💣2

4.3K 412 33
                                    

Aku berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Bas sudah tiada pada waktu-wantu seperti ini. Jadi, aku terpaksa balik dengan berjalan kaki. Ini semua abang aku punya pasal. Elok-elok aku pergi sekolah dengan motosikal, dia paksa aku naik bas. Alasan? Takut aku melencong ke tempat lain kalau pergi sekolah sendiri. Sedih!

S

K

I

P

Sampai saja ke rumah, beg galas aku lempar ke atas sofa lalu aku merebahkan badan ke atasnya. Aku dah tak larat nak buat apa pun sekarang ni.

"Hoi, anak dara duduk elok-elok sikit" lelaki tinggi di hadapanku ini melibas kakiku menggunakan majalah. Satu lagi masalah dunia yang aku perlu hadapi setiap hari.

"Kau tak kerja ke hari ni? Kau masak apa?" dia yang tadinya khusyuk membelek majalah terus mengalihkan pandangan kearahku.

"Aku ambil cuti sebab nak jaga kau. Kau pergi mandi, lepas tu tengok sendiri apa yang ada dekat bawah tudung saji" baru saja aku hendak bangun, dia menarik tanganku.

"Woi, tangan kau kenapa?" dia memerhati rapat tanganku. Pedih menyeringai rasanya. Kotak pertolongan cemas diambil dari almari dapur. Sebab nilah aku sayang kau, Kim Seokjin.

"Kenapa boleh jadi sampai macam ni?" soalnya sambil tekun menyapu cecair antiseptik ke atas luka tersebut. Untung siapa yang jadi isteri dia. Nasib baik aku adik kau. Kalau tak, aku yang pinang kau.

"Tak ada apa-apalah. Aku jatuh dekat sekolah tadi. Daripada korbankan muka aku yang cantik ni, lebih baik aku tahan dengan tangan aku" kataku cuba berdalih. Takkan nak cakap kena denda dengan si Daniel? Jatuhlah maruah aku.

"Yalah tu. Entah-entah bergaduh. Tak pun, kena denda kan?"

"Mana ada! Dahlah, nak naik atas" aku berlari anak naik ke bilikku. Makin dilayan, makin terbongkar rahsia.

Diorang memang tahu aku nakal. Tapi, bab dikenakan denda tambahan dengan si Daniel tu aku tak pernah cerita. Bukan nak riak, takut abang-abang aku 'bantai' dia sampai lunyai.

"Hara, kejap lagi turun balik tahu. Ada perkara penting nak dibincangkan" laung Jin. Selalunya kalau ada 'perkara penting', mesti ada benda yang tak kena. Dan selalunya benda yang akan buatkan aku sedih dan sakit hati. Aku rasa setakat ni, tak ada lagilah 'perkara penting' yang menyenangkan aku.

Usai mandi, aku turun ke ruang tamu. Tiba-tiba perutku terasa sebu. Aku ada firasat tak baik sekarang ni.
Aku lihat kelibat appa dan eomma. Lagilah aku rasa tak selamat.

Ketiga-tiga abangku duduk di sofa berasingan. Takut nak duduk sebelah Namjoon gamaknya. Kalau sofa tu patah, tak ke niaya?

"Ada apa ni eomma, appa?" soalku perlahan.

"Sebenarnya, eomma ada perkara baik nak bagitahu. Tae....."






{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍

Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓*

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now