Bab 34

2.5K 130 23
                                    

"Kau buat apa?"

Suara itu menyentakkan Hani. Kelam kabut dia bangun dari duduknya di sebelah Hilman. Dia sendiri pun tidak pasti bila masa dia terduduk di sebelah Hilman.

Mungkin lamunan dia yang menjadikan dia separa sedar hingga dia terduduk di sebelah Hilman.

"Tak.. Tak buat apa pun.. Sa.. Saya.."

Bibir dia ketap kuat. Dah kenapa tergagap gagap ni. Mata terkebil kebil memandang Hilman yang sedang menguap kecil.

Jangan lah dia kata aku miang keladi.

Hilman menggeliat sedikit. Sebelum dia bangun dan menyandarkan badannya rapat ke kerusi. Matanya terpejam sebelum di buka semula dan memandang tepat kepada Hani yang jelas nampak terkulat kulat sendiri.

"Kenapa balik?"

"Hah?"

Hilman kelihatan merenggus. Hani tak pasti samaada itu rengusan marah atau geram. Atau mungkin kedua nya sekali? Kedua tangannya Hilman biarkan lepas ke sisi pehanya. Mata tepat menancap wajah Hani.

"Aku tak rasa kau pekak."

Kata kata Hilman menyentapkan hati Hani. Kedinginan suara Hilman di rasanya menikam hingga ke tulang temulang.

Kerongkong yang di lalui air liur juga terasa kesat umpama dia sedang menelan segulung kertas pasir.

"Kenapa? Saya dah tak boleh balik kat sini ke?"

Matanya di bawa menatap mata tajam milik Hilman. Namun Pertanyaan Hani di balas dengan ketawa sinis dari Hilman. Apa mungkin Kata kata Hani terlalu menggeletek hati nya?

" Soalan di balas dengan soalan? Good...."

Hilman bangun. Kedua tangan di bawa menyeluk poket seluar nya. Dengan pandangan yang Hani tidak boleh tebak langsung apa maksudnya. Senyuman paling sinis juga dia hadiahkan khas buat tatapan Hani.

"Hilman.. Saya dah balik."

Derap langkah Hilman yang semakin menjauhi Hani berhenti secara mengejut. Dia berpusing menghadap Hani. Dengan dia yang berada di muka pintu dan Hani yang masih berdiri di sisi kerusi balkoni, mereka di kira agak jauh dari satu sama lain. Cuma mata yang berbicara sesama sendiri.

Lama pandangan itu bertaut. Sehingga melahirkan rasa debar di dalam hati masing masing.

" Ok.."

Berkerut seribu kening Hani dengan jawapan serba ringkas dari Hilman. Itu sahaja jawapan dia? Tak teruja ke dia? Tak terasa rindu ke dia pada aku?

Namun itu semua tak terluah dari mulut Hani.

"Kenapa? Kau nak aku sambut kau? Buat welcoming party? Tulis atas board dengan tulisan sebesar alam demi menyatakan isteri aku yang lari hampir setahun lamanya dah pulang semula."

Hani tertunduk. Tak mampu nak berlawan pandangan dengan Hilman. Dia sudah tidak seperti dulu. Bukan lagi seberani itu. Di mana dia campakkan segala rasa berani yang dia ada pun dia sudah tak tahu.

Bunyi derap langkah kaki Hilman yang berjalan ke arahnya bagaikan seiring dengan detak jantung.

Satu..

Dua..

"Cuba kau bagitahu aku..."

"Apa yang aku perlu buat bila kau dah balik ni?

" Tell.."

" Me.. "

Meleret dan sepatah demi sepatah yang di ucapkan oleh Hilman. Dengan nafas hangat dan ulas bibir yang sedikit menyentuh cuping telinga membuatkan Hani Hampir longlai.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now