𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 22

En başından başla
                                    

Bella tahu, apa yang akan dilakukan Farris pagi nanti akan melukakan hatinya tetapi dia tidak peduli.

Farris miliknya.

I akan buat you gilakan I macam mana I gilakan you Farris.

•••

Jam menunjukkan angka 3 pagi dan Bella tidak mampu pejamkan mata. Tubuhnya terlalu letih tetapi dia tak boleh tidur. Otak asyik nak memikir.

Tentang banyak hal.

Farris yang sudah lama ke alam mimpi ditatap penuh rasa cinta yang semakin hari semakin mekar.

Bukan dia yang minta dirinya begitu tergilakan Farris sehingga begini, tetapi perasaan itu hadir sendiri. Kerana itu dia sanggup lakukan apa sahaja.

Bella sendiri juga sukar untuk percaya, dalam masa yang singkat dia boleh sayangkan Farris sehingga takut kehilangan kelaki itu. Terlalu singkat.

Memori yang terlalu pendek jika mahu dikarang.

"Walaupun you tak cintakan I dan I tak ada makna dalam hidup you tapi you sentiasa bahagiakan I Farris. Without you knowing it" pipi Farris yang berkumis diusap, ini adalah salah satu punca Bella jatuh cinta dengan raut wajah Farris.

"Keep pushing me away, but in the end of the day you will beg me to stay" ujar Bella lagi.

Mamanya selalu pesan. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu perkara sebab kalau tak dapat kita kecapi, sendiri yang merana.

Tetapi bila Bella bertemu Farris, dia langsung tak dapat tahan dirinya dari berharap setinggi langit Farris untuk punya rasa yang sama sepertinya suatu hari nanti. Bukan Bella yang paksa diri tetapi kekuatan rasa cinta yang memberi harapan itu padanya.

Saat mata Bella mula terasa memberat, bunyi telefon bimbit yang sudah divibrate kembali membuat dia membuka mata.

Telefon Farris dicapai dan ada nombor asing. Wajah Bella berkerut seribu.

54 missed call

Gila apa call orang pagi-pagi buta begini?

Sekali lagi panggilan masuk dan kali ini Bella ingin menjawab.

Tubuhnya disarungkan bathrobe dan telefon Farris dibawa bersamanya menuju ke arah balkoni.

"Hello?" jawab Bella pantas sebelum panggilan itu tamat.

"He-hello... Who are you?" soal si pemanggil. Eh, siapa yang call siapa?

Siapa yang patut tanya siapa?

"Who are you? Call orang pagi-pagi buta." soal Bella kembali menekankan perkataan 'you' itu.

"I Hanna. Mana Farris?" Bella terlopong seketika. Patutlah sampai 54 missed call rupa-rupanya sang kekasih. Tapi kenapa Farris tak angkat call?

"Miss Hanna, kalau you tak tahu sekarang jam 3:45 minit pagi tau so tentulah husband I tengah tidur" balas Bella selamba. Risau juga kalau si kekasih ini mengadu pada kekasihnya yang Bella berkata begini tapi nak dipeduli apa. Itu hakikatnya.

"What? So-so betullah Farris dah..." soal Hanna tergagap-gagap dan tidak habis.

"Yes miss, dah almost a month tunggu masa I nak pregnant je. So if you could excuse me I really need my sleep now. Good night" Bella mematikan panggilan. Dia mendengus kecil.

Seketika, satu rasa hadir.. Bersalah.

"No Belle. Don't be!" kepala digelengkan.

"Bukan salah kau. Kau bukan perampas, kau cuma selamatkan orang yang kau sayang dari terus dipermainkan" pujuknya pada diri sendiri.

Betul kan dia bukan perampas?

Takdir yang menentukan segalanya kan?

Ada hikmah disebalik semuanya kan?

"Calm Belle calm..."

Masuk semula kedalam bilik, kembali ke tempat yang dia tinggalkan tadi.
"Sorry baby" bisiknya pada Farris dan meletakkan kembali telefon bimbit lelaki itu di meja sisi katil dan pipi lelaki itu dikucup sekilas.

Tubuh dibaringkan. Mata dipejam dan seperti sebelum-sebelumunya Farris terus menghimpap separuh tubuhnya dan wajah lelaki itu dilehernya. "Hmm" Bella membalas pelukan Farris dipinggangnya.

"Sleep tight baby sayang" ucap Bella dengan senyuman sebelum dia turut terlena.

𝓽𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Maaf sangat sebab mungkir janji. I balik lambat semalam. So here we go!

𝓛𝓸𝓿𝓮,
𝓠𝔂𝓼

Temptation √ (TERBIT)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin