|| 32 ||

33 5 1
                                    

Pandangan Raeya pada Ny sedari tadi tidak berganjak. Sepanjang perjalanan mereka kembali ke kumpulan mereka semula, mata Raeya tidak lekang daripada memandang Ny yang asyik memandang ke hadapan dan menarik tangannya.

Pegangan tangan mereka masih belum terlepas sekali pun.

"Kalau awak ada soalan, baik awak tanya sekarang." Ujar Ny tanpa memandang ke arah Raeya.

Raeya tersentak sebelum malu-malu mengalihkan pandangan. Alamak, dia sudah tertangkap merenung anak dara orang.

"Kau..." Raeya mencuba nasib. "Kau memang boleh terbang ke selama ni?" Soalnya, berhati-hati.

"Awak rasa?" Tanya Ny semula. Matanya bergerak-gerak bagi mencari tempat mendarat dan tempat mereka berkumpul. Kepakan sayapnya dilajukan, menyebabkan Raeya terpaksa mengikut sama.

Keluhan perlahan Raeya lepaskan. Dia memandang ke hadapan sekilas sebelum panahan matanya kembali ke Ny. "Kau tipu kita orang. Kau kata sayap kau diklip oleh ibu bapa kau."

"Saya tak tipu, sayap saya pernah kena klip masa saya kecil dulu." Balas Ny bersahaja. "Cuma sekarang ni tidaklah, saya dah besar. Salah satu sebab... saya sembunyikan sayap saya, sama macam awak. Sayap saya berpelepah emas. Saya akan diburu. Sebab itu ayah saya ajar saya untuk bersembunyi dari orang luar." Sambungnya lagi, sedikit sayu.

Raeya membuka mulutnya kemudian menutupnya semula. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Tidak dia sangka, masih ada manusia yang sama sepertinya selama ini. 

Belum sempat dia memberi apa-apa kata, bunyi laga senjata dan jeritan manusia mula kedengaran. Mereka berdua cepat-cepat terbang ke arah punca bunyi tersebut. Mata mereka dihidang dengan kemunculan The Protectors yang sememangnya tidak disangka.

Raeya ternganga, apatahlagi Ny di sebelahnya yang terbuntang mata. Paling gadis itu tidak sangka, seorang lelaki yang sudah lama tidak dia temui berada di hadapan mata.

"Papa?!" Jerit gadis itu, terkejut.

"Aku berhalusinasi ke aku memang nampak pakcik dan makcik aku dekat situ?" Soal Raeya, menuding ke arah Asher dan Aleida yang berada tidak jauh dari mereka berdua.

Taikuri dan Urshia yang terlihat kehadiran mereka berdua terus sahaja terbang dan menyempit di sisi Raeya, menyebabkan Ny terpaksa melepaskan pegangan tangan mereka. 

"Kau bukan berhalusinasi. Dan tu..." Taikuri berkata seraya menuding ke arah Hans. "Itulah Hans Feidlimid."

Kepala Raeya terus beralih pada lelaki yang dituding. Kini, tiga jejaka itu memandang ke arah Hans dengan wajah takjub. Lelaki itulah peneraju utama tempat ini, salah seorang daripada empat sekawan yang diceritakan oleh Arabella.

Hans tiba-tiba sahaja menoleh ke arah mereka bertiga dengan mata yang tidak berkelip. Selepas itu, dia tersenyum lebar. "Aye Raeya! Lama dah tak jumpa. Dah besar panjang ya kamu sekarang." Tegurnya bersemangat.

Raeya mengelipkan matanya sekali. Eh pakcik ni, dia tak ingat pun yang mereka pernah berjumpa.

"Amboi, anak orang lain dia tegur. Anak sendiri tak nak tegur pula!" Suara Ny memetir di sisi mereka, segera tiga orang jejaka itu bergerak ke tepi dengan wajah takut.

Hans menggaru kepala apabila matanya terarah pada Ny. Dia tersengih serba-salah. "Hai Helena, sayang papa." Katanya.

"Hmph!" Malas membalas, Ny bergerak ke tempat lain dan menyertai Melaine yang sedang seronok mengganggu pihak musuh dengan Sharaxa yang seronok menembak api dari mulutnya. Bapanya langsung tidak dikerling.

Sementara tiga orang sahabatnya sibuk melihat, Zalchria mendekati mereka dengan wajah marah. Dia kini melindungi pandangan mereka dan bercekak pinggang di hadapan Raeya, Taikuri dan Urshia. "Hey, jangan tinggalkan pertempuran!" Marahnya garang.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now