I'm Yours 17

2.3K 95 3
                                    

Bab 17

Sedang asyik tanganku lincah menari di atas kekunci,seseorang mengambil tempat di hadapanku.

"Sudah la tu.Jom.Teman saya pergi lunch." Nazim tersenyum manis kearahku.Aku menelek jam tanganku.Dah masuk waktu tengah hari rupanya.

"Tak pe la Encik.Saya kena siapkan kerja ni,hari ini jugak." Aku menolak perlawaan Nazim dengan lembut.

Kecewa.Ya,itu adalah perasaan Nazim ketika ini apabila pelawaannya di tolak oleh gadis di hadapannya."Awak boleh sambung kerja awak nanti.Awak tak sudi keluar dengan saya,betul tak?" soalnya lirih.

Aku memandang kearah Nazim.Alahai,mamat ni ambil hati la pulak.Adui.

"Okey.Jom!" aku bingkas bangun lalu mengambil sling bag di dalam laci.Teman dia makan aje.Bukannya apa.

Nazim tersenyum girang.Nazim bingkas bangun lalu menyaingi langkah Shiella."So,sedap tak air yang saya bancuh tu?" soalnya.

Aku menoleh kearahnya.Senyuman manis terukir di bibir."Sedap.Sedap sangat." Memang tidak dapat di nafikan air yang di bancuh oleh Nazim memang kena dengan selera aku.Sehingga membuatkan aku melupakan masalah aku dengan Ezryan buat seketika.

"Terima kasih." ucap Nazim.Gembira hatinya apabila di puji sedemikian rupa.Bukan pertama kali dia puji,malahan sudah berpuluh kali dirinya di puji oleh mana-mana wanita.Namun,ungkapan Shiella yang memuji dirinya membuatkan dirinya berasa lain daripada lain.Berasa diri dihargai oleh gadis secantik Shiella.

"Nampaknya awak kena bancuhkan saya minuman la ni.Saya nak jugak rasa air yang awak bancuh.Sedap ke tak ye?," kata Nazim.

Aku tertawa kecil."Air yang saya bancuh tu tak dapat nak kalahkan air yang Encik bancuh kut," gurauku.

"Tak payah nak panggil saya Encik.Panggil je Nazim," Nazim tersenyum kearahku.

Aku hanya mengangguk lalu menapak masuk ke dalam perut lif.

Berdesing telinga Ezryan apabila mendengar perbualan Shiella dan juga Nazim.Niatnya ingin mengajak Shiella pergi keluar makan tengah hari bersamanya sebagai tanda minta maaf terbantut.Lebih-lebih mendengar perbualan Nazim yang menyuruh Shiella agar memanggilnya dengan nama Nazim.Dah serupa macam pasangan kekasih.Di tambahan pula dengan Nazim yang meminta untuk Shiella membancuhkan minuman untuknya.

Ezryan mendengus kasar.Dia bos! Sepatutnya Shiella hanya bancuhkan air untuk aku.Aku sahaja! Getus hati Ezryan.

Ezryan mengambil telefon bimbit dari kocek seluarnya apabila menerima satu panggilan dari seseorang.

Tertera nama seseorang yang sangat di kenalinya.

"Hello." sahut Ezryan.

"Kat mana tu?" soalnya kepada si pemanggil.

"Okey.Kejap lagi aku sampai." Ezryan mematikan panggilan tersebut lalu mengatur langkah ingin ke perut lif.

"Kita nak makan kat mana?" soalku.Aku memasang tali keledar.

Nazim menghidupkan enjin kereta lalu menoleh kearah Shiella."Awak tahu ke kat mana ada makanan yang sedap kat sini?" soalnya lalu menekan pedal minyak.

Rasa nak makan kat restoran Iffah la pulak.Iffah! " Ada." jawabku lalu tesenyum.

"Jauh ke?" soal Nazim ingin tahu.Aku menggeleng."Tak la jauh sangat.Kat area depan tu aje." Aku menuding jari kearah jalan raya di hadapanku.

Nazim mengangguk.

Ezryan menapak masuk ke dalam restoran yang pertama kali di kunjunginya.Kelihatan ramai pengunjung yang menikmati makanan di situ.Mata Ezryan memandang sekeliling.Melihat perhiasan di dalam restoran tersebut.Not bad.Desis hatinya.

I'm Yours { Hiatus }Where stories live. Discover now