"Lupa, I. Damia, I'm already married. Meet my beautiful honey, Hanna Arlana. Honey. Ni Damia Izzara. Damia." Kenal Qashaff. Sempat lagi dia memberi senyum kepada aku. Entah senyum ikhlas ke senyum menyindir. 

Aku terkaku. Badan ku kejung. Terasa tangan seseorang melingkar kemas di pinggang ku. Aku pandang Qashaff dengan wajah bengang. Namun Qashaff hanya buat tak endah pandangan ku itu.  Makin lama makin erat dia peluk. Hoi ! Senak la... Takkan lari la bini mu ini. 

Aku menepis perlahan tangan sasa itu.  Tapi tak berjaya. Ish ! Nak je aku patah-patahkan tangan dia ni. Gatal. Ulat bulu.

"I--I Tak percaya ! You buat lawak kan ?" Damia mula tidak berpuas hati dengan penyataan Qashaff.  Macam mana boleh pengintip dia tak bagitahu sebarang perkembangan tentang Qashaff ? Wajah perempuan disisi Qashaff itu dipandang dengan penuh kebencian.

"Ada muka I buat lawak ke ?" Bidas Qashaff. Tersunggil senyuman sinisnya. 

"Tak ! I tak percaya ! Ad you tahu kan I love you since were in colage. How could you do this to me !" Wajah Damia berubah merah. Tajam sekali matanya menikam wajah Hanna. 

"You ! Kau dah kenapa nak rampas boyfriend I ! Mesti betina ni bomohkan you supaya you suka dengan betina ni ! Hei banyak lagi la jantan luar sana. Yang layak dengan status you. Bukan nya jantan diluar pupus pun." Sinis Damia. Bulat mata ku apabila aku dikatakan sebegitu. Sedikit terasa. Sakitnya mencucuk ke pangkal hati. Ewah...kalau aku bomohkan Qashaff, dengan-dengan kau sekali aku bomohkan kau ! Ikut hati jantung pengerang limpa dia je tuduh orang.

"Since when were in relationship, huh ?" Soal Qashaff dengan sarkastik. Kening kanan dijongket tinggi. Mata hazel itu mula merenung tajam tepat pada wajah Damia.

"Ad...Please jangan buat I macam ni. I cintakan you. Please..." Rayu Damia. Tangan Qashaff di pegang. Tapi sepantas kilat Qashaff meleraikannya. Aku terkejut saat tangan Damia memegang tangan suaminya. Dia pegang tangan laki aku !?
Wa... Nanti gua sengat lu !

"I'm very sorry. I can't accept it. Look, stop loving someone who doesn't like you. It's useless. I'm not gonna love you. And it never happen. Damia, banyak lagi lelaki kat luar sana. Yang layak dengan status you. Bukannya lelaki di dunia ni pupus." Sempat lagi dia tiru ayat Damia. Hampir sahaja ku tergelak bergolek. Qashaff ni boleh tahan juga kalau berhujah. Sentap habis ! Patut la perempuan tak berani nak berkawan dengan dia ni. Mulut lancang.

"Ergh ! Ni semua pasal kau betina ! Kalau kau tak kacau. Aku dengan Ad akan berkahwin ! Semuanya sebab kau ! Dasar perempuan tak guna ! Pelacur !"

"DAMIA IZZARA !"

Suara lantang Qashaff bak halilintar itu cukup menyentak kami berdua. Bukan setakat kami je. Tapi orang-orang sekeliling kami turut terkejut. Aku mengurut dada ku akibat terkejut mendengar suami ku tetiba menjerkah. Cuba la kalau nak menjerkah ke menjerit ke bagi la signal.  Dapat la aku nak ready tutup telinga. Pandangan ku dilontarkan pada sekeliling. Aduh ! Ya Allah malunya !!! Semua orang dah tengok kami dah. 

"You jangan nak cabar kesabaran I ! You siapa nak ucap isteri I macam tu. Hei,  kalau ia pun I tak kahwin ke kahwin ke I tetap takkan terima you ! Once again. I. Won't. Accept. You. As. My. Wife ! Dah la, I penat nak layan orang yang tak reti bahasa ni. Honey, jom ! Tak payah layan perempuan sengal ni." Tangan Hanna ditarik olehnya.  Aku yang nak bercakap. Terpotong.  Eh ?! Nak pergi mana ?

Damia mengetap bibirnya dengan geram. Matanya tajam melihat pergerakan suami isteri itu sehingga lesap dari pandangannya. Tangan dikepal menjadi penumpuk. Rasa amarah membuak-buak dalam dirinya. 

"Aku takkan lepaskan kau Hanna ! Apa yang aku nak mesti aku akan dapat ! Hanna,  I swear. I'm counting on you. Wait and see." Tersunggil senyuman sinisnya sebelum dia melangkah pergi dari tempat itu.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now