I'm Yours 27

2K 79 3
                                    

Bab 27

Mata aku halakan kearah Ezryan di hadapanku yang sedang mengusap pergelangan tangan kanannya yang sudah kemerah-merahan.Akibat penanganku sendiri.Aku mendengus geram saat mata kami berlaga.Tu la pasal.Siapa suruh kau tempah bala.

Izzad yang tidak jauh di sebelahku hanya mendiamkan diri.Tidak mahu masuk campur dengan apa yang terjadi sebentar tadi.Baginya tidak penting.Yang penting,tujuan asalnya ke sini.

Masing-masing melayan perasaan sendiri.Sunyi.sepi.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan kami semua menoleh kearah daun pintu.Terjengul wajah Kamelia.

"Masuk," gumam Ezryan.Tangan kirinya masih setia mengusap pegelangan tangan kanannya.Huh,boleh tahan penangan minah ni.Nasib tak putus terus tangan aku di buatnya.

Kamelia akur.Kaki menapak masuk ke dalam bilik pejabat bos besarnya.Dulang yang berisi tiga biji mug di letakkan di atas meja kerja.Perlahan,satu demi satu mug di letakkan di hadapan Izzad,Ezryan dan Shiella.

"Jemputlah minum," pelawa Kamelia lembut sebelum berlalu meninggalkan pejabat itu.

Aku mencapai mug di hadapanku.Perlahan aku menyisip air teh yang berasap tipis.

Ezryan menjegilkan matanya kearahku.

Aku hanya beriak selamba.Apa? Tak puas hati sebab aku minum dulu? Sebab aku tak hormatkan kau sebagai ketua besar?

Aku tersenyum sinis.Sebelum aku hormat kat kau.Baik kau hormat kat aku dulu.Mangkuk!

Air tangan Kamelia sedikit sebanyak mengurangkan perasaan amarah di dalam diriku.

Izzad berdeham beberapa kali.Takkan nak senyap sampai tengah hari kut? Dah la aku kena pergi klinik hari ni.Takde masanya aku nak ponteng kerja lagi.

"Ella.Aku tahu kau masih marah kat aku.Aku tahu aku silap.Tapi,aku nak mintak tolong kat kau.Aku nak tebus balik kesilapan aku kat Iffah," kata Izzad tenang.

Aku terhenti menyisip minumanku.Aku memegang telinga mug lalu aku letakkan di atas riba.Tangan kiri memicit dahi.Aduh,tak faham bahasa betul mamat ni.Ada gak yang tertelan mug kat sini.Hish!

"Kau nak apa sebenarnya Izzad? Untuk apa kau nak tebus balik kesilapan kau kat Iffah? Aku tak nak serabutkan Iffah sekarang ni.Aku tak nak dia stress kenangkan perkara lama." Kataku mendatar.

Izzad mengeluh."Aku nak jumpa dengan Iffah.Kasi tahu kat aku,kat mana dia? Biar aku je yang selesaikan masalah ni." Izzad tidak mahu mengalah.

"Masalahnya sekarang,kau nak kena belasah dengan bakal suami dia ke? Saja nak tempah bala?" soalku sinis.Aku menyisip air teh yang masih bersisa.

"Hah?! Bakal suami?!" Izzad terjerit.

Hampir saja aku tersembur air yang aku minum ketika ini.Tisu di atas meja kerja Ezryan aku sambar lalu aku kesatkan kat bibir.Huh! Menyusahkan betul.Sempat aku menghadiahkan jelingan maut kearah Ezryan yang duk tersengih.Sewel agaknya mamat ni.

Ezryan menelan liur.Bukan dia tidak tahu Shiella masih marah dengan dia.Sebab itu,sedari tadi dia hanya membiarkan perbualan di antara Izzad dan Shiella.

"Maksud kau? Iffah nak k...a..h..kahwin?" soal Izzad terketar-ketar.

"Haah.Apahal?" aku membaling tisu yang telah aku gunakan ke dalam tong sampah yang tidak jauh dari aku.Aku tersenyum apabila sasaran aku tepat masuk ke dalam tong sampah.Ole!

Ezryan mengeleng melihat kelakuan gadis itu.Selamba badak aje dia baling macam tu.Ingat ni Fun Fair ke? Ella.Ella.

"Siapa mamat tu?" soal Izzad kalut.Tak.Aku takkan perkara ni terjadi.

I'm Yours { Hiatus }Where stories live. Discover now