Fyraz mengambil telefonnya pada stand holder sebelum membuat panggilan telefon.

"Arman, aku dah kata kan apa apa hal back up aku! Ni macam mana diaorang boleh terlepas ikut aku sampai sini hah?!"

"Kepala lutut kau! Daripada tadi takkan tak perasan?!" selepas itu Fyraz terus menamatkan panggilan sebelum meletakkan semula telefonnya pada stand holder.

Fyraz membuka kotnya lalu dicampaknya kasar ke bawah. Nampak jelas kesan darah pada lengannya yang dilindung kemeja. Aku telan liur. Fyraz perasan ke tidak yang dia baru lepas kena tembak? Muka macam tak ada tunjuk deria sakit pun?

BANGG!

Sekali lagi bunyi tembakan kedengaran. Dari ekor mata, aku lihat Fyraz bertindak membuka laci dashboard lalu mengeluarkan pistol berwarna silver. Lincah tangannya memasukkan peluru pada kelongsong sebelum bahagian barrel ditarik.

"Tekan minyak kuat sikit." Fyraz bersuara sebelum membuka tingkap kereta.

BANGG! BANGG!

Aku terlopong apabila Fyraz mengeluarkan separuh badannya sebelum melepaskan berdas das tembakan.

Streeett!!

Melalui cermin pandang belakang, aku boleh nampak salah satu kereta yang mengekori kami tadi mula terhuyung hayang sebelum melanggar divider.

Aku boleh agak Fyraz tembak tepat dekat tayar.

Selepas itu, sebuah lagi kereta yang mengekori kami dari tadi sudah tidak kelihatan. Fyraz kembali tenang sebelum memejamkan mata dan bersandar pada kusyen kereta.

~~~

Hampir satu jam memandu, Fyraz mengarahkan aku berhenti di sebuah gudang. Aku berdebar takut melihat kawasan gudang yang terletak di ceruk hutan ini. Pada mulanya aku hanya ikut panduan Waze tapi Fyraz melarang untuk terus pergi tempat yang sepatutnya kami tuju.

Fyraz berura ura mahu keluar sebelum aku tahan lengannya.

"You nak pergi mana?"

"I nak masuk dalam. You tunggu sini jangan nak pergi mana mana." Fyraz menjawab sambil menepis tangan aku pada lengannya kasar.

"Jangan la tinggal I, I takut!" aku langsung tak peduli malah menarik lengan Fyraz lagi.

Fyraz jeling aku tajam sebelum melepaskan keluhan.

"Fine, tapi you jangan menyesal pulak!" amaran Fyraz langsung aku buat tak endah sebelum mengikuti langkah Fyraz.

Tindakan Fyraz yang menendang kasar pintu gudang itu menyebabkan beberapa orang lelaki bertubuh tegap yang sedang bergelak ketawa di dalam gudang itu terdiam. Masing masing melopong terkejut sebelum kelam kabut mereka berdiri dan menunduk hormat pada Fyraz. Aku tekup hidung apabila kaki melangkah masuk ke dalam gudang itu. Bau arak yang kuat betul betul meloyakan.

"Mika ataupun Arman, diaorang tak call korang ke suruh ready back up aku?"

Senyap.

"JAWABLAH AKU TANYA NI! KE SEMUA DAH PEKAK TAK ADA TELINGA?!"

Fyraz menengking kuat. Aku terus pejamkan mata. Patutlah dia tak bagi aku masuk tadi...

"Bos, Mika ada call tadi tapi..."

"Tapi apa hah? Eh, aku bayar gaji korang untuk apa? Untuk sedut benda bodoh ni?!" Fyraz menengking lagi sebelum menyepak botol botol arak dan beberapa plastik dadah yang ada di atas lantai.

"Botak!" Fyraz memanggil satu nama sebelum lelaki itu mengangkat muka memandang Fyraz.

"Siapa yang pandai pandai bagi arahan suruh serang tempat Nigel?"

"Ak...aku, bos!" teragak agak lelaki itu menjawab pertanyaan Fyraz.

Fyraz menarik nafas dalam dalam sebelum menghembus kasar.

"Lain kali, jangan jadi bodoh!" serentak dengan itu, Fyraz menumbuk kuat wajah Botak. Sebelah tangannya lagi mengenggam rambut Botak menyebabkan lelaki itu terpaksa statik di tempatnya.

Fuh, aku yang tengok pun tau perit.

"Sekali lagi aku pesan, jangan jadi bodoh! Kau faham ke tak?!"

"Baik, bos!"

Fyraz mengeluarkan pistol yang disisip pada celahan pinggangnya.

Sudah...dia nak bunuh orang ke?!

Aku bergerak ke belakang Fyraz sebelum menepuk kuat badannya.

"Raz, jangan la bunuh dia!" aku berbisik pada Fyraz. Dia hanya menjeling aku sebelum tumpuannya beralih pada Botak semula.

"Ni, kalau kau buat hal lagi, memang kepala kau dulu yang tembus peluru aku!" dia bersuara tegas sambil menghalakan muncung pistol itu pada kepala Botak. Lagi kuat aku menggoncang lengan Fyraz, menghalang apa yang mahu dia lakukan.

Sangkaan aku meleset apabila Fyraz bertindak menembak botol botol arak yang disepaknya tadi.

"Dah hari hari korang teguk benda tu memang la kepala otak korang jadi bebal!" kali ini kata kata itu dituju kepada mereka yang lain juga. Fyraz berpaling semula pada Botak sebelum rantai yang dipakai lelaki itu ditarik dan Fyraz menolaknya kasar hingga membuatkan Botak jatuh terduduk di atas lantai.

Fyraz terus menarik tangan aku untuk keluar dari gudang itu. Tangannya dihulurkan, meminta kunci kereta yang ada pada aku. Tanpa berlengah, aku terus menyerahkan kunci pada Fyraz. Seram nak pegang stereng kereta sport lagi.

~~~

Agak lama perjalanan sebelum sampai di rumah sewa. Aku yang berniat mahu keluar itu terhenti apabila suara Fyraz menahan.

"You dah tau banyak pasal I. Belum lagi semua. You sudi lagi ke nak terus dekat dengan I?" Fyraz bertanya tanpa langsung tidak memandang wajah aku.

Nafas aku tarik dalam dalam sebelum menjawab.

"Selagi I tak tau semua benda pasal you, selagi tu I tak kisah nak terus berkawan dengan you. Kalau boleh, I tak nak tau sebab I nak terus dekat dengan you." hanya senafas ayat yang aku tuturkan sebelum terus keluar dari kereta tanpa menunggu jawapan Fyraz.

Terlalu bodohkah kalau aku kata, aku sayangkan Fyraz...lebih daripada seorang kawan?

Memang bodoh, sampaikan aura gelap dia pun tak mampu buat aku takut dengan dia.






Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now