Memandai je buat kajian sendiri. Sedikit pun tak betul.

"Eh.. Eh.. Betullah.. Kau je yang jaki dengan aku.."

Mikayla melopong.

"Aku jaki dengan kau? Please lah.. Tak termasuk senarai langsung aku nak rasa semua tu. Apa benda yang kau ada aku nak jakikan sangat?"

Reza cekak pinggang. Jarak yang pada mulanya jauh berinci inci kini tinggal seinci dua. Aku perasan yang muka Mikayla nampak cuak bila Reza makin merapat kepadanya.

" Hey, jangan nak buat aksi yang tak sihat kat sini."

Aku pun bimbang juga. Reza tu kan lelaki. Kalau Ray dulu pun boleh terbabas konar leper, takkan lah si Reza ini tidak? Mana tahu di cekiknya Mikayla ke, di tampar sampai tercabut rahang anak orang tu ke? Lagipun dengan status diri mereka yang punya cerita silam tak mustahil semua itu takkan jadi.

Tapi aku percaya yang si Reza ini jenis spesies lelaki terancam. Takkan naikkan tangan pada perempuan. Walaupun dia kasar.

"Kau.. Kau.. Nak buat apa.."

Mikayla tergagap gagap. Kaki dia terundur sedikit demi sedikit ke belakang. Aku pula yang tak selesa nak duduk bila tengok si Reza tu macam tu.

"Betul apa yang kau cakapkan tadi?"

Kakinya semakin mendekat. Angah dan Atalia pula hanya tersengih lebar. Boleh pulak dua manusia ni sengih macam tu. Tak nampak ke dia yang si Reza tu lain macam? Jangan dia terkam si Mikayla sudah.

"Reza.. Kau nak buat apa kat dia haa? Aku report polis nanti."

Aku mengugut. Kotnya dia rasa takut sikit ke bila cakap pasal polis.

"Maira.. Maira.. Kelakar lah Maira ni. Nak report kan dia kat siapa? Kat diri dia sendiri? Atau nak angah yang handle kes dia?"

Reza menyengih dari jauh. Tapi badan dia sedikit pun tak berjarak dari Mikayla. Aku jeling sahaja. Naik geram pulak bila angah dan Atalia bantai gelakkan aku kuat kuat.

Bukannya aku minta nak lupa pasal dia yang berkerja sebagai polis tu. Semenjak mengandung dan bila semakin sarat ni aku dah jadi pelupa. Letak barang depan mata pun selang dua tiga minit lepas tu aku dah berpusing macam itik pulang petang mencari cari barang yang di letak tadi. Ada tu sampai nangis nangis sebab stress sangat cari barang tu tak jumpa.

Ray pulak macam biasa lah. Sama ada dia menyengih sampai ke telinga atau dia gelakkan aku kuat kuat itu memang kerjanya.

Macam tu lah perangai dia. Tak berubah ubah walau dah kahwin. Bila masuk mambang romantik dia sampai berdiri tak jatuh jatuh bula roma aku, syeram wei. Semacam.

Aku sendiri pun tak faham. Aku kahwin dengan orang yang jenis macam mana. Satu orang yang ada berbelas belas ragam manusia dalam diri dia.

"Ha.. Kau mara setapak lagi aku tinju muka kau. Cuba lah kalau nak rasa."

Mikayla geram. Kedua tangannya dia gengam kemas dan di angkat tinggi hampir ke muka. Dan Reza macam biasa lah. Menyinis sahaja mukanya. Sengaja nak buatkan Mikayla bertambah geram.

" Nak tinju belah mana? Kiri atau kanan? Atau hidung terus?"

Dia tunjuk kedua dua belah pipinya. Mikayla ketap bibir geram. Aku yang pandang pula yang nak marah.

"Reza... Jangan sampai aku pula yang bangun tinju kau. Apasal perangai kau makin meluat ye?"

Geram. Sungguh aku geram. Aku bangun mengejut. Tiba tiba terasa sengal di bawah ari ari.

"Aduh.."

Terus aku terduduk impak rasa sakit pada perutku.

"Maira"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now