"Saya rasa, lebih baik kalau saya bercakap dengan suami Puan Jeon secara langsung" Jungkook yang memahami lirikan wanita itu segera membontotinya ke bilik konsultasi di sayap barat hospital.

Tiba saja di sana, kedua-duanya melabuhkan punggung secara bertentangan. Jungkook berdehem kecil untuk menyentakkan doktor manis itu dari lamunannya.

"Ah, maafkan saya, Encik Jeon. Begini--" sekeping sampul coklat berukuran A4 diletakkan di hadapan Jungkook lalu isinya dikeluarkan.

"--Puan Jeon mengalami keracunan makanan serius dan kami perlu menahan beliau di wad untuk pemantauan lanjut. Kalau tak keberatan, encik perlu jalani ujian untuk memastikan encik tidak terkena jangkitan. Cirit-birit akibat jangkitan boleh menular jika tidak dikendalikan dengan betul" Jungkook menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Emm, doktor. Macam mana dengan anak saya?"

"Maksud encik?" soalnya kebingungan. Anak? Dari mana pula datangnya topik anak ini? Gadis itu bukanlah pakar obstetrik dan ginekologi melainkan hanya pegawai perubatan biasa sahaja. Pakar pediatrik yang merawat kanak-kanak? Jauh sekali.

"Maksud saya, isteri saya mengandung atau tidak?" doktor manis bermarga Seo itu mengangguk faham.

"Beginilah, Encik Jeon. Mungkin encik dah salah faham tentang gejala keracunan makanan dengan gejala kehamilan. Muntah dan pening kepala boleh juga berlaku jika seseorang itu keracunan makanan. Saya harap encik bersabar dan cuba lagi untuk dapatkan penyeri keluarga encik" Jungkook mengangguk kecil sebelum meminta izin untuk beredar.

Figura sang isteri yang tercegat di hadapan pintu bilik konsultasi itu membuatkan Jungkook terdiam seketika. Hara yang mulanya ingin mencari Jungkook kini berdiri kaku di hadapan pintu bilik tersebut. Dalam hati kecil Jungkook, dia berharap bahawa gadis itu tidak mendengar perbualan dan dan pertanyaan bodohnya pada Doktor Seo.

"Maafkan saya" hanya dua perkataan itu sudah cukup membuktikan bahawa gadis itu mendengar dengan jelas perbualannya sebentar tadi.

"Jangan menangis, sayang. Sakit ni bukan salah awak. Awak pun pasti tak mahu sakit macam ni" Hara menggeleng.

"Maafkan saya sebab belum mampu berikan awak zuriat" Jungkook kematian kata-kata. Ucapan Hara bagai melumpuhkan saraf lidahnya. Kerana dia, insan kesayangannya berdukacita sebegini.

🌱🌱🌱

Berita yang diterima dari kumpulan Telegram sekolah amat menggemparkan para penuntut dan tenaga pengajar Sekolah Tinggi Starlite. Hara juga tidak terlepas daripada merasakan perkara yang sama apabila berita tentang kematian Hwayoung sampai ke pendengarannya. Walau bagaimanapun, terdetik rasa lega kerana pengganggu rumah tangganya sudah tiada. Egokah dia jika merasakan perkara sedemikian?

Daun pintu yang terkuak dari luar kamar rawatannya mengalihkan perhatian gadis genit itu. Tubuh sasa milik Jungkook menerobos masuk dengan beberapa beg kertas berlogo kafe kegemaran mereka.

"Saya bawakan kek gulung krim keju untuk awak" Jungkook dengan girangnya mengeluarkan sepotong kek bercorak abstrak itu dari kotaknya lalu diletakkan di atas meja kecil yang tersedia di hujung katil. Meja itu ditarik mendekati Hara yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

Lain pula yang dirasakan oleh Hara. Gadis itu terlalu sensitif dengan suasana hati suaminya. Rasanya dia ingin menangis sekuat hati kerana ada raut kekecewaan di iris kelam lelaki dihadapannya ini. Tanpa dia sedari, setitis airmata sejernih kristal jatuh menimpa pipinya.

"Sayang, kenapa ni? Ada yang sakit? Nak saya panggilkan doktor?" Hara tertawa kecil sambil mengusap pipinya yang basah.

"Kenapa sayang ketawa? Sayang buat saya terkejut, tahu?" rambut hitam ikal milik gadis itu diusap penuh rasa sayang. Namun, tangan yang berada di puncak kepala sang isteri segera diraih oleh tuan badan.

"Saya minta maaf, Jungkook"

"Kalau awak minta maaf sekali lagi, saya tak nak datang melawat awak di sini"

"Isteri tak sempurna macam saya ni tak layak untuk dapat suami sebaik awak. Saya selalu susahkan awak, buat awak risau, buat awak sakit hati. Saya tak dapat penuhi impian awak" mata Jungkook memerah menahan sebak yang menyerbu tangkai hatinya. Tubuh gadis itu dibawa ke dalam pelukannya lalu ubun-ubun sang isteri dikecup lama.

"Awak isteri terbaik yang saya pernah ada dan takkan terganti oleh sesiapa. Anak itu rezeki. Mungkin kita perlu perbaiki diri supaya Tuhan percayakan kita. Mungkin kita belum cukup bersedia untuk pikul amanah sebesar tu, kan? Jangan menangis. Saya rasa berdosa bila tengok awak menangis disebabkan awak"

"Saya sayang awak, Jungkook"

"Saya pun sayang awak. Sangat-sangat"



































































































































































TAMAT



















































































































TAPI BOHONG. ADA LAGI SATU RAHSIA BESAR YANG READERS PERLU TAHU HUEHUE

















{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍
























Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now