Lelaki : Bab 9

12 0 0
                                    


Taman Bangi Baru.


Muhammad Izhan berbaring malas di sofa sambil matanya menembusi television 60 inci. Fikirannya sedikit serabut. Sekembalinya dari Perak, sudah lebih 20 panggilan tidak dijawab muncul di telefonnya. Bukan dia tidak mahu menjawab panggilan itu, tapi baginya semuanya sudah selesai. Tiada apa lagi yang hendak dibincangkan.


Isu tanah pusaka masih lagi membelenggu dia dan Pak Jais. Orang tua itu betul-betul tidak mahu mengalah. Mati-mati menegakkan yang tanah tepi Sungai Perak itu kepunyaannya. Mula-mula dicanangkan yang dia membeli dari arwah ayah Izhan. Tapi bila minta bukti atau saksi, langsung tiada.


Selepas itu dicanangnya sekampung yang arwah memberikan tanah itu kepadanya secara suka rela. Lagilah Izhan tidak percaya. Tiada bukti, saksi atau apa sahaja benda bertulis yang boleh dijadikan rujukan.


"Allahhu..." Izhan mengeluh halus. Fikirannya terasa sarat. Semuanya berpunca bila ketua kampung masuk campur dalam hal ini.


Bukan Izhan tidak mahu bertolak ansur, tapi tanah yang jadi rebutan itu sedang disewa Suraya. Seorang anak gadis berjiwa besar yang menyambung legasi keluarganya menternak kambing. Kalau diserahkan tanah itu kepada Pak Jais, mahunya Suraya kena halau. Padahal tanah itu sudah lama disewakan sejak dari ayah Suraya lagi.


"Aku akan bawa perkara ini ke tengah! Pejabat tanah pun akan aku libatkan sekali. Engkau tu orang luar, bukan asal kampung ini!"


Terngiang-ngiang suara Pak Jais melewati memori otaknya. Nampak macam berdendam tapi apa salah keluarga aku pada dia?


Persoalan itu Izhan sendiri tidak tahu jawapannya.


Tekanan menyebabkan dia lupa pada janjinya terhadap Nur Hana. Dia masih tidak menghubungi Nur Hana sejak kali terakhir dia berbual dengan gadis itu melalui telefon di Manjung. Otaknya masih ligat mencari idea untuk menolak ajakan gadis itu.


"Argh!!! Tidur lagi baik!" punat off television ditekan. Izhan memejamkan mata. Lampu dibiarkannya terpasang. Malas nak bangun tutup suis.






Warung Kite, Bandar Baru Bangi.


"Izhan?"


PANDANGANNYA tidak silap. Itu Izhan. Nur Hana berkata dari dalam hatinya. Dari dalam kereta kurang 10 meter, dia dapat melihat lelaki yang bernama Izhan itu sedang mengeluarkan sebekas nasi dan diletakkan di atas sehelai kertas minyak. Kemudian diambil kuah dari periuk bersebelahan dan diletakkan bersama bungkusan nasi tadi. Ayam goreng rempah yang sudah dipotong-potong juga diletakkan bersama. Langsung tidak nampak kekok jejaka itu melakukan kerja-kerja menyediakan makanan.


"Aku biasa datang kedai ni, tapi tak pernah nampak pulak dia," Nur Hana menongkat dagu berlapikkan stering kereta. Dia mencongak-congak sesuatu. Sungguh dia tak menyangka yang dia akan tersempak dengan Izhan di sini.

LelakiWhere stories live. Discover now