鏡 : 15

411 73 76
                                    

[Macam biasalah, korang kena komen banyak-banyak 🐸 maaf, banner takde. Dah banyak kali try letak tapi asyik loading je. Maleh aku]

















The word 'happy' would lose its meaning if it were not balance by sadness










"Eo?"

Yeonsoo menunduk ke arah lantai dan melihat beg kertas yang baru sahaja dia sepak tadi.

"Apa tu?" Taehyung ingin memanjangkan lehernya, namun apakan daya? Diri dia sudah terperangkap dalam cermin tu. Mana boleh nak keluarkan kepala sesuka hati. Terbongkarlah rahsianya.

"ARGHHH! NI HADIAH YANG JUNGKOOK BAGI DEKAT DALAM KERETA DIA TU! SEBELUM GERAK PERGI RESTAURANT HARITU!! MACAM MANA AKU BOLEH LUPA?!"

Yeonsoo segera duduk dan bersiap sedia membuka hadiah yang Jungkook bagi. Tanggannya perlahan-lahan membuka soletap yang terletak pada bukaan beg itu namun,

BRAKKK!!

"ARGHHH! Koyak weh! Koyak!! Macam mana aku nak simpan buat kenang-kenangan hadiah pertama Jungkook bagi ni? Macam mana aku nak tunjuk dekat anak-anak aku yang ni beg kertas hadiah pertama papa diorang dia ku? HUWAHHH!"

Dia menyeka air mata palsu dengan wajah menjengkelkan. Kalau orang tengok, confirm kena lempang sebab wajahnya itu tersangatlah menyakitkan hati.

"Apa benda siot?" Taehyung mengecilkan mata, melihat drama murahan Yeonsoo yang mungkin akan dikecam readers.

"Hiks" Sekali lagi, perlahan-lahan dia membuka bungkusan itu.

"WAHHH! ARNAB!" Matanya membulat besar. Tidak sangka pula Jungkook akan memberikan dia headband dan patung berbentuk arnab kelabu kepadanya.

"Dia nak jadikan aku arnab sama-sama macam dia ke apa? Kyaaa! Kiyotnya!" Yeonsoo memeluk patung itu erat.

Headband itu pula dia cium-cium baunya. Manalah tahu boleh hidu bau Jungkook sekalikan?

Dia menunjukkan patung itu pada Yeontan juga. "Comelkannnn!"

"......" Yeontan menyengetkan kepalanya. Pastilah si anjing ni tidak faham dengan apa yang Yeonsoo katakan. Kalau dia angguk, dah kelain pula jadinya.

"Ahhh! Kena selfie bagi Jungkook ni! Hehe" Tanpa menghiraukan dirinya yang dipalau Yeontan, terus dia menyarungkan headband itu dan membuka aplikasi camera.

"Ahhh! Kena selfie bagi Jungkook ni! Hehe" Tanpa menghiraukan dirinya yang dipalau Yeontan, terus dia menyarungkan headband itu dan membuka aplikasi camera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Magic Mirror | kthWhere stories live. Discover now