PROLOG

35 0 0
                                    

Hujan. Perkara paling indah yang selalu terjadi pada muka bumi ini. Tapi turunnya hujan kali ini bukan perkara yang indah untuk aku. Aku mendongak ke langit, nampak gumpalan awan hitam yang berarak menandakan hujan renyai-renyai ini akan mula lebat tak lama lagi. Aku biarkan muka bersama mata yang hampir berkaca ini disimbahi titik titik mula hujan. Moga dapat aku selindungkan rasa sebal yang menghantui diri. Moga hilang rasa sendu dibawa angin hujan.

Dari luar perkarangan Masjid Al-Azim, semakin ramai yang sudah mula keluar selepas majlis akad nikah tadi. Seorang dua gadis melintasi hadapan aku. Aku memerhati tanpa kelip. Terasa hendak menyumpah seranah pada spesis macam ni sebab tak tahu nak menghormati adab masjid. Bertudung litup tapi berbaju kurung ketat hingga menampakkan susuk tubuh dan alur badan. Berjubah tapi nampak jelas garisan seluar dalam si pemakai. Bodoh! Aku dah mula mencarut.

Allah... apa kena dengan aku ni? Ikutkan sangat rasa amarah yang masih berbaki dan menghamburkannya pada orang lain. Padahal sebelum datang tadi, dah niat kental nak redha atas apa yang dah tertulis. Rasanya macam dah redha sangat yang dia bukan jodoh aku. Tapi hati ni masih belum terima sepenuhnya, walaupun lidah ni dari tadi asyik melafaz 'takpe, bukan jodoh aku...'

Aku melangkah menuju ke arah motosikal yang diparkir tidak jauh dari tempat aku berdiri. Tak sangup pula nak hadap kisah bekas awek aku yang akan melangsungkan kenduri kahwin sekejap lagi. Tak sanggup nak tengok adegan makan beradap ditambah dengan makan bersuap. Cukuplah hati ni terluka yang amat. Jangan ditambah perisa yang mampu buat lukanya berbekas. Payah nak pujuk pulak nanti.

Aku tinggalkan daerah ini dengan hati yang walang. Ada hikmah tersirat yang aku belum tahu. Aku yakin, setiap perkara tak terjadi secara kebetulan. Allah dah aturkan, kita tak layak nak question 'tulisan' Dia. Aku biarkan teka-teki ini tak berjawab. Lagipun kepala ni dah sarat dengan memikir yang bukan-bukan. Ya Allah... tenangkanlah jiwaku.

LelakiWhere stories live. Discover now