menghabiskan masa cutinya membuatkerja rumah yang diberi gurunya di rumah. Setiap soalan dijawab dengan kemas oleh Aella. Kadang-kala otaknya terhenti memikirkan soalan yang sukar itu.

'Tok Tok Tok'

Bunyi ketukan di pintu rumahnya mengejutkan Aella. Aella bangun daripada tempatnya lalu dia menuju ke depan pintu utama rumahnya. Aella membuka pintu.

Kelihatan Cruz tersenyum kepadanya sambil menunjukkan bekalan yang dibeli olehnya untuk Aella. Aella tersenyum melihat Cruz lalu dia mempersilakan lelaki itu masuk.

Cruz meletakkan makanan yang dibungkus itu di atas meja dapur dan sempat dia mengerling ke arah meja yang terletak di ruang tamu itu. Penuh dengan buku-buku sekolah Aella. Dia tahu gadis itu sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya.

"Aku kacau ke?" Soal Cruz. Aella yang sedang duduk bersila di hadapan meja ruang tamu itu hanya menggeleng.

"Tak pun... bagus juga kau ada kat sini, boleh aku mintak tolong ajarkan." Kata Aella. Cruz mendekati gadis itu lalu dia mengambil tempat di hadapan meja Aella.

Soalan matematik tambahan yang sedang dijawab oleh Aella dilihat olehnya. Aella hanya memerhati Cruz yang mula mengajarnya setiap satu jalan kerja. Aella agak kagum dengan lelaki itu kerana dia sangat bijak dan memang Cruz banyak membantunya ketika dia ketinggalan pelajaran di sekolah akibat tidak hadir.

Tetapi kadang kala Aella sentiasa tertanya-tanya. Mengapa Cruz tidak pernah menceritakan tentang kisah hidupnya.

"Faham?" Penerangan Cruz yang akhirnya tamat itu membuatkan Aella mengangguk faham. Dia hanya mengikut sahaja apa yang diajar oleh Cruz.

"Aella... Aku nak cakap sikit ni." Ujar Cruz yang mula bernada serius.

Aella yang masih ralik menulis jalan kerja hanya mengangkat kening dan mengerling seketika ke arah Cruz.

"Ye apa dia?." Soal Aella.

"Jangan dekat dengan Sai." Kata Cruz lalu Aella memandang ke arah Cruz. Mata Cruz kelihatan berharap agar gadis itu mendengar katanya.

"Kau... Kenal Sai ke?." Soal Aella lagi. Cruz hanya mendiamkan dirinya lalu dia tersenyum dan menggeleng.

"Aku cuma nak kau hati-hati... Kau baru je kenal dia... tak akan semudah itu kau percaya dia?" Nasihat Cruz sambil merenung wajah gadis itu. Baginya, Aella seperti adiknya. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada gadis itu. Dia sudah lama menjaga Aella, jadi dia tidak mahu kehilangan gadis itu.

Aella hanya tersenyum. "Bagi aku, Sai baik." Balas Aella.

"Mungkin dia tak nampak macam tu, tapi dia sebenanrnya ada hati yang baik. Aku boleh nampak." Kata Aella sambil tersenyum ikhlas.

Cruz terdiam mendengar jawapan Aella . Dia hanya mampu merenung wajah gadis itu. Bagaimana dia mahu memberitahu perkara sebenar kepada gadis itu?

Aella menepuk-nepuk bahu Cruz. Cruz hanya memandangnya.

"Janganlah risau okay?" Kata Aella mengukir senyuman manis di bibirnya.

Cruz mengeluh lalu dia menarik tangan gadis itu menuju ke dapur dan Aella yang baru nak menulis jawapan terakhir itu terhenti dek kerana tangannya ditarik.

"Wehh kerja aku tak siap lagi..." Aella tergesa-gesa meletakkan pennya di atas meja.

"Makan dulu... Lepas itu makan ubat... Baru sambung... deal?" Kata Cruz.

