LELAKI : BAB 1

64 0 0
                                    

Restoran Warung Kite, Bandar Baru Bangi.

MUHAMMAD IZHAN mengasingkan beberapa wang not kertas kepada beberapa bahagian lalu di masukkan ke dalam sampul surat. Bahagian yang paling besar adalah keuntungan dan modal. Dan dalam bahagian modal pula diasing-asingkan untuk bahagian bahan mentah, upah, bil dan sebagainya. Untung dan modal perlu diasingkan supaya mudah untuk mengira keluar masuk aliran tunai pada hujung bulan nanti.

Itulah rutin hariannya pada penghujung waktu di Warung Kite. Sebuah kedai makan nasi kukus ayam berempah yang diusahakan bersama Zamani sejak tiga tahun yang lepas. Bermula dari menyewa tapak depan kedai mamak, hinggalah kepada mampu menyewa sebuah rumah kedai tingkat bawah untuk berniaga.

"Zam, aku..." niat untuk memanggil Zamani terbantut apabila melihat lelaki itu sedang menyanyi dengan headphone di telinga. Perasan sedang diperhatikan, Zamani menoleh ke arah Izhan.

"Kenapa?" headfon di telinganya ditanggalkan.

Izhan tersengih, "Bila nak pasang set karaoke? Baik punya layan lagu?"

"Heh! Aku tunggu green light je dari kau. Kau kata okey je, terus aku pasang kat depan kedai ni," segera Zamani bangun apabila ada pelanggan yang mahu membeli nasi kukus. Meja aluminium yang terletak di depan kedai menjadi penghubung antara dia dan pelanggan.

Izhan tergelak kecil.

"Nanti aku tanya adik engkau, kalau dia bagi, aku bagi duit."

"Cis, kau tanya dia memang takde harapan laa."

Izhan sedikit terhibur melihat gelagat Zamani. Dalam tengah bersembang pun boleh layan pelanggan yang datang. Zamani memang jenis mudah mesra dan peramah. Orang kata, PR dia bagus.

Tapi bab menguruskan kedai tak boleh bagi pada Zamani. Ke lautlah jawabnya. Bab kira duit dan jaga, memang tak boleh diharap. Ikut suka dia aje kalau nak ubahsuai kedai atau nak tambah perkakasan. Sebab itu Izhan yang kena ambil alih.

Izhan dan Zamani berkongsi modal untuk membuka restoran Warung Kite dan Izhanlah yang paling banyak mengeluarkan modal. Izhan bertanggungjawab tentang urusan aliran tunai manakala Zamani bertanggungjawab menguruskan Warung Kite merangkap juga pembancuh air. Dan seorang lagi iaitu Nurul Iman, adik kepada Zamani akan menguruskan tentang resepi dan bahan masakan. Nurul Iman juga akan membantu sebelah siang jika diperlukan.

"Zam, aku nak bank in duit ni. Lepas tu nak terus pergi masjid solat Isya'," kunci motor yang tergantung di dinding dicapai beserta helmet jenama Apolo.

"Ha, okey-okey." tanpa menoleh Zamani mengangguk. Dia sibuk membungkus nasi kukus pesanan pelanggan.

Izhan terus meninggalkan kawasan rumah kedai itu sejurus memasukkan duit di bank CIMB yang terletak di sebelah kedai kedai. Masjid al-Hasanah menjadi tempat tujuannya.




HUR HANA RAIHAN memakir kenderaannya betul-betul di hadapan restoran Warung Kite. Sambil membaca tulisan penuh di papan iklan yang tertulis 'Warung Kite'.

"Warung Kite...," Nur Hana berbisik.

Sesudah mematikan injin kereta, dia menuju ke arah meja aluminium di depan kedai.

"Bungkus nasi kukus dua bang," lembut sahaja tutur katanya kepada lelaki yang menjaga di situ. Lelaki itu melemparkan senyuman tanda faham.

Sekilas Nur Hana menoleh kepada seorang lelaki tinggi lampai yang baru sahaja keluar dari restoran itu. Dia tertarik pada rambut panjang paras bahu yang di ikat kemas. Tapi dia tidak nampak akan wajah pemuda itu.

