Bab 27

2.9K 114 3
                                    

Dari tadi senyuman tak lekang menghiasi bibir Hilman. Makan pun tak tersentuh. Dia rela kenyangkan perasaan dia dengan Hani. Hani ke dapur dia ikut. Hani menempel dengan Mia, dia menempel sama. Pendek kata dia tidak mahu berganjak walau seminit pun dari Hani.

Kali ini jika Hani nak ke tandas sekali pun dia akan ikut sama.

Kih.. Kih..

Orang dah ada bini miang sikit sikit pun tak apa kan.

"Hilman.. Boleh jauh sikit tak. Apa kata awak pergi bersembang dengan orang tua sana. Dengan abang Am ke Rayyan ke? Orang nak cakap dengan Mia kejap."

Bahu Hilman di tolak sedikit. Meminta Hilman agar menjauhi. Dari tadi lagi duduk menempel. Meskipun Hani sebelum ini manusia yang kurang rasa malu, tetapi bila ramai mata yang memandang kepada mereka terselit juga rasa itu.

Mulut Hilman memuncung. Sengaja nak gedik gedik manja.

Mia di sebelah Hani terkekeh kekeh ketawa. Geli hati nya dengan perangai baru Hilman. Memang lah sebab dia tak pernah lagi nampak Hilman yang serupa ini. Dia kan jelmaan manusia yang hampir pupus. Gentalman, berkarisma dan beku.

Ini yang mereka semua nampak. Tetapi hari ini?

Uh lain gila.

"Tak comel lah macam tu. Awak ingat awak budak budak ke? Ee ngada. Please baby. Bagi sayang cakap dengan Mia kejap."

Terbuntang bijik mata Hilman. Sebelum dia senyum nakal. Hujung bibir bawahnya dia gigit sedikit.

"Auch. Panas telinga abang ni sayang panggil baby. Lagi lah rasa tak nak tinggal. Tak nak berganjak. Tengok kaki ni berat ni.. Tak boleh nak angkat.."

Hani jeling maut. Sengaja je tu. Nak menyakat Hani, mentang mentang orang panggil dia macam tu terus dia upgrade dari abam beku kepada abam gedik.

Ini ke sisi istimewa milik Hilman Safwan?

Ketawa riang terletus di bibir Hilman. Bahagia teramat sangat hatinya hari ini. Hani sudah sah menjadi miliknya.

"Man.. Dah lah tu. Jangan nak bagi aku jeles. Meh sini. Bagi mereka gegirls talk dulu. Malam ni kau pulak talk talk."

Rayyan mencelah dari kejauhan. Sengaja suaranya di kuatkan. Memang satu ruang makan tu dengar suara Rayyan. Dan semua orang pula gelakkan mereka. Hilman menyengih. Hani lah yang bertambah tambah malunya.

Suka sangat mereka itu menyakat Hani dan Hilman. Geram betul. Dari topik Hani tersepak hujung karpet sampai lah melarat pada malam pertama. Adoi, semuanya tak tahu malu.

"Apa perasaan kau sekarang Hani?"

Mia tersenyum. Kadang kadang Hani perasan yang dia asyik mencuri pandang ke arah Amri. Buah hati di depan mata. Mungkin dia juga ada membayangkan yang diri nya di satu kan secara sah dengan Amri.

"Alhamdulillah. Aku syukur. Tiba tiba aku dah tak ada fikiran negatif macam tadi. Agaknya memang betul lah kerja syaitan ni sampaikan anak anak adam nak melafaz akad pun sibuk je dia dok ganggu."

Dia sekarang tak bimbang kan apa apa dah. Dan jika ada sesiapa cuba merampas Hilman darinya? Dia akan pastikan orang itu tak akan merasa macam mana nikmatnya memijak tanah. Hubungan Hilman dengan dia akan di perjuangkan sesungguh hati dan perasaan.

Itu janji dia. Hani meleretkan pandangan ke arah Hilman. Bagaikan dah berjanji pandangan mereka bersatu. Hilman kulum senyuman manis sampai ke telinga. Dan Hani cepat cepat memalingkan semula muka dia ke arah Mia. Berdebar bila Hilman juga turut menghadiahkan kenyitan mata nakalnya.

Hati mohon duduk di tempat yang sama. Jangan bergolek, tergolek dan di golek oleh Hilman.

Dari tadi lagi dalam fikiran dia hanya satu. Memuji muji pemberian Allah kepada dia ini. Tak tersangka cinta yang tersemai sekian lama akhirnya bertamu jua dengan akad dan nikah.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now