Aella mengerutkan wajahnya. "Nanti lepas makan ubat mesti mengantuk... Mana boleh fokus dah."

Langkah mereka akhirnya terhenti di hadapan meja dapur dan Cruz menyuruh gadis itu duduk di salah satu kerusi. Aella hanya mencebik.
Akhirnya dia terpaksa mendengar kata Cruz dan duduk. Cruz hanya tersenyum melihat gadis itu seperti merajuk.

Mereka kemudiannya menikmati ayam goreng yang dibeli oleh Cruz itu sambil berbual sesama mereka.




Sai yang memandu kereta dan berhenti di hadapan rumah Aella itu hanya memerhati lelaki yang baru sahaja keluar daripada rumah Aella.

Cruz yang perasan ada orang memerhatikan dirinya memandang ke arah orang tersebut.

Sai terdiam melihat wajah itu. Begitu juga dengan Cruz yang merenung tajam Sai dari jauh. Sai tanpa berlengah terus meninggalkan kawasan perumahan itu. Dia membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan Aella.

Cruz hanya memerhati kereta mewah itu berlalu pergi dan dia melangkah masuk semula ke dalam rumahnya.


Kediaman Reidlev,

Sam dan Ash yang berada di dapur itu serentak memandang ke arah Sai yang baru sahaja sampai ke rumah. Sai menutup pintu rumahnya dan dia melangkah ke dalam biliknya di tingkat dua.

"Sai." Tegas suara Ash memanggil anak lelakinya itu. Sai terhenti lalu berpaling ke arah dapur dan memandang ke arah ayahnya.

"Sini." Panggil Ash.

Sai terus melangkah ke arah dapur . Kunci keretanya disangkut seketika di tempat penyangkut kunci di ruang tamu.

Sai mengambil tempat di salah satu kerusi di meja dapur. Sam dan Ash memandang ke arahnya.

"Buat apa je hari ini..." Ash mula berbual dengan nada serius.

Sai senyap. Dia tahu ibu dan ayahnya tahu siapa yang dicari oleh Sai. Kerana misinya yang diberi oleh mereka.

Sam merenung tajam Sai. "Aella Ryles... bukan dia perempuan yang Sai cari ke?"

Sai terkedu. Ibunya pasti sentiasa tahu apa yang dilakukan olehnya. Dia pun tak boleh elak. Sam kan. Silent Killer paling ditakuti.

"Hmm." Balas Sai.

"Dah jumpa kan... So?" Soal Sam. Sai terdiam . Dia tahu apa maksud ibunya itu. Tetapi dia tidak sanggup menghantar gadis itu ke tempat tersebut.

"Cruz ada kat sana." Balas Sai

Sam terdiam mendengar hal itu. Ash memandang wajah isterinya itu.

"The one that you guys wish to take him as one of us before am I, right? " ujar Sai lagi.

"Kenapa tak suruh dia je yang hantar Aella kat sana." Kata Sai.

Sam memandang wajah Sai yang hanya memberi wajah kosongnya. "You sound like a jealous boy, don't you?"

Sai tidak membalas dan terus bangun daripada tempatnya. Sam hanya memerhati Sai yang sedang melangkah ke bilik.

"Sai masih benci Cruz ke?." Soal Ash. Sam hanya tersenyum.

Sam hanya mengeleng kepalanya sambil tersenyum.



Sai menghempaskan dirinya di atas katil.

CRUZ QUILLAN

Antara silent killer paling terhebat sebelum ini. Tapi dia keluar dari silent killer selepas beberapa tahun atas sebab tertentu.

Mengapa Aku benci Cruz? Sebab dia merupakan orang yang kalahkan aku masa training as a silent killer dulu. And dia orang yang sentiasa dipercayai oleh my mom and dad.

And yes, I will take revenge on that.

APHONIC #4 (Andriette) [OG]Where stories live. Discover now