"Sekarang ni aku sibuk dengan tugas di sekolah. Kau tak boleh sabar sikit ke?" soalnya sedikit ketus sebelum melabuhkan punggung di sofa minimal yang tersedia di ruang tengah rumah. Daniel dengan tangkas mencengkam bahagian belakang rambut Hwayoung dan mengheret wanita itu ke biliknya.

"Eh, bodoh! Lepaskanlah aku! Kau nak mati ke?" rontaan Hwayoung langsung tidak menggoyahkan pegangan Daniel malah lelaki itu dengan kasar melempar tubuh genit itu ke atas katil bujang. Tali leher yang sedia terpasang pada leher jenjangnya dilonggarkan. Kedua-dua tangan Hwayoung diikat kemas pada kepala katil menggunakan tali leher berwarna hitam itu.

Daniel berlari ke stor untuk mencari sebarang tali untuk mengikat kaki wanita itu. Segulung tali plastik yang dijumpai telah memadai untuk mematikan pergerakan kaki lincah itu.

Kepala Hwayoung didongakkan supaya tatapan mata mereka bertentangan. Iris hitam milik Daniel sungguh redup dan memancarkan aura kelam khusus miliknya.

"Apa yang kau dah buat pada Hara, sayang?" bisiknya pada telinga kiri milik Hwayoung layaknya seorang psikopat. Pisau lipat yang berada di dalam saku seluarnya dikeluarkan dan dilarikan sepanjang tulang rahang milik Hwayoung.

"Mula-mula, aku akan rosakkan wajah kau macam mana kau cuba untuk rosakkan wajah Hara" hujung mata pisau itu terbenam pada pipi Hwayoung sehingga satu torehan panjang terhasil. Darah segar yang menitik dari mata pisau itu dijilatnya.

"Darah kau tak sedap" gumamnya sebelum membuat beberapa lagi torehan di kawasan leher dan dada wanita itu.

"S-sakit! Lepaskan aku!" raungnya sendu membuatkan Daniel tersenyum sinis. Rahang wanita itu dicengkam kuat.

"Kau takkan sempat tengok matahari bahkan bintang malam ni" pisau itu dipacakkan pada belakang tangan Hwayoung sehingga menembus ke telapak tangan. Hwayoung cuba mengatur nafasnya sambil menahan rasa perit pada luka-lukanya.

"Mari kita mulakan permainan" pisau itu ditarik keluar membuatkan darah memancut membasahi kawasan pinggir katil.

💉💉💉

Daniel membawa masuk sebuah dulang berisi sebotol cairan berbau tengik bersama sebuah gelas soju berukuran 100 mililiter, sebuah picagari dan juga playar muncung tirus. Dulang itu diletakkan di meja solek milik Hwayoung. Playar dicapai lalu dibawa mendekati Hwayoung yang separa sedar itu.

"Kau mengantuk? Mari aku bantu kau untuk hilangkan kantuk kau" playar tersebut didekatkan pada kaki Hwayoung dan

CRAK!

Kuku ibu jari kakinya dicabut tanpa sebarang pesan membuatkan cadar putih itu dibasahi darah segar yang mengalir dan tiada tanda-tanda untuk berhenti.

"Hentikan!" raung Hwayoung kesakitan. Wajahnya berkerut menahan sakit yang mencengkam.

"AAARGH!" setitik asid nitrik dititiskan pada jari tidak berkuku itu menggunakan picagari.

"Hentikan! Hentikan! Hentikan!" jerit Hwayoung histeria.

"Ini hanya permulaan, Hwayoung Park" gelas soju diisikan dengan asid yang sama. Gelas itu didekatkan pada bibir Hwayoung. Sentuhan bibirnya pada gelas itu sudah cukup untuk membuatkan kulit bibirnya terbakar dengan sensasi yang sukar digambarkan.

Mulut Hwayoung dibuka secara paksa lalu cairan itu dituang ke dalam gua durjana itu. Cecair itu menghakis bahagian dalam mulut serta dagu dan dada akibat tumpahan asid tersebut dari dalam mulutnya. Wanita itu menggelupur dalam ikatan sehingga tindakannya terhenti secara tiba-tiba.

"Eo, dah mati? Aku baru saja nak bermain-main dengan kau" Daniel ketawa sendiri melihat mayat Hwayoung yang berlumuran darah merah pekat itu.

Baju putih yang tersarung di tubuh wanita itu disingkap kecil. Perut ratanya yang tidak terjejas oleh sebarang luka itu dikucup beberapa kali oleh Daniel.

Telefon bimbit dikeluarkan dari saku seluar lalu nombor orang kanannya didail tangkas. Sebaik panggilan disambungkan, arahan terus diberi kepada lelaki itu.

"Bunuh Park Taeil, pemain besbol Sekolah Tinggi Starlite. Malam ni dia akan ke Serenade Selenophile Hotel. Pastikan tiada sesiapa boleh jejak atau cam mayat dia. Buang mayat dia ke Sungai Han tengah malam ni"

"Oh ya. Suruh dua atau tiga orang konco kau untuk uruskan mayat Hwayoung. Lokasinya di kuaters perguruan wilayah Songpa. Datang selepas jam 1 pagi. Pastikan tiada sesiapa pun yang mengetahui hal ni. Kalau ada yang lihat kelibat kau atau konco lain, bunuh saja mereka walaupun hanya seorang tua atau anak kecil. Aku tak nak risikokan hidup aku dengan hal-hal remeh"

Panggilan ditamatkan lalu telefon pintar itu disimpan semula ke dalam saku seluar. Segala bahan bukti yang berbekas cap jarinya diambil dan dimasukkan ke dalam plastik hitam. Sebelum beredar keluar, wajah dan pakaiannya diperiksa menggunakan cermin di kamar itu.

"Masih kacak" ujarnya sambil menata kembali bangsnya yang sedikit kusut. Plastik hitam itu dibawa keluar seperti bungkusan sampah biasa. Pintu rumah itu dikunci supaya tiada sesiapa cuba memasuki dan merosakkan rancangannya.

"Selamat tinggal, pengkhianat"













































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍

























Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now