Puan Aleida yang turut menonton perbualan dua pemuda itu terus mengambil tempat di sebelah Raeya. "Taikuri." Panggilnya.

Taikuri mengalihkan perhatiannya pada wanita yang memanggil itu. Meskipun wanita itu tiada di situ, dia menundukkan kepala sebagai tanda hormat. "Hai, makcik Aleida!"

"Hai!" Balas Puan Aleida mesra bersama lambaian. Tiba-tiba sahaja, tangannya mengeluarkan sehelai pelepah emas dan menunjukkannya pada Taikuri. "Rupa pelepah-pelepah tu macam ni ke?" Soalnya.

Raeya dan Taikuri menarik nafas kuat kerana terkejut. Bagaimana makcik itu boleh mendapatkannya sedangkan dia berada di sini?

"Mana... Makcik dapat?" Soal Taikuri, sedikit terkejut.

Kerutan di dahi jelas terlihat pada dahi Tuan Asher yang melihat pelepah yang berada di tangan isterinya itu. Puan Aleida pula merenung serius ke arah Raeya.

"Makcik dapat ni daripada Raeya. Tadi masa dia sampai, bukan sahaja pelepah kelabu yang gugur malah pelepah emas sekali." Selepas itu, muncul pula pelepah bewarna kelabu pada tangan Puan Aleida.

Diam. Tiada sesiapa yang mampu bersuara.

"Kalau benar..." Taikuri berpaling pada Raeya. "Kau akan diburu, Raeya. Pihak universiti dah pun panggil pegawai khas untuk menyiasat kehadiran pelepah emas ni." Ujarnya serius, menerbitkan rasa seram sejuk pada setiap bahagian tubuh Raeya.

Raeya pada mulanya ingin mengeluarkan sayapnya namun berasa takut apabila pelepah emas dalam pegangan makciknya itu dipandangnya. Jika benar, mampukah dia untuk menerima kenyataan?

"Taikuri, kamu datang sini boleh?" Tuan Asher bersuara setelah semua tidak mampu untuk berkata apa.

Anggukan laju Taikuri berikan buat pakcik sahabatnya itu. "Baik, nanti saya sampai."

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

Setelah hampir setengah jam menunggu, akhirnya insan yang ditunggu hadir menjenguk ke muka pintu. Taikuri sempat bersalaman dengan Tuan Asher dan Puan Aleida sebagai tanda hormat terhadap mereka yang lebih tua.

Tempat kosong di sebelah Raeya diambil Taikuri. Sambil itu, dia sempat memberikan senyuman kepada Raeya yang sedang memandangnya.

"Jadi, kenapa makcik dan pakcik panggil dia ke sini?" Soal Raeya, tidak berkenan dengan kehadiran sahabatnya itu.

Tuan Asher kembali duduk ke atas kerusi, menghadap dua orang remaja itu. Kepalanya ditolehkan kepada isterinya yang mengambil tempat di sebelah sebelum berpaling ke arah Raeya dan Taikuri semula. Tangannya disatukan kemudian diletakkan di bawah dagu sebagai tongkat.

"Kamu berdua... Nak sertai quest tak?" Soal Asher, penuh serius.

Sebagai orang muda, ajakan untuk menyertai sesuatu 'quest' sentiasa mengujakan. Pengembaraan yang dirasai, acara lawan yang bakal mereka tempuhi serta pelbagai jenis benda baharu akan dijumpai. Semuanya pasti akan menimbulkan rasa teruja buat sesiapa sahaja.

Lagi-lagi mereka yang masih mentah dalam menyertai 'quest' ini. Hal ini demikian kerana, mereka masih lagi belajar dan masih belum boleh untuk keluar mengembara sesuka hati.

"Gila tak nak! Pastilah nak!" Raeya membalas dengan bersemangat sekali. Taikuri yang berada di sebelah pula terangguk-angguk setuju.

Senyuman nipis tersungging di bibir Tuan Asher melihatkan reaksi kedua sahabat itu. Pengembaraan yang bakal diberikannya bukan kecil-kecil, malah besar sekali. Setiap pintu, portal, rahsia dan punca kuasa bakal dibongkarkan dengan menyertai 'quest' ini.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now