I'm Yours 4

3.4K 146 1
                                    

Bab 4

Aku mengatur langkah menuju ke pagar sekolah dengan hati yang girang.

Pagi yang indah ini begitu membuatkan aku berasa semangat.

Tentang mamat mangkuk tingkat tu,lantaklah dia nak buat apa.

Dari jauh kelihatan beberapa pengawas yang tidak jauh dengan pagar sekolah.

Mungkin sudah tugasan mereka untuk mencari mangsa yang datang lewat ke sekolah.

"Good morning Nas!" tegurku ceria kepada penolong ketua pengawas merangkap temanku iaitu Anastasya.

"Morning Ella," balasnya lalu tersenyum.

Sedang asyik aku berborak dengan Anastasya,tidak semena-mena bahuku dirempuh oleh seseorang.

"Hish! Kau boleh ke tepi sikit tak? Buat semak je!" ujar Firash gedik.

Aku mengetap bibir.Apa nak jadi la dengan budak sorang ni! Dah elok-elok Allah jadikan dia lelaki,tak nak terima hakikat! Dah nama dia lelaki tetap gak lelaki.

Rimas la pula tengok.

"Kau yang berjalan tak guna mata tu apahal? Dasar tong!" balasku kasar.

Buat orang hilang mood je.

Firash melopong.Tong dia panggil aku? Hello! Orang panggil aku diva bukannya tong!

"Berani kau panggil aku tong ye!" Firash melembutkan jarinya lalu menuding kearahku.

"Okey apa? Tu baru tong.Kalau aku panggil sotong buatnya kau jadi lelaki tulen betul-betul sebab mengamuk.Tak pasal-pasal hilang ayu.Ops,bukan ayu tapi layu!" Sengaja aku menambah api kemarahan Firash.

Memang sejak dahulu lagi,aku memang pantang tengok mamat lembut.Rimas!

Entah macam mana mamat sotong ni pun boleh dilantik sebagai pengawas kat sekolah ni.

"Kau ni kan!" Firash sudah berkira ingin mencekik leher gadis yang berada di hapadannya.

Mulut takde insurans!

"Sudah-sudah la tu korang ni.Korang tak malu ke? Parents hantar anak diorang pergi sekolah untuk belajar bukan nak bergaduh! Korang tak sedar ke ada mata-mata yang tengok kat sini.Bukan sebab aku cantik tapi sebab korang la bising tak tentu pasal," Anastasya yang menjadi pemerhati terus mencelah.

Aku mendengus kasar.Mamat ni la punya pasal! Karang aku kasi pelempang tak pasal-pasal jadi lelaki tulen.

Firsah pula dengan gediknya membetulkan rambutnya dengan badan yang sengaja dilentok-lentokkan.

Aku menjeling tajam.Macam la rambut kau tu panjang sangat!

"Aku blah la dulu Nas.Menyemak je kat sini.Dasar sotong tak sedar diri!" Aku meminta diri.Tidak lupa juga sindiranku buat Firash.

Jelas wajah Firash yang tidak berpuas hati.Nasib baik pagi ini merupakan gilirannya untuk menjaga pagar sekolah.Kalau tak,memang habis dikerjakannya minah tu.

Aku mengayun langkah menuju ke klass.Haih,tak pasal-pasal mood aku hari ni hilang entah ke mana.Ergh,geram betul dengan mamat sotong tu.

Langkahku terhenti apabila mataku tertancap kearah Iffah yang berdiri di hadapan Izzad.Persis seperti pesalah yang dihukum.

Dahiku berkerut apabila mataku memandang kearah wajah Izzad yang jelas penuh dengan api kemarahan.Apahal pula mamat tu?

Entah mengapa hatiku tidak berasa sedap apabila memandang kearah seraut wajah milik Iffah yang kian mendung.

I'm Yours { Hiatus }Where stories live. Discover now