"Okey dik, dah siap. Lapan ringgit je," Nur Hana menoleh kembali dan tersenyum. Not kertas merah bertukar tangan. Terus sahaja dia meninggalkan perkarangan restoran Warung Kite. Tentang pemuda tadi langsung dilupakannya.




MUHAMMAD IZHAN mencicip teh-o limau yang semakin suam. Angin malam menerjah masuk ke dalam restoran Warung Kite. Kedai makan bermenu nasi kukus ayam berempah itu terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi dan berhadapan dengan kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Lokasinya bersebelahan dengan bank CIMB dan sederet dengan kedai perkakasan rumah dan sebuah butik pakaian.

Jika diperhatikan, hanya dua buah restoran makanan sahaja yang berada di situ. Pada waktu siang, restoran selang tiga buah dari Warung Kite akan menjadi tumpuan. Bila masuk waktu petang dan malam, restoran Warung Kite pula yang menjadi tumpuan.

Dia melihat sekeliling dan memerhati kedai makan yang sudah beroperasi sejak tiga tahun yang lepas. Susunan meja Warung Kite disusun seperti kedai kampung. Sebuah meja panjang hingga ke dalam kedai dan beberapa buah meja empat kerusi yang disusun melintang. Cukup sesuai untuk menjamu selera bersama keluarga.

Dingin malam tirai kenanganku...
Menyerlahkan sekurun ingatan...
Terciptalah rimba kehidupan...
Percintaan dalam perjuangan...

Lagu Srikandi Cintaku nyanyian Bloodshed bergema. Zamani tekun mengelap lantai sambi mengikut irama lagu rock kapak. Sesekali batang mop dijadikan mikrofon. Izhan menggeleng. Dah macam mat jiwang karat putus cinta dia lihat Zamani menyanyi. Walaupun Zamani mempunyai suara yang 'jantan', tapi kalau memekak pada jam hampir ke pukul sebelas malam, boleh dikatakan kurang siuman.

"Relex la Zan, bukan ada orang pun aku melalak macam ni," tegur Zamani bagai tahu apa yang tersirat dalam fikiran Izhan. Segera dia menuju ke arah Izhan sambil meninjau-ninjau di hadapan kedai sekiranya ada pelanggan yang mahu membeli nasi kukus pada waktu begini. Selalunya selepas pukul sepuluh malam, jarang ada pelanggan yang masih mahu menjamu nasi kukus.

"Nasib baik suara kau sedap, kalau tak aku blah lama dah," senyuman Izhan terukir. Ada rasa senang pada dirinya apabila melihat Zamani berseloroh dengan kopiah Ustaz Azhar Idrus yang tidak pernah lekang dari kepalanya.

"Ada kuliah ke kat masjid tadi?"

Izhan menggeleng, "Takde, esok baru ada. Esok Ustaz Haslin datang."

"Kat perkarangan masjid tu takde kedai kosong ke? Boleh kita try buka kat situ,"

Izhan memandang Zamani. Ada betulnya juga kata-kata Zamani. Masjid al-Hasanah memang menjadi tumpuan orang. Orang luar pun ramai yang singgah. Nak berniaga senang, nak pergi solat jemaah pun senang, hari-hari boleh dapat manfaat dengar kuliah.

"Nanti aku try usha-usha. Payah sikit sebab aku rasa macam dah penuh," selang sesaat, mata Zamani menangkap kelibat seorang pelanggan yang menunggu di hadapan kedai. Mungkin mahu membeli nasi kukus. Segera dia ingin bangun.

"Takpe, kau duduklah rehat. Aku pergi layan," Izhan menawarkan diri. Segera dia bangkit dan menuju ke meja aluminium yang terletak di pintu masuk Warung Kite.

"Orang geli la kutu rayau rambut panjang bungkus nasi," Zamani separa menjerit. Sengaja mengusik Izhan. Kadang-kadang gurauan mereka agak kasar.

Izhan tesengih, "Dey, rambut ni lambang lelaki sejati tau tak?" Pandangan Izhan disambut dengan gelak ketawa Zamani yang semakin galak.

"Kalau lambang lelaki putus cinta aku percaya,"

Izhan tidak membalas, cuma mengangkat tangan malas mahu melayan sambil membelakangkan Zamani yang masih duduk di meja tadi.

"Nak nasi kukus dik?" Senyumannya terukir pada pelanggan yang baru datang.

LelakiWhere stories live. Discover now