A12

191 30 9
                                    

Sai merenung ke luar tingkap bangunan bertingkat itu.

Dia memikirkan sesuatu mengenai puak Aphonic yang tidak disebut-sebut oleh orang-orang biasa. Malah, Silent Killer sendiri pun tak terlalu menyebut mereka.

Betulkah? Keputusan yang dia buat sekarang ini?

Tiada yang salah ke?

Sai mengeluh.

Aella yang di belakangnya, hanya memerhati susuk tubuh lelaki itu. Sai seperti sedang memikirkan sesuatu yang amat berat. Mungkin dia tidak boleh menganggu lelaki itu. Fikirnya.

Aella bangun dari tempatnya kemudian berjalan ke arah dapur apartment itu. Buat kali ke berapa tak tahu, mereka berpindah tempat lagi. Sangat-sangat dalam keadaan bahaya di setiap tempat. Ramai yang mencari mereka berdua. Terutama Aella.

Sai pula, disebabkan dia lari dari Silent Killer, memang ramai sedang menjejaknya ketika ini. Kedua-duanya puak yang berbahaya. Apa je mereka boleh lakukan selain dua pilihan sahaja iaitu lari atau lawan.

Sai mendengar derapan tapak kaki Aella menjauhinya. Terus dia berpaling merenung gadis itu dari jauh.

Aella yang hanya mahu mengambil air mineral dalam peti, terhenti apabila merasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

Tiba-tiba badannya terasa seperti tidak mampu bergerak dengan sendiri. Tahulah dia bahawa itu pandangan daripada Sai.

"Kenapa?" Soal Aella tanpa memandang Sai di belakangnya.

Sai tidak membalas.

Aella menelan air liurnya. Dia nak pusing belakang tak berani. Dia memang tak berani pandang mata lelaki itu!

Terutama kalau ketika marah dan sebagainya. Sai punya pandangan amat mengerikan dan kadang-kala orang boleh ikut sahaja apa yang dia suruh hanya dengan menggunakan pandangan beku dia!

"Aku ada buat salah ke?" soal Aella lagi kemudian dia cuba memberanikan dirinya berpaling ke belakang untuk melihat Sai.

Dia hanya mampu berdoa semoga lelaki itu tidak membunuhnya dengan pandangan sebegitu.

Eh?

Aella terhenti. Botol air mineral dipegang erat.

Mana Sai?

Aella mulai hairan. Dia melihat tempat yang Sai duduki tadi. Memang tiada manusia pun duduk di situ!

Mana si Sai pergi ni?

Aella menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Kemudian dia berpaling semula ke arah peti.

"Oh Shit!" Terkejut dia apabila wajah Sai sudah berada di situ. Sai yang tinggi lampai darinya merenung wajah Aella dari belakang peti ais.

"Bila masa kau ada kat sini!" Hampir sahaja dia mahu melempang lelaki itu tadi. Tapi apabila difikirkan secara waras. Jangan dibuat Aella. Itu Sai. Anak Sam dan Ash, anak ketua Silent Killer yang amat berpengaruh.

Sai tersenyum nipis.

"Lama dah." balasnya senada.

Aella mengurut-urut dadanya. Rasa macam hampir meninggal.

"Tak ada kerja lain ke?" Soal Aella geram. Merah wajah gadis itu menahan marah.

Sai hanya memerhati wajah Aella.

"Kerja aku? Tengok kau 24 Jam." Balas Sai selamba.

Aella tersedak selepas berjaya juga memasukkan air mineral ke dalam tekaknya. Namun ianya terkeluar semula selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Sai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

APHONIC #4 (Andriette) [OG]Where stories live. Discover now