鏡 : 21

126 31 50
                                    

•••••••Drop your comments juseyo >< Baru ada semangat nak update hehe•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








Drop your comments juseyo >< Baru ada semangat nak update hehe






"Pe— pecah?"

Terus dirinya terdiam. Bibirnya semakin kuat diketap dengan aliran air mata masih tidak berhenti di pipi. Dia mengangkat punggung, meninggalkan Yejin yang masih diselubungi perasaan bersalah. Kedengaran pintu bilik dihempas kuat, Yejin melepaskan nafas berat. Tahu rakannya itu akan bertambah sedih.

Yeonsoo duduk di atas katil dengan kaki yang dimasukkan di dalam selimut. Cermin itu diketuk-ketuk berkali-kali, namun wajah Taehyung masih tidak muncul.

kisah hidupnya akan berakhir dengan cara begini ke?

"Hiks Taehyung... Muncul lah" Tangisannya masih tidak berhenti. Dia takut, dia takut dia tidak akan diberi peluang berjumpa dengan Taehyung lagi selepas ini.

Cermin itu dipeluk erat. Badannya meringkuk di atas katil.

"Taehyung..." Matanya terpejam rapat, cuba menahan diri dari terus menangis. Setelah satu, satu lagi benda yang terjadi di dalam hidupnya. Kenapa hidupnya begini?

Dengan kehadiran Taehyung tulah dia boleh tersenyum, tanpa dia... Macam mana lagi?

(lepas tengok mv ni, sebijik nyah sebijik dengan storyline ff ni lagi lagi part cermin pecah & ada part dunia yang berbeza tu AHHHHHH😭)

"Mama, mama baik sahajakan dekat sana? Mama cantik hiks macam nama mama, Ariel hehe" Tawa palsunya tercetus.

"Taehyung jahat. Tinggalkan Yeon macam tu je!"

"Bila masa?"

Suara dalam itu membuatkan Yeonsoo tersentak. Badannya kaku, merinding seluruh tubuh kerana suara itu seakan bisikan yang benar-benar ada di tepi teliganya.

Tiba-tiba rambutnya terasa diusap lembut, lagi menderu laju darah Yeonsoo dibuatnya!

"Lembutnya rambut sayang. Akhirnya dapat jugak Taehyung usap"

"Tae— Taehyung?"

"Ya?"

"Ergh!" Serasa nafasnya benar-benar tersekat di kerongkong. Tetapi, tubuh seseorang yang berbaring di sebelahnya lagi penting dari itu. Segera dia memalingkan wajah ingin melihat lelaki itu untuk memastikan adakah benar ianya Taehyung atau bukan. Namun sebuah telapak tangan besar terlebih dahulu menutup wajahnya.

Bagaikan terkena racun, dirinya seakan terbuai-buai. Matanya terpejam dan terus dia tertidur di dalam sebuah pelukan.

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

Magic Mirror | kthWhere stories live. Discover now