I'm Yours 18

2.2K 81 2
                                    

Bab 18

Aku mengatur langkah menuju ke meja kerjaku.Fuh,kenyang! Aku tersenyum apabila mengingat kembali bahawa Nazim yang membayar makanan dan juga minuman yang aku pesan setelah dia memuji makanan di restoran Iffah sedap.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi meja kerja.Baru saja aku ingin memulakan tugas,aku mendapat pesanan daripada interkom.Dari siapa lagi? Ezryan la!

Dalam keterpaksaan aku menurut juga arahannya yang menyuruh aku agar masuk ke dalam pejabatnya.Apasal dia panggil aku ek? Nak cari pasal lagi ke? Aku on je.Dah dia yang cari pasal,takkan aku nak biarkan aje dia pijak kepala aku.Jangan harap!

"Ada apa bos panggil saya?" soalku malas.Malas mahu berdepan dengan mamat berlagak di hadapanku.Namun apakan daya.Aku hanya pekerja yang diarahkan untuk ikut kehendak bos.

"Kau pergi mana tadi?" soalnya serius.

Dahiku berkerut.Apahal mamat ni nak sibuk sangat hal aku? Suka hati aku la nak pergi mana.Poyo!

"Saya pergi makan tengah hari la bos.Kenapa?" soalku.

"Kenapa tak bagitahu kat aku?" soalnya lagi.Masih dalam nada serius.

Aku sudah bosan mendengar persoalan Ezryan.Nak kena kasi tahu jugak ke? Aku nak pergi tandas nak kasi tahu kat dia jugak ke? Dah macam budak kecik aje perangai mamat ni!

"Mesti ke bos? Saya rasa bos tak patut nak tahu hal privasi saya.Saya nak pergi ke mana ke.Kat mana ke.Tu bukan urusan bos.Ya,saya adalah pekerja kepada bos.Tapi antara kita hanya sekadar pekerja dan bos.Saya ulang lagi sekali.Antara pekerja dan bos sahaja.So,jangan nak melebih," kataku panjang lebar yang berbaur kata-kata pedas.

Ezryan terdiam sebaik saja mendengar ungkapan yang di luahkan dari bibir Shiella.Ada juga betulnya apa yang di katakan oleh Shiella.Dia hanya bos.Shiella pula sebagai pekerja.Antara mereka hanya membincangkan hal kerja sahaja.Tidak lebih daripada itu.Namun,hatinya meronta-ronta agar Shiella tidak rapat dengan Nazim.Dia tidak suka.Entah apa sebabnya? Cemburu?

"Aku bukannya apa.Aku sebagai bos kena tahu,pekerja aku pergi mana.Sekurang-kurangnya keselamatan mereka terjamin," alasan Ezryan.

Serta-merta aku meletuskan ketawaku.Keselamatan? Hahahaha! Gila agaknya mamat ni.Kalau macam tu,kenapa dia tak tanya semua pekerja dia dari tingkat satu hingga tingkat dua puluh.Tanya,korang pergi ke mana? Beribu pekerja yang terdapat di syarikat ini,beribu soalan yang sama jugak di tujukan kepada kesemua pekerja.

Belum sampai tingkat sepuluh,aku rasa mamat ni dah jatuh pengsan sebab kekurangan tenaga.Hahaha! Tu baru sehari,belum seminggu,sebulan,setahun dan seterusnya.Bertahan kat dalam wad agaknya.Paling tak pun dia k.o.

"Kau gelak apasal?" soal Ezryan geram.Terasa diri di perselekeh oleh gadis di hadapannya.

Aku mengesat air mataku akibat ketawa yang terlampau.Pecah ketawa aku di buatnya.Aku menarik nafas.Fuh.

"Tak ade la bos.Saya rasa apa yang bos kata tu tak logik pulak.Bukan saya sorang aje pekerja kat sini.Ramai.Mungkin beribu-ribu kut.Daripada bos tanya kat saya,apa kata bos tanya kat diorang gak.Diorang pun pekerja bos," terangku apabila nafasku mula teratur.

Ezryan termalu sendiri.Patut la minah ni ketawa bagai nak gila.Aku pun satu,apa punya jawapan daa!

"Sudah! Mulai hari esok,ke mana aje kau pergi.Inform kat aku terlebih dahulu! Faham?!" katanya berbaur tegas.

Aku ternganga."Apa ni bos! Tak payah la nak sibuk hal saya!" bentakku.

"Do I care?" katanya berlagak.Nak aje aku lempang mamat ni.Dia bukan laki aku pun.Apahal dia duk sibuk?! Argh!

I'm Yours { Hiatus }Where stories live. Discover now