A7

2.1K 263 34
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua para Silent Killer telah tiba. Iaitu hari pencalonan baru silent killer dikalangan pelatih yang baru meningkat naik.

Hampir semua pelatih Silent Killer berkumpul di dewan itu dan masing-masing berpakaian hitam.
Semua mengambil tempat duduk masing-masing sementara menunggu ketibaan Para Legend Silent Killer yang akan mengumumkan siapa yang layak untuk menjadi Ahli Silent Killer setelah lama latihan yang dijalankan oleh mereka.

Mereka semua seperti dapat meneka siapakah calon-calon silent killer yang baharu nanti. Antaranya ialah..

Sebuah kereta sport bewarna pink berhenti di tempat parkir kereta yang disediakan membuatkan semua mata di dalam dewan yang ditutup cermin lut sinar kaca itu, memandang ke arahnya.

Sebuah kereta sport bewarna pink berhenti di tempat parkir kereta yang disediakan membuatkan semua mata di dalam dewan yang ditutup cermin lut sinar kaca itu, memandang ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Andrea iaitu anak kepada Lissa dan Adem keluar daripada perut kereta sport itu. Semua terdiam apabila melihat Andrea yang menutup pintu kereta lalu menguncinya.

"Andrea... Aku pasti dia je perempuan yang akan terpilih nanti."

"She's good tho..."

Andrea mengatur langkahnya memasuki dewan dan kelihatan semua mata memandang ke arahnya yang baru masuk. Andrea tersenyum kepada mereka semua lalu dia mencari kerusi yang tertulis namanya. Setelah dijumpai, dia terus mengambil tempat itu.

Sempat dia mengerling ke arah kanannya. Kelihatan Arthur, Hunter, Lay, Tyler, Ervan dan Bent sudah pun berada di tempat mereka. Masing-masing sudah sampai kecuali dua manusia itu.

Andrea memberikan senyuman kepada rakan-rakannya itu. Sempat dia berbual dengan mereka sementara menunggu kedatangan yang lain.

Pada masa yang sama,

Sebuah kereta tesla bewarna hitam tiba di hadapan dewan.

Laju sahaja kereta itu parkir di tempat yang disediakan. Andrea tersenyum melihat kedatangan kereta itu. Dia kenal pemilik kereta itu.

"Ivan!"

Ivan yang baru sahaja keluar daripada keretanya memandang ke arah Andrea yang sudah berada di dalam dewan. Andrea melambai-lambai ke arahnya.

Sekali lagi semua mata di dewan itu memandang ke arah Ivan dan Andrea. Antara calon yang bagi mereka pasti akan menjadi generasi Silent Killer yang seterusnya.

"Ivan, anak kepada Mercer and Roxy... seratus peratus perfect untuk jadi silent killer."

"Semua rekod dia bersih."

Perbualan ahli silent killer lain mengenai anak-anak legend itu didengari sahaja oleh Andrea dan Ivan. Namun mereka hanya mengabaikan mereka.

Ivan melangkah masuk ke dalam dewan lalu mengambil tempat duduk yang tertulis namanya. Tepat berada di kiri Andrea. Andrea dan Ivan bersalaman.

"Aku fikir kau datang sekali dengan Sai" Andrea hairan melihat Ivan hanya datang seorang diri. Selalunya dia melekat je dengan si Sai tu.

"Sai... Dia pergi sekolah dulu rasanya."

APHONIC #4 (Andriette) [OG]Where stories live. Discover now