LELAKI : BAB 5

10 0 0
                                    


Muhammad Izhan menjeling jam tangannya. Sudah 5 minit berlalu tetapi kelibat Nur Hana masih tidak kelihatan. Kata tadi dekat kedai ni, ke aku yang salah? Izhan berteka-teki sendiri.

"Nak oder makan tak bang?" tanya seorang pelayan kedai kepada Izhan apabila dia meletakkan segelas teh ais di atas meja.

"Kejap lagi dik," Izhan melemparkan senyuman. Serentak dengan itu telefon pintarnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.

'Maaf Izhan, saya ada emergency. Nak kena balik'

Ringkas sahaja mesej dari nombor yang tidak dikenali Izhan. Tapi dia dapat mengagak yang itu mesej dari Nur Hana. Izhan menarik nafas lega. Nasib baik tak jadi!

Dia menjerit kecil di dalam hati. Bukan dia tidak mahu makan berteman, tapi dengan orang perempuan yang baru sahaja dikenali, jadi macam kekok pula.

Izhan terus memesan makanan. Perutnya perlu di isi terlebih dahulu sebelum pulang ke Bandar baru Bangi. Tentang Nur Hana dibuang seketika. Tidak mahu terlalu berfikir tentang gadis kecil molek itu. Takut juga kalau terpaut hati nanti!

Mata lebar Nur Hana melilau mencari kelibat lelaki bermotor besar tadi. Dia cukup kenal dengan superbike bersesaran 1000cc warna Honda Repsol. Walaupun dia tidak sempat melihat nombor pendaftarannya, tapi Nur Hana yakin. Dia yakin yang 'dia' adalah penunggang motosikal besar itu. Susuk tubuh sasa penunggang itu cukup dikenalinya walaupun mereka sudah tidak bersua tiga tahun lamanya.

Tapi... apa dia buat kat sini???

Pertanyaan itu Nur Hana telan dengan seribu satu jawapan. Nur Hana membelok kereta kecilnya melalui pasaraya besar Giant bersebelahan Stadium Shah Alam. Kelibat penunggang tadi sudah tidak kelihatan. Dia tersempak dengan lelaki itu ketika di lampu isyarat Petronas TTDI Jaya. Sedaya upaya dia cuba untuk mengekori lelaki itu tetapi hampa. Mana mungkin sebuah motokar hendak mengekori motosikal dalam keadaan kenderaan yang bertali arus.

Nur Hana memberhentikan Produa Axia itu betul-betul menghadap Stadium Shah Alam. Dia melepaskan keluhan berat sambil memeluk stering kereta. Perlukah aku terus menunggu? Nur Hana memejamkan mata. Hanya satu jawapan yang dia perlukan tapi sehingga kini dia sendiri tak mampu menjawabnya. Tanpa sedar, nama Zarul terbit dari bibirnya.






Taman Bangi Baru Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

AMIN. Izhan selesai membaca surah AL-Mulk daripada kalam Allah. Sudah menjadi rutin untuk dia membaca Al-Quran sejak remaja lagi. Setahun kebelakangan ini dia mengikuti kelas talaqqi membaca Al-Quran bersama Ustaz Arif di Masjid As-Syakirin Bandar Baru Bangi. Kelas mengaji yang menekankan konsep membaca cara Nabi Muhammad s.a.w.. Belajar dari alif, ba, ta dan membaca semula dari surah Al-Fatihah. Umur sudah masuk three series, tapi malu nak upgrade bacaan Al-Quran. Dia rasa malu pada diri sendiri. Atas sebab itu Izhan mengikuti kelas talaqqi yang berjalan seminggu sekali itu.

Izhan memerhatikan sekeliling. Rumah 2 tingkat itu terasa sunyi kerana hanya dia sahaja yang menjadi penghuninya sejak 7 tahun yang lalu. Habis sahaja pengajian di Politeknik Shah Alam, rumah di Taman Bangi Baru ini menjadi tempatnya bermastautin. Rumah peninggalan arwah ayahnya sudah masuk ke usia 20 tahun. Rumah inilah antara harta pusaka yang sempat dibeli ayahnya sewaktu muda. Namun empunya asal rumah ini tidak sempat untuk mendiaminya kerana pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Setiap 2 minggu sekali Izhan akan membersihkan tingkat atas yang tidak digunakan.

Television LED 60 inci dibiarkannya terpasang sekadar untuk menceriakan suasana. Telefon bimbitnya dicapai, ada mesej dari nama yang tidak disimpan.

'Saya minta maaf tak dapat belanja awak siang tadi, lain kali saya tebus balik okey?'

Izhan tersenyum. Dia tak kisah sebenarnya samaada Nur Hana mahu menunaikan janji atau tidak. Dia membantu ikhlas. Tidak mengharapkan apa-apa. Izhan membalas sepatah.

'Okey'

Azan Isyak berkumandang dari surau berdekatan. Segera Izhan bangun mempersiapkan diri. Muazzin surau Taman Bangi Baru sudah memanggil solat berjemaah.

LelakiWhere stories live. Discover now