Bab 47

6.8K 263 19
                                    

Air liur aku tersekat di kerongkong. Ada.. Adakah dia..

"Ra.. R... Rayyyy.."

Ucap aku sedikit terjerit mix gagap. Tangan kanan aku di dalam gengaman tangan dia. Sebelah lagi aku letak di dadanya. Pinggang aku di raih kemas dalam rangkulan tangan kekar Ray. Rapat melekat.

Aku pandang angah yang berada di sisi Farouk. Aku yakin dia tahu pasal kewujudan Ray ke sini.

"Bijak.. Pandai teka.."

Ray membawa aku ke tengah tengah dewan dalam rentak tarian dia yang sungguh seksi. Mana mana mata yang memandang pasti akan melorot jatuh rahang dan hatinya. Semua orang dalam dewan mula berganjak ke tepi memberi kami ruang untuk berdansa.

Apa lagi yang aku tak tahu pasal suami aku ini? Banyak sangat kejutan yang dia berikan. Dan kini yang paling buat aku terkejut ialah dia boleh menari? Polis yang hensem, macho dengan pandangan membunuh itu pandai menari?

Ini memang gila!

Spotlight yang terang mula menyoroti langkah kami. Rasanya dah macam artis pulak. Apa dia nak aku menari dengan dia ke? Buat buat tanya ye Maira Iris?

Aku cari mata dia di balik topeng emas itu. Waswas juga aku sebenarnya, manalah tahu aku ini terlalu berharap yang dia tu Ray Idhlan. Buatnya dia tu penyamar ke apa tak ke naya? Namun bila mata kami berlaga dengan keadaan sedekat ini aku memang tak boleh nak nafikan lagi yang dia memang suami aku. Ray!

"Kau buat apa kat sini?"

Dia berbisik lembut ke telinga aku. Tangan aku di tarik dan aku berpusing mengikut bunyi muzik yang di mainkan. Aku hanya mengikut perlahan. Cuba menyesuaikan diri dengan tarian pasangan aku ini.

Eh, Jangan tak tahu aku pun reti menari lah.

Aku pernah masuk kelas tarian Tango dan beberapa lagi tarian internasional yang mana angah paksa aku untuk masuk. Masa tu dia sibuk nak tackle arwah kak ngah yang merupakan guru tari di sebuah kelab tarian. Dengan adanya aku maka mudahlah bagi dia untuk mencucuk jarum.

Aku ingatkan dia iklas gila nak support aku masuk kelas tarian tu, rupanya ada udang di sebalik batu. Angah.. Angah..

Dalam aku tak rela itu aku tetap menjadi pelajar kelas tarian kak ngah. Jadi takat tarian macam ni kacang sahaja bagi aku. Walau langkah aku agak sumbang mambang sebab lama dah tak menari. Step pun entah kemana.

Namun, Kira bernasib baik jugalah bila aku masih cekap mengawal tarian sendiri agar tak memijak kaki panjang Ray. Ingat senang ke nak menari dengan perasaan yang nak meletup macam ini. Tu belum lagi dengan sorotan mata orang di dalam dewan. Aku senyum nipis cuba menutup rasa gugup dalam diri.

Tangan bersambut tangan. Kaki kami bergerak semakin lincah. Aku dan dia dalam satu paduan rentak. Indah.. Seolah olah kami penari profesional yang di tempah khas untuk menghiburkan tetamu yang ada.

Mata aku sedikit pun tak aku alihkan dari menatap sebening mata tajam dia. Menikam? Ye memang.. Aku terpaut? Sudah tentu, berkali kali.

"Perlu ke saya nak beritahu awak? Dan awak pulak buat apa kat sini?"

Saja nak berbasa basi. Jemari aku mengelus bahu tegap dia. Mata masih berlaga. Senyuman sinis terlakar pada bibirnya. Terasa pinggang aku di cengkam kuat. Tidak menyakitkan, namun cukup membuatkan aku merasa cengkaman tangan kasarnya.

Aduh Ray, jatuh bergolek golek nanti hati aku ni.

"Oo ok. Tak perlu cakap. Tapi kalau kau buat sesuatu yang boleh mengagalkan misi aku malam ini sama macam dulu..."

Meleret kata katanya. Dia memusing aku laju sebelum badan aku di raih ke dalam pelukan dia dari belakang. Lengannya melingkar pada perut aku. Sebelum dia berbisik perlahan di telinga kiri aku.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now