Bab 13

2.8K 132 11
                                    

Hani resah memandang ke depan. Tak senang duduk dia di buatnya bila Zairel dari tadi asyik merenung.

Mamat tu sinting agaknya. Hani siku bahu Mia.

"Wei, aku rimaslah. Zairel tu kenapa dari tadi dok buang tebiat macam tu."

Hani mendengus geram. Ikutkan hati dah lama dia meluru dan smack down mamat tu.

"Entah, dia tangkap cintan kat kau semula kot? Not bad apa, makin hensem dan berketak tu."

Terbeliak Hani dengan kata kata Mia. Minah ni tak ada taste ke apa?

"Agak agaklah kau mamat tu hensem macam tu. Euww, meluat aku. Nak muntah."

Sungguh, nak muntah betul. Loya tekak nya bila Mia cakap yang mamat tu hensem.

"Hey, korang borak apa ni. Tak ajak."

Rayyan muncul sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah Hani.

"Hani ni, bad mood. Terjumpa balik dengan senior lama kami masa kat sekolah menengah. Akhirnya, aku percaya yang donia ini memang kecik sahaja."

Hani julingkan mata ke atas. Dari tadi tak habis asyik mengusik dia. Sampai naik benggang jadinya.

"Pulak, chill lah. Senior je kot."

Rayyan tersengih sambil menongkat dagu. Mahu turut serta dalam perbualan gadis gadis tersebut.

"Chill atuk jiran kau, mamat sinting tu senior yang mendajalkan aku masa kat sekolah. Di canangnya aku kat satu sekolah, kata aku syok kat dia."

Hani hempap tangan ke meja. Perasaan geram yang lama kembali berteluku di dalam dada. Malunya dek peristiwa silam usah di kata.

" Dah kau tolak cinta dia, patut pun dia buat macam tu. Nak tutup malu diri dia."

Mia terkekeh kekeh ketawa. Suka hati dapat menyakat Hani. Selalunya Hani je yang suka menyakat orang. Oleh itu jangan di lepaskan lagi peluang keemasan ni. Kita sakat dia sepuas hati.

" Haa eloklah tu. Patutnya kau yang couple dengan dia. Sebab otak sama sinting. Yaa tohan, ampuni lah dosaku andai ini adalah ujian mu. Aku insaf."

Tangan di tadah separas dada. Sambil mata memandang ke atas. Sekali lagi pecah ketawa dari mulut Mia dan bergabung meletop dengan gelak berdekah dari mulut Rayyan.

" Uh, malas lah aku layan korang ni. Aku nak makan. Lapar."

Hani bangun. Sempat dia hadiahkan jelingan tajam buat Mia dan Rayyan. Biar mereka tahu yang dia sakit hati sebenarnya.

"Ok, ambik untuk aku sikit."

Sempat lagi tu order sama. Mia masih dengan senyuman mengejek. Hani buat tak tahu.

Kaki dia lajukan ke arah meja juadah yang di sediakan. Bila mood tengah kelaut dalam ini, makanan lah salah satu penyelamatnya.

Dengan makanan dia gembira. Cewah. Hani kulum senyum. Matanya nampak bercahaya dengan makanan yang tampak lazat itu.

"Hai."

Ada satu suara menegur dari tepi. Hani keraskan badan. Tidak mahu memandang ke sisi. Dia berlagak selamba. Tangan mula menyenduk lauk pauk yang ada.

Zariel garu kening. Gugup jadinya bila Hani buat endah tak endah macam ni.

"Hani, kau sihat?"

Masih lagi cuba beramah mesra. Zariel tak peduli, hari ini walau apa pun yang jadi dia akan cuba jernihkan kembali hubungan mereka.

"Err, sihat lah kan kalau kau ada kat sini. Apa punya soalan aku tanya ni. Eh kau nak makan apa lagi, meh aku tolong sendukkan."

Zariel bergerak ke sebelah kanan Hani, dengan niat ingin menyenduk gulai daging ke dalam pinggan Hani.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now