鏡 : 07

653 148 160
                                    

▪▪▪▪▪▪▪❝I wish you wanted me, like i want you❞▪▪▪▪▪▪▪

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








I wish you wanted me, like i want you







Yeonsoo yang masih tertidur ditenung. Otaknya ligat berfikir, mencari jawapan untuk setiap soalan kerja rumah tersebut.

Namun, akhirnya dia mengalah. Yejin memilih untuk berbaring di samping Yeonsoo dengan kaki dan tangan didepakan.

"Kau tak penat hidup ke Yeonsoo?"

Soalan itu tiba-tiba sahaja diajukan. Yejin memalingkan kepala, memandang wajah Yeonsoo yang masih lena tertidur. Hanya dengkuran sebagai jawapan.

"Mestilah kau penat kan.. Hidup tanpa ibu, datang pulak dengan banyak masalah yang entah nak dikatakan mustahil dekat dunia ni. Dan, kau sakit. Tapi kau lebih memilih untuk diamkan diri sahaja. Kenapa taknak bagitahu aku?.. Kenapa kau tipu aku?.. Aku tak dipercayai atau kau hanya anggap aku sebagai kawan biasa?"

Yejin mengeluh. Dia tahu, Yeonsoo sering muntah darah, sering meracau seakan ada yang menggangunya. Dan, yang paling pelik, Yeonsoo kadang-kala berubah seratus peratus.

Seakan-akan ada roh yang menguasai tubuh dia.

"Yejin?" Yeonsoo yang masih menggosok mata, memanggil nama Yejin. Yejin tersedar dari lamunan dan segera menyahut.

"Oh kenapa masuk bilik aku? Nak tidur sama-sama ke? Tapi dah tengah hari ni. Nak mengawaㅡ"

Yejin segera menotong percakapan Yeonsoo "Kau bangun-bangun memang boleh fikir kotor ke apa Yeonsoo?! Aku masuk sini sebab bosan dari pagi duduk hadap tv sahaja. Yang kau ni pulak, bangun tak pernah sebelum pukul 12! Kesianlah aku sorang-sorang je dalam rumah ni"

Yeonsoo hanya menganggukkan kepala. Dia bangun dan dengan selambanya, dia membuka baju yang dipakai dan membaling pada wajah Yejin.

"YAHH!"

"Kalau bosan, carilah pakwe. Nanti aku carikan ya. Pandai-pandailah aku minta nombor mana-mana jantan handsome tepi jalan" Yeonsoo memasuki bilik air. Yejin yang masih berada di situ hanya diam mencebik.

"Kau dekat situ lagi dah kenapa? Nak mandi sama-sama ke?!" Jerit Yeonsoo dari dalam tandas.

"NAK KELUAR LAH NI ALAMAK!!" Yejin melangkah dengan langkah yang sengaja dihentak.

Setelah mendengar bunyi pintu ditutup, Yeonsoo membuka shower. Membiarkan air mengalir di tubuhnya, fuh nyaman hatinya.

Magic Mirror | kthWhere stories live. Discover now