💣4

3.9K 371 87
                                    

"Bangun! Bangun!" siapa pula kacau aku pagi-pagi ni?! Ish, mengganggu ketenteraman awam betullah. Bilalah aku dapat hidup dengan aman?

"Aku kira sampai 3. Kalau kau tak buka, aku ambil kunci pendua. Lepas tu, siap kau aku kerjakan. 1,2"

Klak!

Pintu bilikku sudah terbuka luas saat ini. Taehyung rupanya. Tahulah kau cuti pun, tak payahlah kacau aku.

"Kau nak apa?" aku menggaru kepala yang serba kusut masai ini.

"Mandi cepat! Hari ni aku hantar kau pergi sekolah. Kalau lambat, kau jalan kaki" Taehyung menunjal dahiku sebelum berlari menuruni anak tangga. Apalah nasib kepala aku ni?

S

K

I

P

"Petang nanti, aku ambil kau ya budak? Aku pergi dulu"

"Datang naik superbike, tahu? Jangan naik kereta, aku tak suka"

"Tengoklah nanti. Aku chau dulu!" Taehyung memecut laju meninggalkan aku. Siap langgar lampu isyarat merah pula tu. Tak berhemah langsung. Eh, aku pun dua kali lima saja.

Sebaik aku melangkah masuk ke kawasan locker, aku terdengar ura-ura yang mengatakan ada guru baru akan berpindah masuk. Cikgu nilah yang mereka hebohkan dalam group Whatsapp kelmarin? Tak ada kaitan dengan aku, kan? Jadi, ada nampak Hara kisah?

Aku mengambil bekas pensel milikku dan masuk ke dalam kelas. Buku? Tak perlu kerana aku hanya tidur di dalam kelas. Bawa bekas pensel pun sebab tangan aku jenis yang tak boleh duduk diam. Sekurang-kurangnya, ada benda untuk dipegang.

Selepas ini ialah subjek Matematik Tambahan. Pergh, subjek yang tak patut wujud dalam muka bumi ni. Memeningkan aku. Lebih baik aku tidur. Tiba-tiba ketua kelas aku masuk sambil bersorak. Mungkin dia telah terkena virus Zika?

"Kelas Matematik Tambahan tak ada sebab semua cikgu ada mesyuarat. Jadi, kelas kita akan relief sampai balik"

Aku mengeluh kasar. Kalau aku tahu, baik tak payah datang. Tapi, aku juga teringin untuk melihat wajah guru itu. Entah-entah lagi kacak dari Haqiem Rusli. Who knows?

🇰🇷🇰🇷🇰🇷

(Jimin POV)

Setiap langkahku disoroti oleh tatapan dari para pelajar yang sedang berdiri berhampiran locker masing-masing. Ya, aku dah biasa dengan situasi ni. Almaklumlah, aku guru paling popular seantero dunia.

Tapi, sekolah ni agak pelik sikit. Lelaki pun pandang aku sambil berbisik-bisik. Aku mohon mereka bukan kunyit. Aku masih heteroseksual.

"Tumpang tanya, pejabat pengetua dekat mana?" aku bertanya pada seorang pelajar bertocang ekor kuda. Gadis itu tak berkedip memandangku sehinggakan air liurnya hampir meleleh.

"Excuse me!" barulah dia kembali ke alam nyata. Terpukau dengan ketampanan akulah tu.

"Encik naik tangga dekat hujung sana, belok kanan. Pintu pertama yang encik jumpa tulah bilik pengetua"

"Thanks, baby girl" aku berjalan dengan bangga kerana mampu membuatkan gadis itu menjerit histeria. Apa? Salah ke? Aku bukan playboyJust an international playboy.

Setibanya ke tempat yang dituju, aku mengetuk pintu dan masuk. Kelihatan seorang lelaki separuh abad yang berambut nipis sedang sibuk menyemak beberapa dokumen.

"Salam sejahtera. Saya Park Jimin, guru pertukaran dari Sekolah Sukan Busan" aku membongkokkan tubuh dihadapan lelaki itu sambil tersenyum manis.

Lelaki itu mengangkat wajahnya. Perkara pertama yang menerpa retina mataku ialah bulu hidungnya yang sedikit terkeluar. Aku mencuba sedaya upaya untuk mengawal riak wajahku.

"Encik Park, sila duduk. Saya memang menunggu kedatangan encik. Macam mana Seoul?" sapanya ramah.

"Semuanya baik-baik saja" jawabku singkat. Tiba-tiba saja pintu pejabat terbuka dengan kasar ibarat dilanda puting beliung.

"Maaf, saya lambat!"






{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍



Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now