💣34

1.5K 145 36
                                        

🎯 Contains harsh words and psychopathic scene. Read at your own risk.

◈ ━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━ ◈

Hwayoung mencelikkan mata apabila telefon pintarnya tak henti-henti berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Ish, entah siapalah yang tak ada otak ni. Hubungi orang malam-malam buta macam ni, gila ke? Tak tahu ke orang nak tidur" omel Hwayoung sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello, sweetie. Nyenyak ke tidur lepas buat cubaan membunuh?"

Hwayoung membuntangkan mata apabila mendengar kata-kata lelaki di corong telefon itu.


"Engkau siapa hah? Kau tak payah nak sibuk hal aku. Kita tak saling kenal pun. Kau tak tahu siapa aku, aku pun tak tahu siapa kau"

"Oh my lord, sweetie. Kita akan saling kenal tak lama lagi. Aku suka cara kau nak hapuskan halangan di hadapan kau. Cepat dan tangkas. Tapi, kalau kita boleh berjumpa dan bekerjasama, pasti lebih baik"

"Aku tak kenal kau dan aku TAK NAK KENAL KAU! Jauhkan diri kau dari aku kalau kau tak nak menyesal"



Hwayoung mematikan panggilan dari lelaki tak dikenali itu. Dia menggosok batang lehernya yang sedikit meremang akibat perbualannya dengan lelaki sebentar tadi.

"Tapi, siapa dia? Macam mana dia boleh tahu rancangan aku? Aku takkan senang-senang biarkan kau hidup. Kau, akan ikut jejak langkah Yoongi lepas ni" Hwayoung tersenyum puas sebelum merebahkan kembali tubuhnya.

📌📌📌


"Seronok ke boleh jadi heroin? Selamatkan buah hati" terkebil-kebil aku memandang wajah Jungkook yang terhias dengan senyuman sinis dan tatapan yang sukar aku tafsir.

"Apa maksud awak ni, Jungkook? Tolonglah, kita di hospital. Jangan cakap benda tak masuk akal boleh tak? Saya tak ada apa-apa dengan Cikgu Jung. Dia senior awak di sekolah, hormatlah. Dalam masa genting macam ni pun awak nak cemburu ke tak tentu pasal?" aku melipatkan tanganku ke dada. Panas hati melihat lelaki di hadapanku ini. Dia dengan Hwayoung lagi parah rasanya. Berpegang tangan bagai.

Dia meninggalkan aku seorang diri di ruang menunggu. Mahu saja aku rosakkan muka kacaknya dengan kaki mulus milikku ini. Kenapa dia perlu bangkitkan isu aku dan Cikgu Jung sedangkan aku hanya berdiam diri apabila isu dirinya dan Hwayoung timbul?

Aku mencapai telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluarku lalu menghubungi Nara untuk menemaniku di sini. Ada suami pun tak boleh harap. Tiba-tiba saja nak cemburu tak tentu pasal. Rakan sekerja sendiri terlibat dalam kemalangan pun masih nak bertekak dengan aku. Gila!

⏭️ ⏭ ️⏭ ️⏭️

Jungkook menyisip sedikit kopi panas yang baru dibelinya dari kafeteria hospital. Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengomel seorang diri.

"Kenapa aku marah dia? Hormon tak betul agaknya" Jungkook mengekeh ketawa sendiri sebelum berjalan ke ruangan menunggu yang diduduki Hara. Kelibat Hara dan Nara yang bergelak ketawa itu menyapa deria penglihatannya.

"Eh, Nara pun ada. Maaflah, saya beli kopi secawan saja untuk Hara. Kalau awak nak, saya boleh belikan?" pelawa Jungkook pada Nara. Gadis itu hanya menggeleng kecil.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Donde viven las historias. Descúbrelo ahora