LELAKI : BAB 3

12 0 0
                                    


Muhammad Izhan membelek sambil membaca helaian-helaian kertas yang bertajuk KONSEP INJIN KONVENTIONAL dari draf tesis Nur Hana. Sudah hampir sepuluh minit dia begitu. Sesekali dia menconteng dan membuat catatan menggunakan pensel pada penghujung perenggan. Nur Hana yang duduk berhadapan dengannya sedikit bosan. Kadang-kadang duduk menongkat dagu, kadang-kadang membelek telefon pintar dan ada kalanya mencuri-curi pandang wajah Izhan.

Suasana perpustakaan Fakulti Kejuruteraan agak lengang, tak seperti hari-hari biasa. Banyak kerusi dan meja yang kosong. Sejak masuk ke sini, Nur Hana masih belum berjumpa dengan rakan-rakan yang dikenalinya untuk di ajak berbual. Dia semakin bosan, cuba untuk mencari topik untuk berbual sementara Izhan tekun membaca sebahagian tesisnya.

"Awak taknak kita buat sesi suai kenal dulu ke?" suara lembut Nur Hana memecah kebisuan mereka.

"Tak payah kot..." Izhan membalas acuh tak acuh. Baginya tugasan begini tidak lama, mungkin hari ini sahaja pertemuan mereka.

Nur Hana kembali menongkat dagu. Pada hematnya, nampak sangat Izhan tidak berminat untuk membantunya.

"Okey, mula-mula sekali awak kena betulkan istilah dan term ni," Izhan meletakkan helaian kertas tadi di atas meja. Sambil menunjukkan kesalahan yang di lakukan Nur Hana.

"Dalam injin, injap masukan adalah kontra kepada injap ekzos. Kita jarang pakai istilah injap keluaran."

Nur Hana mengangguk faham.

"Lepas tu, crankshaf ada dalam bahasa melayu iaitu roda tenaga. Istilah ni diperkenalkan masa awak tingkatan lima. Atau awak boleh pinjam istilah dari Indonesia iaitu poros enkol," Izhan membulatkan perkataan 'crankshaft' di atas kertas.

"Istilah camshaft dan crankshaf banyak yang tertukar, itu dua benda yang berbeza. Kat sini salah, sini dan sini. Camshaft ni kita panggil aci sesendol,"

"Okey, yang ni kelakar," Izhan tersenyum.

"Kenapa?" Nur Hana mengerutkan dahi.

"Kalau buat dalam bahasa English, orang akan mudah faham bila kita guna perkataan 'head'. Tapi bila buat dalam bahasa melayu, perkataan 'kepala' akan buat orang tak faham. Awak kena gunakan istilah 'kepala silinder'. Okey?" Nur Hana mengangguk faham. Dia sendiri tak tahu akan istilah-istilah yang salah itu.

"Term yang lain okey kot..." mata Nur Hana lebih tertumpu pada wajah Izhan bila dia sedang bercakap.

"Kita masuk bab isi pulak,"

Nur Hana sudah bersedia dengan pen dan kertas kosong.

"Crankshaft ni sebahagian dari injin. Tapi dia tak terlibat dengan pembakaran dalaman. Dia hanya membantu sahaja. Yang terlibat dengan pembakaran yang mengeluarkan asap adalah piston, valve dan spark plug. Yang lain seperti camshaft, timing chain, clutch, rocker arm dan sebagainya ni untuk menjalankan proses pembakaran. Yang betul-betul terbakar dan kena api, hanyalah tiga benda ni."

"Awak nampak confius dengan keseluruhan injin dengan kebuk pembakaran. Kalau awak nak sentuh tajuk asap yang dikeluarkan kenderaan, awak kena lebihkan kat sini. Yang lain-lain tu, tak berkaitan," terang Izhan panjang lebar.

Nur Hana terkebil-kebil. Pen ditangannya tidak bergerak. Kertas kosong di atas meja masih putih.

"Err... boleh faham tak ni?" riak Izhan sudah mula risau.

"Awak cakap laju sangat, saya tak faham." Nur Hana sudah seperti mahu menangis.

Izhan memandang tepat pada anak mata gadis itu sebelum melepaskan keluhan lembut.

Izhan kembali menarik nafas dalam.

"Okey, kita go throuh satu-satu. Mana yang awak tak faham, stopkan saya, tanya terus. Slow and steady," nada Izhan mula berlembut. Dia tersenyum manis, tidak mahu Nur Hana mula stress. Dia patutnya memudahkan gadis ini untuk lebih memahami tentang tugasannya.

