I'm Yours 38

1.9K 80 2
                                    

Bab 38

Aku mengemaskan lagi lilitan selendang yang aku pakai ketika ini.Selendang kali ini lain pula cara lilitannya.Sekali-sekala nak cuba gaya baru.Pakailah apa-apa jenis tudung pun,asalkan tidak keterlaluan dan juga menutup aurat.

Tambahan pula sekarang adalah zaman moden.Semuanya sudah berada di hujung jari aje.Terima kasih kepada YouTube yang mempunyai bermacam-macam cara hendak memakai selendang.Aku lebih selesa memakai selendang Pashmina kerana ianya agak panjang dan juga lebar.Senang untuk menutup bahagian yang sepatutnya.

'Tok! Tok! Tok!'

Aku memandang kearah pintu bilik tidurku yang di ketuk.Aku menghampiri daun pintu lalu aku memulas tombol pintu.

"Kau dah siap ke? Kalau dah,cepat la turun kita breakfast sekali.Jom,nanti lewat pulak," sapa Norisha yang sudah terpacak di luar pintu.

"Okey.Kejap lagi aku turun," Aku menutup kembali daun pintu.Sling bag di atas katil aku capai.Buat kali ke dua,aku memeriksa sling bagku agar sampul surat yang telah aku siapkan semalam tidak ketinggalan.Sampul surat yang mengenai aku ingin berhenti kerja.

Pulang saja Kamelia malam semalam,terus saja aku mencari komputer ribaku untuk menulis surat ini.Dengan bantuan dari sahabatku juga,aku telah berjaya menyiapkannya.Yelah,aku takde pengalaman nak tulis surat ni bagai.Dengan adanya tauke kedai kat rumah aku ni,senang sikit kerja aku.

Sudah tentu sahabat-sahabatku sudah mempunyai pengalaman tentang surat ini tatkala pekerja diorang pun berhenti kerja gak.

Aku menapak keluar dari bilik tidurku.Kaki aku halakan menuruni anak tangga.Sling bag yang aku sangkutkan di bahu kanan aku betulkan sedikit.

Aku tersenyum saat aku terhidu aroma yang menyelerakan.Ni mesti kerja Iffah pagi-pagi macam ni.Makan besar la aku pagi ni.

"Hello!" sapaku ceria kearah sahabat-sahabatku yang asyik menjamu selera.

Ketiga-tiga sahabatku berpaling kearahku buat seketika."Makan la sekali,Ella.Aku ada buat lebih pagi ni," tegur Iffah ramah.

Aku tersengih.Dah macam seorang ibu pula sahabat aku yang sorang ni.Memang aku tidak dapat sangkal,semenjak Iffah menginap di rumahku dia sering mementingkan orang di sekelilingnya.Makan minun kitorang dia yang uruskan.Susah cari sahabat macam ni.

Tidak lupa juga dengan Norisha dan juga Wathieq.Mereka berdua rajin menolong aku mengemas rumah dan juga luar rumah sekali.Setakat nak bersihkan halaman rumah,kami bertiga masih mampu untuk menguruskannya.

Mataku bersinar-sinar saat melihat juadah yang ada di atas meja.Kecur liur aku di buatnya.Aku mengambil tempat di sebelah Iffah.

Sling bag aku letakkan di sebelah kerusi yang kosong."Ada brownise gak!"

"Dah,jangan banyak bunyi.Makan aje,dah la." tegur Iffah.Depan rezeki pun nak kecoh bagai.

"Yelah.Jangan marah-marah,nanti lekas tua," usikku.Aku menyuapkan nasi ke dalam mulut.Menu pagi ini,nasi lemak berlaukkan ayam masak merah.Tahu-tahu aje minah ni masakkan ayam kegemaran aku.

"Kau nak tumpang aku tak pagi ni?" Iffah menoleh kearahku sekilas.

"Boleh gak," kataku yang dipenuhi dengan nasi di dalam mulutku.

"Tak senonoh betul minah ni.Kalau nak cakap pun,telan la dulu nasi tu," tegur Wathieq.Langsung tidak senang dengan kelakuan Shiella.Dah jadi anak dara orang,jagalah sikit perangai tu.Ni,kalau mamat handsome tengok pun tak jadi mamat tu nak mengurat minah ni.

"Ala,biar je la.Aku bukannya ada lipstick nak jaga pun," balasku sambil mengunyah nasi.Semakin di kunyah,semakin terasa kesedapan air tangan Iffah.

I'm Yours { Hiatus }Where stories live. Discover now