A5

1.9K 262 33
                                    

Pada malam itu,

Aella baring di atas katil sambil merenung siling biliknya.

Reidlev

Satu nama yang pernah didengarinya dahulu. Adakah Sai merupakan anak kepada orang tersebut? Atau semuanya hanya kebetulan. Ada kemungkinan Sai bukanlah seperti yang difikirkan olehnya.

Tetapi...

*Flashback*

"Sai Reidlev."

Cruz seperti terkedu setelah mendengar nama itu. Mata Aella ditenung oleh Cruz.

"Dia siapa?." Soal Cruz dengan wajah bekunya. Aella agak hairan melihat riaksi Cruz setelah mendengar nama Sai, dan selepas itu mengapa Cruz menanyakan kepadanya siapa orang itu?

"Classmate aku... Dia hantar aku balik sebab aku sesat malam semalam." Balas Aella. Cruz  terdiam lagi. Aella hanya memerhatikan wajah lelaki itu.

Cruz kembali memandang Aella kemudian berkata "Be careful..."

Aella hanya mampu mendiamkan diri lalu dia memerhati Cruz yang sudah masuk ke dalam rumahnya.

*end flashback*

Be careful huh?

Aella memejamkan matanya dan akhirnya tanpa sedar dia sudah hanyut dalam mimpi.

Sementara di rumah Cruz Quillan,

Cruz menghadap komputernya . Dia memerhati setiap satu ayat tulisan matriks yang hanya difahami oleh para Programmer.

Setelah beberapa minit menghadap alat elektronik itu, Cruz kembali menyandarkan dirinya di kerusi. Matanya memandang ke arah telefonnya yang terletak di atas meja.

Telefon itu dicapai lalu dicari nombor seseorang dan mendail nombor tersebut.

"Jumpa kau malam ni."

Silent Killer Training Center,

02:00 a.m.

Kelihatan begitu ramai para pelatih silent killer hadir untuk latihan pada malam itu. Semua sedang sibuk dilatih oleh Amanda dan Charol serta Liam.

Lissa dan Sam yang baru sahaja memasuki Training Center itu mengejutkan semua orang lalu mereka semua menunduk hormat kepada dua manusia yang amat dikenali dan dihormati ramai itu.

Bertambah terkejut mereka apbila melihat Adem dan Ash turut hadir untuk melihat prestasi dan menilai sejauh mana latihan mereka semua berjalan lancar. Nampaknya malam ini bukan biasa-biasa kerana semua legend silent killer turun untuk melihat latihan mereka semua.

"Wehh Sam weh... aku first time tengok dia..."

"OMAYGASH LISSA DO."

Keadaan bertambah seram apabila dua lagi figura masuk ke dalam Training Center itu iaitu Roxy dan suaminya Mercer.

Masing-masing mula tercengang melihat enam kelibat manusia itu yang berada di hadapan mereka sambil memerhati latihan mereka. Semua latihan terus terhenti akibat terkejut melihat kedatangan enam manusia itu.

Amanda tersenyum melihat kedatangan mereka lalu dia menuju ke arah Sam.

"Wah ramai turun harini, ada apa-apa ke?." Soal Amanda kepada Sam lalu dia mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Sam yang masih kelihatan muda dan cantik seperti selalu walaupun umurnya sudah mencecah separuh abad itu dipandang oleh Amanda. Boleh dikatakan semua wajah rakan-rakannya iaitu Lissa, Adem,Mercer,Ash, dan Roxy semuanya kelihatan masih muda. Wajah mereka kekal awet muda seolah-olah seperti vampire.

APHONIC #4 (Andriette) [OG]Where stories live. Discover now