I'm Yours 24

2.1K 84 0
                                    

Bab 24

Iffah memeluk tubuhnya.Terasa angin pada malam itu lain dari hari kebiasaannya.Iffah mendongak.Tiada satu pun bintang di dada langit.Mungkin hujan akan turun tidak lama lagi.

Angin yang menyapa di tubuhnya terasa hingga mencengkam tulang.Namun dia peduli apa? Kepala berserabut.Kusut.Perut kosong namun di biarkan tidak di isi.Seleranya tiba-tiba saja mati pada hari ini.

Muka di raup beberapa kali.Dia binggung.Dia buntu.Apa yang harus dia lakukan.Selesai saja menunaikan solat Isyak,memohon doa yang agak panjang berbanding doanya yang terdahulu,sedikit sebanyak mengurangkan rasa resah di hati setelah mengadu masalahnya kepada Pencipta.

Bunyi ketukan daripada bilik tidurnya tidak di hiraukannya.Langsung tidak menarik minatnya.Mata masih mengamati dada langit dari balkoni.Gelap.Sekosong fikirannya kali ini.

"Iffah.Boleh papa masuk?" terjengul kepala Tuan Mahari di ambang pintu.

Iffah berpaling ke belakang.Bibir mengorak senyuman.Senyuman kelat."Masuk la papa."

Tuan Mahari mengangguk.Kaki di atur menghampiri anaknya  yang tiga."Iffah tengah buat apa dekat luar ni?" soalnya.Dia ingin membincangkan hal anaknya dengan Firash.Namun,kehadirannya di sini tidak mahu terus-terusan menanyakan hal sedemikian.Tidak terniat untuk mendesak Iffah.

"Tengah tengok langit je pa.Takde bintang," jawab Iffah lemah.

Tuan Mahari tersenyum kecil."Gelap aje papa tengok." Tuan Mahari turut mendongak.Ya,langit ketika itu gelap gelita.Tiada bintang yang sudi munculkan diri.

Iffah mengeluh lemah.Kebetulan ayahnya berada di sini tidak salah rasanya jika dia memulakan topik hangat yang masih dia tidak tahu perkara sepenuhnya.Firash.Iffah menoleh kearah ayahnya yang tinggi lampai.

"Papa dah tahu pasal Iffah?" soal Iffah.Mata di halakan kehadapan.Memandang jalan raya yang agak renggang di hadapan rumahnya.Mungkin ketika ini ramai yang berehat di rumah.Setelah memulas seluruh tenaga bekerja di sebelah petang.

Kedengaran suara Tuan Mahari mengeluh.Adakah dia juga keberatan untuk memikirkan hal ini?

Iffah menongkat kedua-dua lengannya di atas tiang yang menghalang agar dia tidak jatuh ke bawah dari balkoni.Kepala menunduk memandang kearah taman bunga milik ibunya.Pandangan kosonf.Fikirannya kosong.

"Ye.Papa dah tahu," jawab Tuan Mahari.Sekilas memandang anak gadisnya lalu melontarkan pandangannya kearah sama yang di pandang oleh Iffah.Sedikit sebanyak rasa gusar di hati berkurangan apabila memandang kearah taman bunga yang di hias oleh isterinya.

"Then,kenapa baru sekarang Iffah tahu,papa?" Tanya Iffah lirih.Agak terkilan dengan kedua ibu bapanya.

"Iffah jangan salah faham.Dari dulu lagi mama kamu nak jodohkan kamu dengan Firash.Dari Iffah kecik lagi.Sekarang sudah tiba masanya Iffah mendirikan rumah tangga," tutur Tuan Mahari lembut demi memujuk anaknya.

Iffah mengeluh."Tapi pa,ni semua agak tak masuk akal.Iffah bukannya apa.Iffah tak kenal sangat dengan Firash." balas Iffah tidak berpuas hati.Namun suara masih di kawal.Masih menghormati orang tuanya.

"Iffah,papa bukannya paksa kamu.Tapi ni semua untuk kebaikan kamu jugak.Iffah,sebagai ayah...papa nak sangat tengok kamu bahagia sebelum mata papa tertutup." Luah Tuan Mahari.

Pantas Iffah menoleh kearah Tuan Mahari,"Pa,Iffah tak suka dengar macam tu." Dia tidak suka apabila soal kematian meniti di bibir ayahnya.Dia tidak suka.

Tuan Mahari mengeluh.Berdepan dengan anaknya yang seorang ini agak susah.Selembut mana pun sikap anaknya,sifat ketegasan sememangnya sebati dengan diri anaknya itu.

I'm Yours { Hiatus }Where stories live. Discover now