Dimulakan kisah sebuah negara bernama Khabi, negara Republik diperintah oleh seorang presiden dipilih rakyat. Terdapat dua ketenteraan khas DUVAN DAN GAVRIEL. Ketenteraan Duvan terlebih dahulu dibentuk oleh presiden pertama. Disebabkan ada penindasan terhadap rakyat telah berlaku pada pemerintahan presiden kedua. GAVRIEL dibentuk oleh presiden keempat dengan tujuan menjaga rakyat.
Dua sistem ketenteraan yang tidak berhubung baik. Dan satu presiden yang mula berlaku kejam. Ini bukan kisah Istana. Ini kisah sebuah kaum yang tertindas dek kekejaman pemimpin.
•••
'Hari ini di dalam sejarah Selusia dan Ferland bersatu dalam satu pemerintahan. Berita mengejutkan ini diumumkan di seluruh dunia menjadi sejarah baru dalam pemerintahan bagi kedua buah negara itu.'
"Tak sangka setelah berpuluh tahun mereka bermusuhan akhirnya siapa sangka dua buah negara itu bersatu juga." Elena meletak pinggan di atas meja sambil telinga memberi fokus pada siaran televisyen.
"Dalam dunia ini macam-macam perkara boleh berlaku. Kita siapa untuk tentukan." Seseorang lelaki berkumis tipis menutup akhbar dibacanya lantas menatap wajah manis isterinya. Wanita Timur Feyre. Berambut hitam pekat, halus sehingga setiap kali wanita itu bergerak rambutnya turut beralun mengikut rentak. Wajah yang manis yang mampu buat mana-mana lelaki tergila-gilakan perempuan Timur Feyre itu.
"Awak terlalu lama menatap saya, James." Elena menegur lembut, dia tatap suaminya yang tidak dapat berkelip mata menatapnya. James mendengar teguran itu melepaskan tawa kecil.
"Saya terlalu rindu awak dan Noah. Oh ya. Noah mana?" Mata James melilau mencari kelibat anak kecilnya. Rasanya tadi dia melihat si anak berumur 8 tahun itu berada di depan televisyen.
"Noah dah keluar. Saya minta dia hantar makanan pada keluarga Adela dan Malik." Balas Elena. Suara lembut keluar dari ulas bibir wanita itu mampu buat mana-mana lelaki terbuai mendengarnya.
"Apa khabar mereka? Saya dah lama tak bertemu dengan pasangan tu." Soal James teruja. Adela merupakan sahabat baik Elena orang yang selalu bersama Elena saat dia mula-mula ingin mendekati isterinya itu. Dan sekarang Adela sudah berkahwin dengan lelaki Timur Feyre itu juga.
"Sihat. Maria juga sudah membesar jadi kawan rapat Noah." Jawab Elena. Kini makanan sudah siap terhidang di atas meja menunggu Noah untuk pulang makan bersama.
"Maria?" James kelihatan tidak mengenali siapa Maria. Elena tergelak kecil.
"James, awak sudah lupa ya? Maria yang awak dukung tahun lepas? Anak kecil yang termuntah atas baju awak." Mata James tiba-tiba membulat. Dia baru ingat anak kecil comel itu.
"Oh Maria. Anak Adela dan Malik. Berapa umur dia sekarang? Rasanya dah setahun saya berkhidmat. Saya pun dah makin nyanyuk." James melepaskan tawa kecil sambil mengurut pelipisnya.
"Lima tahun. Dia akan membesar jadi gadis yang cantik. Dan saat itu saya akan kahwinkan dia dengan Noah." Elena kelihatan bersungguh-sungguh buat James tersenyum.
"Cinta tak boleh dipaksa. Perjalanan mereka berdua masih panjang." Balas James mematikan senyuman isterinya.
"Jadi saya akan tunangkan mereka semasa kecil ini, biar mereka saling mencari apabila besar nanti."
"Maria dan Noah itu masih kecil. Masih banyak yang dia harus belajar." Elena mencebik tidak puas hati dengan respon suaminya.
"Mama papa," Noah menanggalkan sandalnya lantas berlari masuk ke dalam rumah.
"Basuh tangan dulu Noah." Mendengar amaran mamanya, Noah berlari menukar arah ke dapur lantas membasuh tanganya terlebih dahulu. Bau enak masakan Mama buat perutnya berkeriut.

YOU ARE READING
GAVRIEL
Action(COMPLETED) Siapa MARIA? Di satu sudut Maria hanyalah seorang perempuan biasa yang terpilih nenjadi pelatih di kem latihan ketenteraan Gavriel. Dan dari sudut lebih terperinci, NOAH mula mencari sesuatu terpendam dibalik mata hitam pekat itu. Sus...