Bab 24

1K 34 0
                                    

Begitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua.

Mata Adra tepat memandang bulan dan bintang di langit malam.Kenangan lama kembali mengusik jiwa.

Aatif memandang Adra yang termenung di depan rumah.Entah apa yang di fikirkan isterinya itu.

Aatif melangkah perlahan mendekati isterinya tanpa tongkat.Dipegang bangku batu itu perlahan mendekati isterinya.Sudah seminggu mereka berada di kampung ini.Rasa tenang jiwa mereka berdua.

"Sayang.."Aatif menyentuh bahu Adra.

"Ehh!!abang!!"Adra terkejut.

"Sayang..fikir apa tu?termenung jauh nampak"Aatif duduk disebelah Adra.

"Sayang teringat lagu kenangan lama..kenangan sebelum sayang terlibat dalam kebakaran.."

Panggilan sudah diubah dari Adra ke sayang atas permintaan Aatif.

"Kebakaran?sebelum ni sayang tak cerita pun pasal kebakaran ni"Aatif pelik.

"Saja sayang taknak cerita kenangan tu"Adra tersenyum nipis.

"Sayang cerita laa abang nak dengar.."bahu Adra dipeluk Aatif.

"Waktu tu sayang umur 5 tahun lepas kematian emak dan ayah..sayang duduk dengan ibu susuan."

"Ibu susuan?"soal Aatif.

"Yup ibu susuan..Emak masa tu sakit lepas lahirkan sayang tak dapat susukan sayang then ada seorang wanita ni kawan emak dia susukan sayang dan dia ada anak lelaki jadi anak lelaki dia tu abang susuan sayang laa"

"Pastu?"

"...lepas mak ayah meninggal sayang duduk dengan mereka..kat kampung tu seronok sangat sayang berkawan dengan kawan abang susuan sayang..setiap hari kami bersama main sana sini kat kampung tu ke mana saja kami pergi mesti berlima..satu malam tu ibu susuan sayang nyalakan ubat nyamuk tanpa sedar api dari ubat nyamuk itu melawat ke dinding rumah kayu.Sayang terjaga terus menangis panggil ibu dan abang susuan sayang.."tiba-tiba hati Adra terasa sebak.

"Sayang...."

"......pastu ibu dan abang pun terjaga terus lari keluar panggil orang kampung tolong..Sayang masa tu mereka cari tak jumpa..sebab sayang sembunyi kat dapur tak dapat keluar..dari jauh sayang dengar suara ibu dan abang susuan panggil sayang..last sekali ada seorang pakcik ni selamatkan sayang tanpa yang lain sedar..pakcik tu tak tau laa nak kata gila ke tak tapi dia ambil sayang terus bawa lari dari situ..sayang nangis laa lama juga lepas tu dia tinggalkan sayang dekat sebuah rumah ni rupanya rumah anak yatim..sejak tu sayang dah tak jumpa keluarga susuan sayang..kami pergi rumah yang terbakar memang tak jumpa mereka..yang sayang jumpa fail penting tentang sayang itu jee"

Adra mengelap air matanya yang mengalir.Entah sebak dihatinya.

"Kalau pakcik tu tak ambil sayang mesti bahaya..terima kasih je laa kat pakcik tu"ujar Aatif.

"Hmm betul tu..tapi malangnya disebabkan sayang cuba lupakan kenangan kebakaran tu sayang hilang terus gambaran wajah ibu dan abang susuan sayang..nama pun sayang tak ingat.."Adra menyentuh dadanya.

"Sayang tak cuba cari?"soal Aatif.

"Cuba tapi masa tu siapa pun tak tahu kemana keluarga susuan sayang pergi"

Aatif memeluk erat bahu isterinya.

"In sha Allah kalau ada kesempatan sayang akan jumpa mereka.."

"Abang.."

"Hmmm"

"Nanti abang dah sihat sepenuhnya kita ke Langkawi?sayang nak ziarah kubur mak dan ayah then nak tengok rumah lama sayang"pinta Adra.

"Boleh je sayang"Aatif tersenyum.

"Abang.."Adra memeluk suaminya.

"Hmm?"

"Esok Fatin nak datang sini.."ujar Adra.

"Seorang?"soal Aatif.

"Hmmm..cuti sem katanya"

"Ouhh..baguslah ada teman gossip sayang"perli Aatif.

"Ehhh!!"

"Hahaha"

Adra tersenyum.kenangan indah ketika waktu kecil tak dapat dilupakan.bermain di sawah,di sungai juga pantai.

Memang kenangan waktu kecillah paling berharga kerana ketika itu kita tak memikirkan masalah pun..yang kita fikir hanya nak main apa,main dimana,nak makan apa.

Tbc

BICARA RASA(C)Where stories live. Discover now