Bab 26

2.9K 133 10
                                    

Hani pandang wajah nya yang baru lepas di solek oleh tangan berseni milik kak Bat. Nampak cantik dan lain. Namun kecantikan asli dia masih terserlah. Senyuman manis mekar meleret ke pipi.

Cantiknya aku! Kalau Hilman tengok ni berdarah hidung.

Eh!

Perahsantan dengan Hani memang tak boleh lari jauh. Kembar dari dalam perut.

"Tersenyum-senyum. Tahu lah hari ini kau raja sehari. Cantiknya kau hari ini Hani."

Mia peluk bahu Hani. Muka Hani yang baru lepas di solek oleh mak andam terkenal ibu kota Kuala Lumpur ini memang nampak lain sangat. Walaupun makeup itu tidak sarat dengan warna ianya tetap menyerlahkan kecantikan asli wajah Hani.

Effortless makeup. Nampak macam senang, tetapi bila tengok pada based makeup yang MUA itu gunakan naik berpinar juga mata Mia.

Siapa kata nak cantik itu mudah?

"Terima kasih Mia sebab sudi datang hari ini. Terima kasih juga sebab kau lah aku dan Hilman boleh jatuh cinta. Aku sayang kau Mia. Kau lah sahabat aku sampai ke syurga."

Mata Hani mula bergenang dengan airmata. Hari ini memang dia agak emosional. Pagi tadi sebelum mandi dia sob sek sob sek dalam rangkulan papa. Berkali kali dia ucapkan kata kata terima kasih kepada papa yang merestui hubungan mereka. Padahal selama ini dia anak dara yang bukannya reti nak layan perasaan dan emosi macam hari ini.

Sudahnya dia kena bantai gelak dengan Hilman. Siap dengan muka smirk dia lagi tau. Menyampah juga rasanya. Nak saja dia smack down muka Hilman.

Ah mamat itu memang.. Hari nak kahwin pun dia masih berani nak sakat Hani.

Kalau Hani buat perangai tak jadi kahwin macam mana? Haru tak jadinya? Haru biru...

Hani sangka yang dia tak akan buat drama sesi airmata dah selain papa, rupanya sangkaan dia meleset. Bila dia nampak Puan Maria dia terkam mama nya itu pula. Menangis beria dalam pelukan hangat seorang ibu.

Mereka berdua menangis tersedu sedan. Perempuan memang ratu air mata.

Hilman yang memandangnya dari jauh tepuk dahi sendiri. Tak sangka Hani macam tu sekali perangai dia. Baru hari ini dia lihat perangai Hani Antasya yang satu ini.

Cenggeng!

Nak kahwin je kot bukannya Hilman ajak masuk batalion tentera. Lagipun mereka kan tetap serumah. Tak ada nya Hilman nak heret dia keluar dari rumah keluarga mereka buat masa sekarang. Belum masanya lagi.

"Kau ni.. Jangan lah cenggeng macam ni. Nanti makeup kau rosak. Jenuh Kak Bat nak touch up balik. Kau tersampuk ke apa ni Hani?"

Airmata yang hampir menitik di hujung kelopak mata Hani seka dengan jari telunjuk. Betul juga kata kata Mia tu.

Hari ini hari bersejarahnya. Dia sepatutnya tidak terlalu ikutkan perasaan sedih yang berlebihan. Kang dari rupa dia yang patutnya nampak elok terus jadi buruk. Nanti tak pasal pasal dia kena gelak lagi oleh Hilman.

Ye, bakal suami dia itu sangat suka membahan.

"Kau ni macam mintak  je jadi macam tu. Aku cuma rasa sedih je la. Selama ini kan aku bawah tanggung jawab papa. Kejap lagi akan beralih pada Hilman pula. Aku kena taat dan setia pada dia. Macam macam dalam kepala otak aku ini aku fikir. Boleh ke aku jadi isteri yang baik buat dia?"

Keluhan kecil terlepas dari mulut Hani. Wajah Mia yang terbias di balik cermin dia tenung sekilas. Perkara itulah yang dia fikirkan sejak dari semalam. Sampaikan tidur dia kelaut. Maka nya dia bangun pagi tadi mata dia ada eyebag hampir sama dengan berat gandum 5 kilo. Cuma dia agak bernasib baik kerana matanya suci tanpa panda eyes.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now