Bab 7

2.8K 113 1
                                    

"Abang Hilman! Yuhuuuuu!"

Tercelik luas mata cantik Hani bila mendengarkan laungan nyaring seorang perempuan di muka pintu pagar kebun.

Hampir hampir sahaja dia tercekik biji buah manggis. Kalau tak kenduri kahwin kak Raina serentak dengan kenduri arwah bagi Hani. Malam nanti gulai itik. Yeehaa. Eh, gila!

"Uhh, Mia.. Aaa airrr.. Tercekik!"

Tangan Hani menggapai gapai hendak mencapai botol air mineral di tepi Mia.

Kelam kabut Mia membuka penutup botol.

"Kau ni.. Makanlah elok elok sikit."

Mia tepuk belakang Hani sederhana kuat. Kang terlebih kuat kang sekali dengan jantung dia sekali yang tercampak keluar.

"Aku makan dah elok. Yang tak eloknya bila minah senget tu tetiba muncul. Nasib baiklah isi buah rambutan je. Sekali dengan biji tu memang arwah lah aku."

Hani juih mulut dia ke arah pagar. Kelihatan seorang gadis berambut perang lagak seperti diva terkumat kamit membebel. Daun kayu banyaklah, rumput macam panjanglah. Nanti ada pacat lah.

Di sebelahnya ada sang jejaka. Hanya diam mengekor.

"Ha a lah. Muncul mengejut macam tu. Asal lah yang Rayyan tu jemput dia sama."

Mia mendengus geram. Hani urut leher dia yang terasa perit. Nasiblah tak sangkut. Kalau tak pagi esok ada berita gempar, mati tercekik manggis di kebun atuk.

"Yuhuuu. Abang Hilman! Looked who's here."

Nedine melambai lambai pada Hilman yang sedang mandi. Mata dia meliar pada badan Hilman yang sado.

"Hermm. Nadine."

Hilman dongak pandang pada sepupu dia yang tiba tiba sahaja muncul. Terkinja kinja di tepi tebing macam tengok artis kpop masuk Malaysia.

"Rayyan, asal kau bawak minah senget ni ke sini? Kau bikin mood kitaorang kelaut dalam tahu."

Mia cubit lengan jejaka di sebelahnya. Rayyan mengaduh. Dia gosok lengan yang pedih dengan cubitan Mia. Aku pulak yang kena. Rayyan memuncung.

"Asalnya memang tak nak bawak, tapi minah tu main lompat je atas motor bila aku cakap Hilman ada sama. Dah tu nak buat caner lagi. Hye Hani. Sihat?"

Rayyan senyum serba salah pada Mia dan Hani. Hani senyum sedikit. Redha jelah.

"Sihat je. Lain kali ingat, kalau minah tu nak ikut pandai pandailah kau halang dia. Kau tengok tu perangai dia, jakun gila."

Terbit senyum mengejek di bibir Hani. Kepala dia ikut menggeleng. Stress bila tengok perangai Nadine yang menggedik macam tak pernah nampak anak teruna orang mandi sungai.

Allah! Ada juga spesies macam ni.

" Jakun, jakun pun sepupu kita jugak."

Rayyan ketawa berdekah dekah. Geli hatinya melihat muka Mia dan Hani yang berubah masam macam tu.

"Banyaklah sepupu kita. Bukan sepupu aku ok. Sepupu korang je. Not me. Sory!"

Hani tunjukkan jari telunjuk pada Rayyan dengan Mia. Uh, tak ingat rasanya nak ada sepupu macam tu.

"I pun tak hingin jugak nak jadi sepupu pada pompuan macam you tu. Biasa biasa sahaja."

Nadine berjalan menghampiri pondok yang Hani, Mia dan Rayyan duduk.

Mencerlung tajam mata dia memandang Hani, Mia dan Rayyan silih berganti. Mengumpat ler tu.

"Biasa biasa ni sekurang kurangnya original. Tak adanya rambut aku berkarat, kuku aku bertukar warna. Baju aku seiras guni barut nangka. I'm also a fashion lover but not a fashion victim."

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now