Nur Hana menarik nafas lega. Boleh pun dia cakap lembut-lembut. Tadi cakap macam robot. Hatinya berkata-kata. Sedikit rasa aneh mula menyelinap masih ke jiwanya. Entah kenapa, pipinya terasa panas.




Perpstakaan Fakulti Kejuruteraan UiTM Shah Alam

"Okey! Saya faham. Maksud awak, saiz piston, valve dan aturan spark plug akan mempengaruhi penggunaan petrol, kecekapan injin dan kesan emisi? Sebab tu teknologi sekarang tiga item ni banyak direka khas untuk mengurangkan kandungan gas beracun yang dilepaskan dari ekzos kenderaan?" hujah Nur Hana nampak yakin.

"Tepat sekali. Ia selari dengan piawaian antarabangsa macam Euro 4 dan Euro 5 yang awak sebut dalam bab selepas ini. Pengeluar sekarang berlumba-lumba untuk hasilkan kenderaan yang lebih mesra alam," Izhan tersenyum apabila Nur Hana sudah mula faham apa yang perlu diperbetulkan dalam tesisnya. Cepat belajar juga budak ni. Izhan bergumam.

"Oo... patutlah Puan Kartini suruh saya repair balik bab ni. Rupanya banyak yang menyimpang. Saya ingatkan penggunaan petrol dan diesel semata-mata sahaja yang jadi penyebab utama pelepasan gas beracun," ada senyuman manis di bibir Nur Hana. Dia sudah tahu yang mana perlu diperbetulkan.

"Saya rasa bukan Puan Kartini,"

Nur Hana kehairanan, tidak faham maksud Izhan.

"Saya rasa dekan yang tak luluskan tesis awak ni. Mungkin dekan ada pengetahuan pasal injin kenvensional. Atau dia bekas mat motor," Izhan tersengih, padahal dia pun tak begitu mengenali siapa dekan yang dimaksudkan.

Nur Hana tekun meneliti semula perenggan-peranggan yang perlu di ubah. Dia membentuk-bentuk mulutnya. Bagai sedang berfikir sesuatu.

"Tapi ada benda yang saya tak faham," mata dia dan Izhan bertemu.

"Apa dia?"

"Macam mana bentuk enjin? Piston? Kebuk pembakaran??"

Izhan terdiam. Pandangan mata Nur Hana masih belum berkalih dari memandang tepat kepadanya. Segera dia yang mengalah, tidak mahu terus menerus memandang mata besar dengan anak mata yang cukup hitam itu.

Izhan memandang jam di pergelangan tangan kanannya. Sudah pukul dua belas tengahari.

"Macam ni, lepas jumaat nanti awak ikut saya pergi bengkel kawan saya dekat TTDI. Saya boleh tunjukkan benda-benda yang awak nak tengok tu," Izhan membuat tawaran. Baginya, lebih mudah kalau Nur Hana dapat melihat sendiri komponen injin. Pengalaman melihat dengan mata kasar jika dibandingkan dengan menonton animasi atau video di internet adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Aik? Tadi kata nak tolong kejap je, ni dah melarat sampai nak bawak pergi bengkel apa cerita pulak ni Izhan? Dia mengata diri sendiri. Cakap tak serupa bikin!

Senyuman di bibir Nur Hana menghilang. Dia mula bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan.

"Saya kenal awak tak sampai pun tiga jam," sambil Nur Hana menjeling jam tangannya.

"takkan senang-senang je saya nak ikut awak pergi mana-mana. Saya tahu nama awak aje pun,"

Izhan terdiam. Nur Hana memulangkan semula kata-kata Izhan sewaktu awal pertemuan mereka tadi. Ni mesti pasal aku tak layan request dia tadi. Boleh tahan jugak dia punya balas dendam.

"Ikut awaklah nak pergi ke tidak. Awak yang nak menulis, bukan saya..." Izhan tersenyum tenang.

"Jap! Kejap! Bukan maksud saya macam tu..." Nur Hana mengalah. Dia sebenarnya hanya mahu sedikit maklumat tentang Izhan. Bukan mahu buat lelaki ini terasa hati.

Izhan tersenyum dalam hati.

"Lain kali jagan melawan cikgu. Saya dah makan garam, gula, bunga cengkih, kayu manis berkilo-kilo dari awak." Senyumannya terukir, tetapi muncung Nur Hana masih sedepa.

"Kalau awak nak tengok dengan mata sendiri part-part injin yang awak nak tahu, boleh pergi bengkel kawan saya. Saya boleh bawakan,"

Nur Hana menjeling Izhan, masih membisu.

"InsyaAllah, saya tak kipnap awak," Izhan berseloroh, cuba memujuk Nur Hana yang masih membisu.

LelakiWhere stories live. Discover now